web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Anak Jati Felda Chiku 2 Cari Rezeki Jual Batu Nisan Sungai

Percubaan Mohd Azhar membuat batu nisan menggunakan batu sungai sejak tiga tahun lepas, nyata membuahkan hasil apabila tempahan yang diterimanya semakin meningkat.

Usahawan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jun 2023 8:00AM

Pengusaha nisan batu sungai Mohd Azhar Mat Arifin, 32, berpuas hati melihat batu sungai yang siap diproses menjadi batu nisan di Felda Chiku 2 - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GUA MUSANG - Percubaan Mohd Azhar Mat Arifin membuat batu nisan menggunakan batu sungai sejak tiga tahun lepas, nyata membuahkan hasil apabila tempahan yang diterimanya semakin meningkat.

Anak jati Felda Chiku 2 berusia 32 tahun itu berkata beliau mencari sendiri batu sungai di beberapa kawasan sekitar Gua Musang, Kuala Krai serta Jerteh dan Besut di Terengganu.

"Tempahan batu nisan menggunakan batu sungai mendapat permintaan yang banyak daripada pelanggan berbanding batu nisan jenis biasa yang diperbuat daripada simen.

“Harga bagi batu nisan batu sungai antara RM350 hingga RM450 sepasang bergantung kepada saiz batu dan jenis ukiran nama," katanya ketika ditemui pemberita di Felda Chiku 2, di sini, baru-baru ini.

Bercerita lanjut, Mohd Azhar yang juga pengusaha tunggal batu nisan jenis itu di daerah ini berkata beliau menerima tempahan kira-kira 40 pasang sebulan dan permintaan akan meningkat sehingga 60 pasang menjelang musim perayaan. 

"Ketika ini permintaan diterima daripada pelanggan sekitar Gua Musang, Kuala Krai dan Machang," katanya yang dibantu abang ipar dan anak saudaranya.

Menurut Mohd Azhar kebiasaannya set lengkap kubur berupa batu nisan dan belindan memakan masa sehingga tiga hari untuk proses pengeringan, namun cuaca panas terik ketika ini membolehkan proses itu berjalan dalam masa hanya sehari. 

Katanya, susulan cuaca panas itu, mereka boleh menyiapkan tujuh set sehari berbanding tiga set sebelum ini.

Selain batu nisan diperbuat daripada batu sungai tempatan, Mohd Azhar turut menghasilkan batu nisan menggunakan batu sungai yang diimport dari Pakistan. 

"Bagi batu nisan import pula dijual dengan harga RM800 sepasang, manakala untuk satu set lengkap terdiri daripada belindan dan sepasang batu nisan adalah antara RM350 hingga RM1200,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ