Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Bika Ambon Quweh Meyah, Juadah Indonesia Citarasa Malaysia

Usahawan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jun 2021 8:38AM

Kuih Bika Ambon yang berasal dari Indonesia kini sudah boleh didapati di pasaran tempatan. - Gambar ihsan Quweh Meyah

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Rupanya hampir sama seperti kuih bingka yang biasa dilihat di negara ini, namun ramuan dan cara pembuatannya membezakan bingka dengan juadah tradisi berasal dari Indonesia ini.

Digelar sebagai Bika Ambon, keenakan kuih ini sememangnya sukar diungkapkan dengan kata-kata.

Rasanya yang lemak manis dan tekstur sedikit kenyal menjadikan ia antara juadah negara seberang paling diminati di Malaysia.

Bersandarkan fakta ini, sebuah syarikat tempatan dikenali sebagai Quweh Meyah memberanikan diri menongkah arus dengan menghasilkan sendiri kuih berkenaan untuk dijual.

Pengasasnya, Maria Mohd Shah berkata, pembuatan rumit dan unik Bika Ambon adalah antara faktor mengapa juadah itu mampu menghasilkan rasa yang sungguh memikat.

Menurut Maria, beliau sendiri mencuba sebanyak 65 kali sebelum dapat menghasilkan Bika Ambon yang sebenar.

“Cara bakar dan kaedah pembuatan juga menjadikan kuih ini unik. Sarang yang terhasil daripada proses pemerapan dan pembakaran menggunakan ketuhar khas menjadikan ia sangat istimewa dan sukar didapati di mana-mana,” jelasnya.

Maria memberitahu, Bika Ambon menggunakan santan pekat tanpa air dan kuning telur yang sangat banyak sebagai ramuan utamanya.

“Kuih ini turut memerlukan penggunaan tepung ubi kayu dan yis, selain perlu diperap selama hampir 10 jam dibakar menggunakan ketuhar khas.

DItanya mengenai sejarah Bika Ambon, Maria berkata, kuih berkenaan pada asalnya memang menyamai kuih bingka namun teksturnya berubah selepas ditambah dengan bancuhan air nira dan yis.

“Kuih ini dihasilkan penduduk tempatan Indonesia dan mendapat tempat di hati komuniti Belanda yang menjajah republik itu satu ketika dahulu.

“Tertarik dengan kelazatan Bika Ambon, seorang saudagar berketurunan Tionghua mengambil inisiatif memasarkan juadah berkenaan secara meluas dan kerana itu, ia juga amat popular di kalangan masyarakat Cina Indonesia,” katanya, tersenyum.

 Jelas Maria, kerana itu tidak menghairankan apabila terdapat beberapa pengusaha Bika Ambon di Malaysia terdiri daripada kaum Cina.

Beliau menarik perhatian, Bika Ambon terdapat di hampir semua pelusuk Indonesia, namun Medan boleh diibaratkan sebagai pusat sehenti kuih berkenaan.

“Saya mula jatuh cinta dengan kelazatan kuih ini apabila diperkenalkan oleh pembantu rumah yang memang berasal dari Medan.

“Keunikan Bika Ambon menyebabkan saya bertekad untuk mempelajari kaedah pembuatan, termasuk pergi sendiri ke lima lokasi berlainan, masing-masing di Jakarta, Bandung, Medan, Batam dan Bali semata-mata untuk mendalami ilmu.

“Terbukti di setiap tempat yang saya pergi cara membuat kuih ini dan resepinya juga berbeza, termasuk pada rasa,” katanya.

Perniagaan Bika Ambon itu dimulakan Maria pada Januari 2019, sebelum dihentikan sementara gara-gara kecewa dengan penghasilan kuih yang gagal mencapai piawaian dikehendaki.

“Lama saya berehat kerana gagal menghasilkan Bika Ambon seenak yang didapati di Indonesia sebelum kembali beroperasi pada November 2019.

“Pada awalnya saya agak ragu-ragu untuk meneruskan perniagaan ini memandangkan ia sangat asing untuk masyarakat kita, namun setelah tiga bulan saya dapati, ia menerima maklum balas yang sangat memberangsangkan daripada penduduk setempat,” katanya.

Mengakui berdepan cabaran dalam menampung permintaan yang tinggi daripada pelanggan, Maria berkata Bika Ambon tidak boleh bertahan lama, berikutan bahan dan tekstur kuih.

“Setiap bika hanya mampu bertahan sekitar empat hingga lima hari dan terpaksa berusaha keras menampung permintaan pelanggan.

“Ada juga pelanggan membandingkan Bika Ambon buatan Quweh Meyah dengan yang asli dari Indonesia, khususnya di Medan,” katanya.

Jelas Maria, Bika Ambon Quweh Meyah mempunyai rasa tersendiri yang diolah mengikut citarasa masyarakat tempatan.

“Bika Ambon keluaran kami tidak terlalu manis atau terlalu wangi, dan kami juga tidak menggunakan peraman air nira.

"Saya berharap kuih ini dapat diperkenalkan ke seluruh Malaysia dan membuka cawangan Quweh Meyah dalam tempoh setahun lagi, agar keenakan Bika Ambon dapat dirasai di seluruh negara,” katanya.

Orang ramai yang ingin mencuba keenakan Bika Ambon boleh mendapatkannya menerusi Facebook Quweh Meyah atau Instagram quweh_meyah. - Getaran, 4 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Tiada Kompromi Untuk Pihak Sengaja Cetuskan Isu 3R - Menteri

2

Sukan 1 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

3

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

4

Semasa 4 minggu yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

Sorotan

1

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 1 jam yang lalu

Tesla Turunkan Harga 2 Model EV Mulai Hari Ini