web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 8 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tak Kisah Bersaing Di Dunia Lelaki, Azie Rahimah Buktikan Kemampuan Diri

Usahawan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jan 2023 9:18PM

Azie Rahimah Ramlee pantas menempa nama sebagai antara kontraktor wanita paling terkenal di Seremban - Gambar ihsan Azie Rahimah Ramlee

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - ‘Iron Lady’ barangkali adalah gelaran paling tepat untuk menggambarkan Azie Rahimah Ramlee, 36.

Cekal menongkah alam pekerjaan yang lazimnya didominasi kaum lelaki, beliau pantas menempa nama sebagai antara kontraktor wanita paling terkenal di daerah ini.

Mengakui ia bukan sesuatu yang mudah, Azie lebih memilih untuk bersikap positif agar dia mampu menangkis setiap cabaran mendatang.

“Tidak dinafikan, berdepan dengan perspektif masyarakat bahawa bidang ini tidak sesuai untuk wanita agak sukar, malah saya pernah ditertawakan beberapa kontraktor lelaki dalam satu perjumpaan, hanya kerana mereka tidak yakin wanita boleh berjaya dalam bidang ini.

Azie cekal menongkah alam pekerjaan yang lazimnya didominasi kaum lelaki dan bukan Melayu
Azie cekal menongkah alam pekerjaan yang lazimnya didominasi kaum lelaki dan bukan Melayu

“Nak jadi kontraktor wanita ini, bila kita approach orang, majoriti akan mengelak kerana mereka tidak percaya dengan hasil kerja kita, hanya kerana saya seorang wanita dan saya Melayu. Maklumlah, bidang ini biasanya dikuasai oleh kaum lain. Kadangkala memang rasa sakit hati dengan tanggapan seksis masyarakat, tapi saya teruskan juga,” katanya kepada Getaran ketika ditemui di sini.

Menurut ibu kepada tiga cahaya mata ini, dia pernah hampir putus asa untuk meneruskan cita-cita membina empayarnya sendiri, namun setiap kali terbayang wajah anak, keazaman untuk berjaya kembali menebal.

“Sebelum terjun ke bidang ini, saya pernah bekerja sebagai kerani di beberapa syarikat dan memperoleh pendapatan yang sedikit. Kehidupan pada waktu itu sememangnya agak sukar, malah saya pernah ‘menipu’ anak yang meminta untuk dibelikan makanan di sebuah restoran makanan segera.

“Disebabkan saya dan suami perlu berjimat ketika itu, saya terpaksa beritahu anak yang kedai sudah tutup, malah saya pernah memberi mereka pakaian yang sudah koyak dan lusuh. Apabila teringat kenangan itu, ia membuatkan hati saya sedih dan sayu,” katanya, sebak.

Semua keperitan tersebut jelas Azie, mengukuhkan semangat untuk merealisasikan hasrat membina empayar sendiri, demi masa depan tiga zuriatnya.

“Saya tak mahu anak-anak melalui setiap keperitan dan kesukaran hidup, seperti yang saya alami dahulu. Biarlah mereka hidup senang dan selesa,” katanya. 

Semua keperitan tersebut mengukuhkan semangat Azie untuk merealisasikan hasrat membina empayar sendiri, demi masa depan tiga zuriatnya
Semua keperitan tersebut mengukuhkan semangat Azie untuk merealisasikan hasrat membina empayar sendiri, demi masa depan tiga zuriatnya

Mengimbau kenangan membuka syarikat yang dikenali sebagai Arram ini, Azie memberitahu, segalanya tercetus apabila dia bekerja di bahagian pengurusan sebuah syarikat perumahan. 

“Dari situ, saya mula belajar menjual rumah dan bergaul dengan pelbagai peringkat buruh untuk mengenali dan memahami dengan lebih dekat sektor pembinaan.

“Bermula dengan membantu membancuh simen, saya belajar cara membuat struktur bangunan. Jujur, pada mulanya semua ini saya lakukan sebab duit, nak kumpul wang demi masa depan anak-anak,” akuinya, ikhlas.

Berkat kesungguhan dan kerajinan, usaha Azie mula menampakkan hasil malah majikannya ketika itu turut kagum apabila melihat dia berjaya menjual 11 unit kediaman dalam tempoh dua tahun.

Katanya, dia kini mampu tersenyum dengan pencapaian yang dirasakan amat memberangsangkan, apabila berjaya mendapatkan tender dari sebuah syarikat perumahan dan pembinaan terkemuka di Negeri Sembilan. 

“Hampir dua tahun Arram ditubuhkan, jumlah keseluruhan tender yang diberikan kepada kami bernilai lebih RM1 juta dan ia amat membanggakan,

“Saya harap orang ramai tidak lagi akan memandang sinis terhadap kontraktor wanita kerana kami ada kelebihan tersendiri. Menjadi seorang wanita menjadikan kerja kami lebih halus dan teliti, sesuai dengan fitrah kami yang sukakan kesempurnaan dan keindahan,” katanya. - Getaran, 31 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Langgar Syarat Berpakaian, Wanita Tak Puas Hati Dihalang Masuk Hospital

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Jalur Gemilang Gergasi Bangkit Semangat Patriotik Murid SK Seri Pagi

3

Semasa 10 bulan yang lalu

3 Penunggang Motosikal Maut Kemalangan Di Lebuhraya PLUS

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Tahan 3 Lelaki Suspek Kes Tetak Di Seremban

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ