Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Damainya Berhari Raya Apabila Kampung Di Pinggir Ibukota

Video & Galeri Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 May 2022 9:05PM

Apabila anak-anak bandar pulang ke desa, pelbagai ragam dan keseronokan dapat dilihat. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Minggu lepas, ramai yang pulang ke kampung tergesa-gesa selepas pengumuman tarikh Hari Raya Aidilfitri di luar jangkaan.

Disebabkan pertama kali dapat pulang ke desa selepas perintah kawalan pergerakan ditarik balik, ramai tersangkut di dalam kesesakan 'mega' di lebuh raya.

Ada yang terpaksa menghadapi kesesakan di atas lebuh raya ke Utara dan Pantai Timur sehingga puluhan kilometer dengan pergerakan kenderaan yang amat perlahan.

Sementara di media sosial, sebahagian besar mereka yang pulang ke kampung dalam keadaan tergesa-gesa mengeluh kerana terpaksa mengharungi perjalanan jauh dan memenatkan.

Itulah luahan mereka yang mempunyai kampung jauh dari ibu kota. Namun bagi mereka yang mempunyai kampung di sekitar Lembah Klang atau berdekatan dengan Kuala Lumpur, hanya tersenyum mendengar semua keluhan itu.

Ini disebabkan mereka lebih selesa pulang ke kampung selepas semua hiruk-pikuk telah damai bagi mengelakkan diri terperangkap dalam kesesakan luar jangka yang teruk. 

Sebagai contoh, bagi keturunan Haji Abd Kahar, mereka hanya pulang ke kampung untuk berkumpul dengan sanak saudara di Kampung Gelang Pertang, Jelebu, Negeri Sembilan sebaik sahaja kesesakan di lebuh raya reda.

Dalam tempoh sejam setengah, tiga generasi keluarga seramai 50 orang dapat berkumpul tanpa mengharungi kesesakan yang teruk di lebuh raya. Malah, mereka juga mempunyai pilihan untuk melalui 'jalan dalam' tanpa tol.

Sementara bagi warga kota yang tidak mempunyai kampung, lokasi tumpuan pelancong dan jalan raya yang kosong menjadi medan untuk mereka meraikan Hari Raya Aidilfitri di bandar.

Jurufoto Getaran, SYEDA IMRAN, bersama-sama meraikan Hari Raya Aidilfitri dengan mereka baru-baru ini. - Getaran, 10 Mei 2022

Zurida Abd Kahar (kiri) seronok dapat berjumpa dengan cucunya, Eva Hasyira.
Zurida Abd Kahar (kiri) seronok dapat berjumpa dengan cucunya, Eva Hasyira.
Pelbagai juadah kuih Hari Raya terhidang semasa pertemuan keturunan Haji Abd Kahar.
Pelbagai juadah kuih Hari Raya terhidang semasa pertemuan keturunan Haji Abd Kahar.
Suasana meriah di rumah Abdul Rahman Abdul Aziz ketika menyambut Hari Raya bersama tiga generasi Haji Abd Kahar di Kampung Gelang Pertang, Jelebu, Negeri Sembilan.
Suasana meriah di rumah Abdul Rahman Abdul Aziz ketika menyambut Hari Raya bersama tiga generasi Haji Abd Kahar di Kampung Gelang Pertang, Jelebu, Negeri Sembilan.
Kanak-kanak antara yang paiing gembira dapat pulang ke kampung untuk berhari raya.
Kanak-kanak antara yang paiing gembira dapat pulang ke kampung untuk berhari raya.
Faridah Syam (kanan) berceloteh dengan sanak saudara selepas hampir dua tahun tidak bertemu semasa Hari Raya.
Faridah Syam (kanan) berceloteh dengan sanak saudara selepas hampir dua tahun tidak bertemu semasa Hari Raya.
Kamaruddin Hasyim (tengah) menunjukkan reban ayamnya kepada anak-anak saudaranya datang dari bandar.
Kamaruddin Hasyim (tengah) menunjukkan reban ayamnya kepada anak-anak saudaranya datang dari bandar.
Kamaruddin Hasyim memberi tunjuk ajar mengenai cara penetasan anak ayam menggunakan inkubator kepada cucunya.
Kamaruddin Hasyim memberi tunjuk ajar mengenai cara penetasan anak ayam menggunakan inkubator kepada cucunya.
Hari Raya juga menjadi medan untuk anak-anak muda mengenal susur galur keturunan asal mereka.
Hari Raya juga menjadi medan untuk anak-anak muda mengenal susur galur keturunan asal mereka.
Tiga generasi keturunan Haji Abd Kahar dapat berkumpul pada Hari Raya kali ini.
Tiga generasi keturunan Haji Abd Kahar dapat berkumpul pada Hari Raya kali ini.
Wargakota yang tidak pulang ke kampung mengambil kesempatan untuk beriadah di sekitar bandar raya yang lengang.
Wargakota yang tidak pulang ke kampung mengambil kesempatan untuk beriadah di sekitar bandar raya yang lengang.
Lokasi tumpuan pelancong menjadi destinasi penduduk bandar yang tidak pulang ke desa semasa Hari Raya.
Lokasi tumpuan pelancong menjadi destinasi penduduk bandar yang tidak pulang ke desa semasa Hari Raya.

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Video & Galeri 17 jam yang lalu

Kekecohan Di Masjid, Polis Sudah Terima Laporan

oleh Wartawan Getaran

Video & Galeri 1 hari yang lalu

Demi Bola, Sejuk Pun Sejuk La

oleh Wartawan Getaran

Video & Galeri 22 jam yang lalu

Lain Kali Gunalah Lorong Motosikal

oleh Wartawan Getaran

Video & Galeri 1 hari yang lalu

Mujur Kawan Tu Nampak, Kalau Tak, Dah Masuk Bawah Lori

oleh Wartawan Getaran