web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bina Reputasi Meyakinkan, JL99 Raih Pelbagai Anugerah Hartanah

Usahawan Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 20 Apr 2024 8:29AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selepas sekian lama mengukir nama dalam sektor hartanah dan pembinaan, reputasi Kumpulan JL99 tidak perlu dipertikaikan.

Membariskan pelbagai projek pembangunan termasuk yang terbaru 99 Residence dan 99 Legend, agak sukar sebenarnya mahu mencari pemaju yang menekankan kualiti sebagai kunci utama, tetapi masih mengekalkan tawaran harga mampu milik.

Berpegang pada konsep ‘mid-high end living’, tidak hairanlah projek pembangunan dibawa JL99 sentiasa menjadi rebutan.

Terkini, Pengerusi Eksekutif JL99, Datuk Seri Jeff B K Lee berkata, usaha gigih syarikat untuk menghasilkan produk berkualiti terbukti apabila syarikat tersebut menerima empat anugerah.

Menurut beliau, kesemua anugerah tersebut masing-masing menekankan kualiti projek hartanah dibangunkan sebagai kriteria utama dan JL99 berhasil melepasi semua tapisan.

“Saya tidak main-main apabil berkata, di JL99, kami amat menekankan kualiti berbanding kuantiti. 

“Ada banyak projek pembangunan di seluruh negara, tapi saya tahu kelebihan JL99 yang tidak boleh dinafikan. Pelanggan juga tahu jika mereka memilih JL99, tidak akan ada kompromi dalam aspek kualiti,” katanya kepada Getaran.

Empat anugerah itu jelas Jeff adalah ๐†๐จ๐ฅ๐๐ž๐ง ๐„๐š๐ ๐ฅ๐ž ๐€๐ฐ๐š๐ซ๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ‘ yang menyaksikan JL99 muncul sebagai pemenang bagi kategori Eminent Eagles Award dan Top 2 Winner of Eminent Eagle Award.

“Dua lagi anugerah dimenangi pada ๐’๐ข๐ง ๐‚๐ก๐ž๐ฐ ๐๐ฎ๐ฌ๐ข๐ง๐ž๐ฌ๐ฌ ๐„๐ฑ๐œ๐ž๐ฅ๐ฅ๐ž๐ง๐œ๐ž ๐€๐ฐ๐š๐ซ๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ‘ dan JL99 bagi anugerah ini muncul sebagai pemenang bagi kategori Property Excellence Awards, dan SCBEA Top 10 (PAT) Awards,” katanya bangga.

Pengerusi Eksekutif JL99, Datuk Seri Jeff B K Lee.
Pengerusi Eksekutif JL99, Datuk Seri Jeff B K Lee.

Difahamkan, syarikat beprestij ini juga bakal menerima lima lagi anugerah yang akan diumumkan dalam masa terdekat.

Dalam perkembangan berkaitan beliau memberitahu, ketegasannya menitikberat aspek kualiti dibayar dengan cukup lumayan, apabila fasa pertama projek kediaman 99 Residence sudah terjual sebanyak 99 peratus.

“Penyerahan kunci untuk fasa pertama ini sudah dibuat Januari lalu dan kini jualan dibuka untuk fasa kedua.

“Pelanggan berpeluang memiliki kediaman bertaraf mewah dengan ansuran bulanan RM2,100 sebulan untuk fasa kedua “ katanya.

Jeff menarik perhatian, pembeli bertuah juga berpeluang menikmati ansuran percuma selama lima bulan, selagi kuota masih ada.

“Perlu ditekankan bahawa setiap pembeli juga berpeluang memenangi cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah lumayan, termasuk wang tunai dengan jumlah keseluruhan RM3 juta.

“Ini bukan satu tawaran kosong dan kami memberi jaminan, setiap cabutan dilakukan secara telus dan adil, tanpa sebarang unsur penipuan,” tegasnya.

Orang ramai yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut diminta menghubungi nombor ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ-๐Ÿ•๐Ÿ•๐Ÿ ๐Ÿ“๐Ÿ‘๐Ÿ—๐Ÿ— atau layari https://wa.link/x4jtz1. - Getaran, 20 April 2024

Sorotan

1

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

2

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Mautย 

3

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

4

ย โ€˜Double Standardโ€™ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

5

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

6

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmiย