Berita Terkini

3 jam yang lalu: Sydney ketatkan peraturan lockdown susulan peningkatan kes COVID 3 jam yang lalu: Presiden Filipina gesa penduduk belum vaksin supaya jangan keluar rumah, elak penularan varian Delta 3 jam yang lalu: Pemenang hadiah Nobel untuk fizik pada 2008, Toshihide Masukawa meninggal dunia 3 jam yang lalu: Runtuhan perancah besi - Prasarana ambil tindakan sewajarnya untuk segera menjalankan siasatan sendiri 3 jam yang lalu: Anggota skuad Piala Thomas 1970, Abdul Rahman Mohamad, meninggal dunia semalam

IKUTI KAMI


Baju Melayu, Lengkapkan Syawal Si Anak Kucing

Usahawan Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 01 May 2021 8:05AM

Meowku Shop menyediakan pelbagai jenis baju raya untuk 'si anak bulus'. - Gambar dari Facebook Meowku Shop

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketika ahli keluarga lain sibuk membuat persiapan bagi menyambut Aidilfitri dengan membeli pakaian baharu, ‘si anak bulus’ pastinya juga tidak mahu ketinggalan untuk bergaya dengan baju kurung atau baju Melayu, bersampin dan bersongkok pada pagi lebaran nanti.

Tentu mencuit hati jika pakaian itu dapat dipakai sedondon dengan seisi keluarga, sekali gus memeriahkan lagi suasana sesi bergambar pada pagi raya. 

Bagi pengasas barangan aksesori dan makanan kucing Meowkushop Mohammad Affan Aizat Anuar, 32, berkata idea untuk membuat pakaian raya untuk si manja itu tercetus lima tahun lepas ketika sesi bergambar bersama keluarga dengan kucing kesayangan ‘si Koko’ pada hari raya.

"Pada masa itu, kami sekeluarga berpakaian sedondon dan hanya kucing kami saja yang 'lari tema', pada masa itulah timbul idea untuk menjahit pakaian sedondon untuknya bagi merakamkan foto keluarga yang lebih seragam dan sempurna," katanya kepada Bernama. 

Bermula detik itu, Mohammad Affan Aizat yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal mula mereka satu demi satu baju untuk si ‘bulus’ dengan berkonsepkan tradional Melayu untuk dijual secara dalam talian, tanpa mengkompromikan soal keselesaan untuk haiwan kesayangan ini.

“Ia bukan untuk menyeksa haiwan tersebut, kerana itu kami akan pastikan setiap rekaan dan material yang digunakan, kucing selesa memakainya dan pemilihan dibuat menerusi beberapa percubaan ke atas kucing peliharaan kami terlebih dahulu.

“Lazimnya, pakaian ini hanya akan dipakaikan sekejap sahaja, tidak sampai kucing rimas dan aksesori pun maksimum dipakaikan tiga jam sahaja,” katanya sambil merujuk kepada Brownies, Koko Jr, Mox dan Zizi, kucing peliharaan yang juga ‘model’ utama syarikatnya.

Sehingga kini, terdapat 10 jenis rekaan baju yang ditawarkan menerusi  platform Meowkushop antaranya baju Melayu teluk belanga, baju Melayu cekak musang, kurta, baju batik, baju kurung, kebaya serta kurung kedah yang pastinya membuatkan kucing yang memakainya semakin comel!

Turut dijual aksesori seperti songkok, samping pelekat, tanjak dan riben yang dijual dengan harga dari RM5 hingga RM65 setiap satu. 

Sementara itu, pengasas bersama Meowkushop Raja Nur Alya Raja Abd Aziz pula berkata pakaian dijual menggunakan fabrik berkualiti tinggi iaitu daripada jenis ‘pearl skin’ dan songket pelbagai warna, manakala songkok pula dibuat daripada baldu dan kapas.

Raja Nur Alya berkata ia dijahit oleh lima tukang jahit berpengalaman dengan diselia oleh ibu kepada Mohammad Affan Aizat sendiri kerana penghasilannya memerlukan ketelitian untuk menjahit pakaian bersaiz kecil dengan ukur lilit antara 28 hingga 62 sentimeter.

Pakaian siap yang ditawarkan adalah daripada saiz S hingga XL, namun untuk pemilik kucing tertentu juga boleh melakukan tempahan khas jika saiz yang ditawarkan tidak sepadan.

Bagi memudahkan dan sebagai panduan pelanggan, mereka turut menyediakan carta ukuran dada, perut, leher, berat dan rajah, untuk mengelakkan baju yang ditempah sendat ataupun besar.

“Untuk ukuran dada dan perut biasanya menggunakan pelepasan satu jari dan untuk mendapatkan saiz yang lebih tepat, inci digunakan sebagai unit ukuran,” katanya.

Menurutnya, pada musim hari raya ini permintaan untuk baju raya kucing bertambah sehingga 2,500 pasang dan ia terus meningkat.

Kegigihannya memperkenalkan pakaian menerusi perkongsian gambar dalam media sosial dengan menggunakan pakaian kebangsaan yang melambangkan budaya Malaysia secara langsung turut menarik peminat kucing di luar negara termasuk Brunei, Australia dan Singapura. - Bernama

Sorotan

1

‘Score For Tigers’ Bantu Usaha Selamatkan Harimau Malaya

2

Dos Ke-3 Berkesan Beri Perlindungan Terhadap Varian Delta - Pfizer

3

Vaksin Sedia Ada Berkesan Lawan Varian Baharu COVID-19 - Pakar

4

Buat Persediaan Yang Tepat Jika Mahu Bercuti

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 3 minggu yang lalu

LPNM Bantu Pasarkan 125,000 Nanas Milik Pekebun Yang Terjejas Akibat PKP 3.0

Ekonomi 3 bulan yang lalu

MDEC Peruntuk RM14 Juta Untuk PKS Dan Pemula Niaga

Usahawan 1 bulan yang lalu

E-Payroll KWSP Bantu Kurangkan Kos Operasi

Ekonomi 5 bulan yang lalu

MAHB Catat Kerugian Bersih RM1.11 Bilion Pada Tahun Kewangan 2020