web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tuah Bawa Songkok ZW Tembusi Pasaran Antarabangsa

Usahawan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 May 2021 8:41AM

Norwahida menghasilkan songkok dengan jenama ZW di rumahnya di Melaka.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Niatnya sekadar mahu mencuba, namun tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.

Norwahida Yaakob, 38, sesungguhnya tidak menyangka percubaan sulung itu akhirnya menjadi jambatan rezeki buat beliau dan keluarga, apabila perusahaan songkok yang diceburi pantas menjadi buah mulut ramai.

Kualiti dan kehalusan seni buatan dihasilkan membuatkan songkok jenama ZW menjadi rebutan penduduk setempat, khususnya setiap kali menjelang Aidilfitri.

Jika kaum wanita lazimnya sinonim dengan seni pembuatan kuih atau jahitan baju, Norwahida nyata menongkah arus berbeza apabila nekad menceburi bidang yang selama ini didominasi kaum lelaki.

Bekas seorang juruteknik itu ketika ditemui mengakui, tertarik melihat keunikan songkok dihasilkan bapa mertuanya, seorang lelaki Minangkabau yang merantau ke Malaysia.

“Dek kerana begitu tertarik dengan seni ini, saya mula mengambil upah dengan mertua, sebelum mengambil keputusan nekad berhenti kerja dari sebuah kilang di Batu Berendam pada 2010, bagi berkhidmat dalam bidang ini sepenuh masa.

"Pada awalnya dulu saya hanya berniaga di rumah, dan songkok dihasilkan pun hanya dalam kuantiti kecil kerana risau akan sambutan bakal diterima, apatah lagi di luar sana ramai pembuat songkok yang jauh lebih berpengalaman,” katanya kepada Getaran ketika ditemui di premisnya di sini.

Untung sabut timbul, untung batu tenggelam, kecemerlangan kualiti songkok buatan Norwahida mula menjadi sebutan, dan bermula dengan sekadar 1,000 biji songkok, jumlah itu semakin bertambah menyebabkan beliau terpaksa mencari ruang yang lebih selesa.

“Jumlah tempahan yang semakin besar menyebabkan saya terpaksa mencari ruang lebih sesuai, justeru selepas berbincang bersama suami, kami sepakat menghuni sebuah kedai di kawasan industri kecil dan sederhana Duyong di sini.

“Bukan itu sahaja, kami juga mula menggaji beberapa pekerja untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran songkok,” katanya, bangga.

Norwahida dibantu oleh ibu dan pekerjanya untuk menghasilkan songkok jenama ZW.
Norwahida dibantu oleh ibu dan pekerjanya untuk menghasilkan songkok jenama ZW.

Selepas hampir 11 tahun mengabdi diri dalam perniagaan ini, wanita berjiwa besar itu mampu mengorak senyum puas apabila songkok berjenama ZW miliknya dan suami menjadi buruan ramai, menyebabkan mereka perlu menghasilkan antara 5,000 hingga 6,000 songkok pelbagai saiz demi menampung permintaan pelanggan, setiap kali menjelang Aidilfitri.

“Proses pembuatan songkok bukan kerja mudah tetapi kami pastikan mampu menghasilkan sekurang-kurangnya 40 biji sehari bagi memastikan jumlah stok mencukupi, sekurang-kurangnya sehingga sehari sebelum Aidilfitri.

“Pelanggan biasanya akan datang ke sendiri ke kedai atau ke bazar, malah songkok ZW juga boleh didapati di luar Melaka, antaranya Kuala Lumpur dan Johor,” katanya yang kini dibantu enam pekerja.

Memilih menggunakan fabrik khas yang diimport dari Korea Selatan, songkok dihasilkan Norwahida memiliki pelbagai saiz kanak-kanak dan dewasa.

Lebih istimewa, beliau turut mengambil tempahan khas mengikut kehendak dan rekaan diingini pelanggan yang mahukan kelainan berbanding songkok lain di pasaran.

“Songkok biasanya berukuran antara tiga hingga tujuh inci dan kami pernah menerima songkok bercorak celoreng daripada seorang anggota tentera, untuk digayakan di pagi Syawal.

“Pada mata kasar, songkok jenama ZW mungkin tiada bezanya dengan yang dijual di pasaran, namun hakikatnya, kualiti dan kehalusan jahitan amat berbeza,” katanya, tersenyum.

Beliau mengakui, amat bertuah kerana pilihannya untuk menceburi pembuatan songkok bukan satu kesilapan, malah berupaya membantu mewujudkan peluang pekerjaan buat penduduk setempat.

“Saya tidak pernah menyangka mampu berada di tahap ini tapi apa pun, kami sekeluarga amat bersyukur kerana impian untuk melihat songkok ZW menembusi pasaran luar negara sudah tercapai.

“Siapa sangka, bermula sekadar minat, jenama ZW sudah berada di Brunei dan Singapura,” katanya. – Getaran, 29 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Usahawan 3 bulan yang lalu

Capal Jago Kepala Batas: Warisan 6 Dekad Jadi Pilihan PM

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Program Matrikulasi: Kuota Bumiputera Tidak Berubah - PM

3

Usahawan 2 tahun yang lalu

Kedai Kopi Jalan Ampas Imbau Nostalgia Filem Melayu Lama

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kemasukan Pelajar Bukan Bumiputera Ke UiTM Tak Langgar Undang-Undang, Kata LFL

Sorotan

1

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

2

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

3

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

4

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

5

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

6

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?