Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


24 Jam Kacau Dodol, Zamri Tetap Kekalkan Cara Tradisional 

Usahawan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 May 2022 8:50AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BUKIT MERTAJAM - Dodol adalah antara makanan wajib dan tradisi masyarakat Melayu bagi memeriahkan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Tetapi proses mengacau dodol yang lama dan memerlukan kekuatan tenaga menyebabkan tidak ramai yang mahu menyediakan makanan tradisional itu.

Bagi pengusaha dodol jenama Tok Nah, Zamri Zulaiman, 49, dia berbangga kerana masih menghasilkan dodol secara manual dengan memasak menggunakan kayu api sejak 24 tahun lalu.

“Memang penat, tambahan pula pada tahun ini saya menerima tempahan yang amat luar biasa sehingga terpaksa menolak permintaan ramai pelanggan baharu.

“Jadi, untuk memenuhi permintaan pelanggan, saya memasak dodol setiap hari selama 24 jam yang dibahagikan kepada empat syif, dan dibantu lebih 20 kakitangan,” katanya ketika ditemui di Kg Simpang Tiga di sini, baru-baru ini.

Zamri Zulaiman
Zamri Zulaiman

Menerima tempahan lebih 10,000 kilogram (kg) dodol pada tahun ini, Zamri berkata, pengalaman bekerja selama 15 tahun di bahagian pengeluaran sebuah kilang elektronik menyebabkan beliau tidak kekok untuk menguruskan sendiri penghasilan dodol setiap hari.

Katanya, dodol yang dihasilkannya juga menggunakan tepung pulut yang dibuat sendiri oleh penduduk kampung, selain tidak menggunakan sebarang bahan pengawet bagi mengekalkan keasliannya.

Zamri berkata, jenama dodol Tok Nah yang diambil sempena nama ibunya Aznah Hamid, 82, itu sememangnya seratus peratus mengikut resipi turun temurun ibu bapanya.

“Dahulu setiap kali raya, ramai jiran-jiran dan kawan-kawan memuji keenakan dodol yang dibuat ibu bapa saya.

“Jadi, saya terfikir, mengapa saya tidak komersialkan dodol ini supaya ia juga dapat dinikmati oleh ramai orang,” katanya.

Bapa kepada empat anak ini juga bersyukur kerana mendapat sokongan daripada keluarga dan penduduk kampung yang membantunya untuk menjalankan perniagaan tersebut.

“Sejak awal lagi, niat saya memulakan perniagaan adalah untuk membantu komuniti, kerana saya terdorong dengan falsafah Henry Ford yang memulakan jenama Ford untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat Amerika Syarikat,” katanya.

Memiliki seramai 149 ejen di seluruh Malaysia, Zamri berkata, harga dodolnya di pasaran bermula RM18 sehingga RM25 untuk 500 gram, berbeza mengikut lokasi.

Katanya, beliau juga tetap menghasilkan dodol sebelum dan selepas Hari Raya, untuk dijadikan cenderahati ketika majlis keramaian dan majlis perkahwinan.

“Saya sering berpegang kepada pesanan ayah supaya sentiasa menjaga kualiti, dan hanya menghasilkan produk seperti apa yang kita mahu makan,” katanya mengakhiri bicara. - Getaran, 2 Mei 2022

Sorotan

1

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

2

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

3

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

4

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

5

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

6

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

7

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 5 jam yang lalu

Tesla Turunkan Harga 2 Model EV Mulai Hari Ini