web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PKP Dorong Kontraktor Tanam Jambu Batu Lohan

Usahawan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Oct 2021 11:27AM

Pengusaha Jambu Batu Lohan, Abd Halim Abdullah, 45, memeriksa kualiti buah yang ditanam di kebunnya di Pulau Gadong baru-baru ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Kesukaran memasarkan sayur-sayuran ketika bermulanya tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula Mac 2020, memaksa Abd Halim Abdullah mencari alternatif lain untuk kekal bertahan dan meneruskan kelangsungan hidupnya sebagai petani sayur.

Kerugian mencecah sehingga ribuan ringgit sehari, menyebabkan Abd Halim, 45, yang juga seorang kontraktor telekomunikasi beralih mengusahakan jambu batu atau guava varieti Lohan (GU16) dan ternyata usaha beliau menampakkan hasil lumayan setelah sembilan bulan menceburi penanaman jambu berkenaan.  

Kini, katanya beliau menumpukan sepenuh masa sebagai pengusaha jambu batu Lohan sehingga mempunyai tiga kebun seluas 2.83 hektar di sekitar Kampung Tengah, Pulau Gadong di sini dengan 1,000 batang pokok sekali gus menjadi pengusaha tunggal di Melaka.

"Alhamdulillah, rata-rata pokok jambu yang saya tanam telah mencecah usia matang dan mampu mengeluarkan dua tan metrik jambu seminggu dengan pendapatan mencecah RM10,000," katanya ketika ditemui di kebunnya di Pulau Gadong di sini, baru-baru ini.

Abd Halim yang mengusahakan tanaman sayur-sayuran seperti cili padi centil dan terung sejak 13 tahun lepas, mengakui keputusan beralih mengusahakan tanaman jambu batu itu dilakukan ekoran pendapatannya sebagai kontraktor turut terjejas dalam tempoh PKP dan sekatan perjalanan.

"Pada mulanya banyak kesukaran yang saya hadapi termasuk dalam isu pemasaran sehingga bertan-tan jambu terpaksa dibuang kerana saya tidak tahu ke mana hendak memasarkannya sehinggalah saya berkolaborasi dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Melaka,” katanya yang dibesarkan dalam keluarga petani.

Abd Halim berkata sehingga kini, beliau membekalkan jambu batu berkenaan kepada lebih 50 peniaga kecil dan seorang pemborong di negeri itu selain turut memasarkan hasil taninya di Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur dan FAMA Melaka.

Bapa kepada empat anak itu berkata pengeluaran kira-kira lapan tan metrik buah jambu sebulan kadangkala masih tidak mampu untuk menampung pasaran luar Melaka, justeru beliau sedang mengusahakan projek rintis jambu U16 secara berkelompok bersama-sama enam rakannya di kawasan seluas 3.24 hektar di Jalan Setulang Daeng, Bukit Rambai di sini yang mempunyai 2,000 pokok.

"Projek rintis ini baru bermula awal Oktober lepas dan tanaman diusahakan secara berperingkat serta dijangka siap sepenuhnya pada Disember ini sebelum satu lagi projek tanaman secara kelompok akan diusahakan di tanah seluas 6.47 hektar di Bukit Katil pada awal tahun depan,” katanya.

"Sekurang-kurangnya 10 tan metrik jambu disasarkan dapat dihasilkan dalam seminggu menjelang tahun depan," katanya yang kini mempunyai empat pekerja sepenuh masa termasuk seorang Orang Kurang Upaya untuk membantunya di tiga kebun tersebut.

Bercerita lanjut, anak kelahiran Muar, Johor itu berkata setakat ini jambu batu Lohan keluarannya itu banyak menerima respons positif daripada pembeli malah ada yang sudahpun menjadi pelanggan tetap disebabkan gemarkan rasa manis, rangup buah jambu berkenaan, selain mempunyai kandungan air yang tinggi.

“Buah jambu kami dijual terus dari kebun kepada pelanggan dalam pelbagai harga mengikut gred iaitu RM5 sekilogram bagi gred A, gred B (RM4 sekilogram) dan gred C (RM3 sekilogram),” katanya.

Katanya, FAMA juga bercadang melakukan penjenamaan ke atas nama jambu batu Lohan keluarannya, sekali gus menjadikan jambu batu sebagai ikon buah-buahan bagi Melaka dan beliau sangat berbesar hati dan menghargai inisiatif berkenaan. - Bernama

Sorotan

1

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

2

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

3

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

4

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

5

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

6

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?