Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Norazian, Jual Air Balang RM1 Sebungkus sejak 26 Tahun Lalu

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Apr 2022 9:00PM

Ketika orang ramai resah memikirkan kenaikan harga barang, Norazian nekad menjual air balang dengan harga RM1 sebungkus di Bazar Ramadan Masjid Perda, Bukit Mertajam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BUKIT MERTAJAM - Ketika keresahan orang ramai memikirkan peningkatan harga barang yang semakin mendadak sekarang ini, seorang peniaga di Bazar Ramadan Masjid Perda, di sini nekad menjual air balang dengan harga RM1 sebungkus, harga sama yang ditetapkannya sejak 26 tahun lepas.

Norazian Sabri, 57, berkata walaupun harga air balang yang dijual itu hanya RM1 sebungkus berbanding peniaga lain iaitu antara RM2 hingga RM3, beliau masih mampu meraih keuntungan, dan beliau percaya dengan kekuatan yang ada pada rezeki.

"Kalau bulan puasa memang saya berniaga di bazar Ramadan di sini (Bazar Ramadan Masjid Perda) dan menjual 11 balang air pelbagai perisa antaranya bandung, limau asam boi, mata kucing, laici dan juga jus buah-buahan seperti timbikai dan oren, bulan biasa saya berniaga di Pantai Bersih, Butterworth.

"Harga yang saya jual masih sama seperti 26 tahun lepas iaitu RM1, Alhamdulillah ada untungnya, dan harga murah ini juga sebenarnya antara salah satu cara kami beramal jariah serta berkongsi rezeki dengan orang lain," katanya ketika ditemui di Bazar Ramadan Masjid Perda, di sini hari ini.

"Bukan baru sehari dua saya berniaga tapi dah lebih 26 tahun jadi saya percaya tidak semua berkemampuan untuk membeli dengan harga mahal dengan ketika ini boleh dikatakan banyak barang harga meningkat, jadi dengan harga air RM1 ini secara tidak langsung membantu pengguna juga," katanya yang berniaga bersama suaminya Zainal Abidin Idris, 58.

Katanya setiap balang air boleh menghasilkan sehingga 50 bungkus air dan setakat ini boleh dikatakan setiap hari jualannya mendapat permintaan daripada orang ramai di situ.

"Saya akan terus kekalkan dengan harga RM1 sebungkus, kerana saya percaya pada rezeki, Alhamdulillah ada keuntungannya cuma mungkin tidak banyak seperti peniaga lain.. saya gembira dapat jual dengan harga ini, malah kami turut menjaga kualiti setiap air yang dibancuh dalam balang," katanya.

Sementara itu seorang pelanggan Norhasfizah Mustafa, 35, berkata air balang dijual Norazian memang pilihan beliau sekeluarga kerana ia dijual dengan harga yang murah berbanding peniaga lain dalam masa sama masih mengekalkan rasa yang sedap.

"Kalau di gerai ini kami boleh beli air untuk setiap seorang mengikut perisa pilihan masing-masing, iaitu saya dan suami serta tiga anak untuk kami berbuka puasa. Rasa air juga sedap dan setanding dengan air balang peniaga lain," katanya. - Bernama

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Suspek Lempar KK Mart Bidor Dengan Bom Dikesan Menerusi CCTV

Semasa 13 minit yang lalu

Perlu Tadabbur, Fahami Gesaan Al Quran - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

TPM, Jemaah Menteri Ucap Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran

Semasa 19 jam yang lalu

6 Warga Asing Ditahan Dalam Operasi Di Kondominium Mewah