web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tart Musang King, Dapat Permintaan Tinggi

Usahawan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Apr 2022 4:35PM

Biskut tart musang king yang dihasilkan Siti Khairunnisa laris di pasaran. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA KRAI - Usahawan muda, Siti Khairunnisa Che Rahim tidak menyangka niatnya menukar inti biskut tart yang biasanya menggunakan nanas kepada durian musang king mendapat permintaan tinggi.

Niat asal gadis berusia 23 tahun dari Kampung Chuchuh Puteri ketika memulakan pembuatan tart musang king itu tahun lepas hanyalah sekadar ingin menghabiskan lebihan lempuk durian jenis itu yang ada dalam simpanannya.

Siti Khairunnisa berkata setiap kali musim durian, dia memang mempunyai lebihan simpanan lempuk durian kerana keluarganya turut mengusahakan kebun raja buah itu seluas 16 hektar.

“Saya mula menghasilkan tart musang king ini pada sambutan Aidilfitri tahun lepas apabila memiliki kira-kira 50 kilogram stok lempuk durian.

“Alhamdulillah bermula sekadar niat untuk menghabiskan stok lempuk, tart musang king ini mendapat permintaan tinggi sejak dihasilkan, bukan sahaja dijual terus kepada pelanggan malah biskut ini berjaya memasuki pasaran sebuah pasar raya di Kota Bharu,” katanya ketika ditemui Bernama di kediamannya, baru-baru ini.

 Bercerita lanjut, Siti Khairunnisa berkata pada sambutan Aidilfitri tahun lepas, dia berjaya menjual 2,000 balang tart musang king, bagaimanapun bagi sambutan tahun ini dia hanya mampu menghasilkan 1,000 balang kerana kekurangan bekalan stok lempuk durian.

“Antara bahan yang diperlukan untuk menghasilkan biskut ini ialah tepung gandum, telur, mentega, tepung jagung, minyak sapi, tepung kastard dan susu pekat.

“Biskut ini dijual pada harga RM18 hingga RM20 sebalang, biarpun menggunakan bahan berkualiti tinggi terutama rmusang king saya tetap jual dengan harga mampu beli,” kata anak ketiga daripada empat beradik itu.

Mengenai pasaran tart musang king yang dihasilkannya, Siti Khairunnisa berkata dia turut mendapat permintaan dari negara seperti Singapura, Brunei dan Thailand namun tidak mampu memenuhi permintaan tersebut.

“Bekalan lempuk durian musang king yang terhad menyebabkan saya hanya mampu memenuhi permintaan dalam negara ketika ini,” kata pemegang Diploma Pemasaran Kolej Vokasional Pasir Mas itu. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan