web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cendawan Kolong Bawa Hasil, Rezeki Meriah Di Musim Pandemik

Usahawan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Sep 2021 4:17PM

Farid dan Sharina bersama cendawan yang dihasilkan mereka di ruang bawah rumah di Kampung Tanah Merah Jaya, Tanjung Kling, Melaka.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA TENGAH - Kolong biasanya dijadikan sebagai tempat jemuran baju atau menyimpan barangan, namun tahukah anda ia boleh dijadikan punca rezeki?

Farid Imran, 51, nyata memiliki keupayaan befikir di luar kotak apabila menggunakan ruang bawah rumah itu sebagai tempat pembiakan cendawan, sekali gus menjana pendapatan buat keluarganya.

Dua tahun kehilangan pekerjaan akibat COVID-19 bukan satu tempoh yang singkat, menyebabkan dia yang sebelum ini bekerja sebagai perancang acara (event planner) terpaksa mencari alternatif lain demi meneruskan kelangsungan hidup.

Ketika ditemui Getaran, Farid berkata, dia dan isteri, Sharina Safiee, 48, terlebih dahulu menyenaraikan beberapa tanaman lain seperti cili dan bayam untuk ditanam di sekitar halaman rumahnya, namun sepakat untuk memilih cendawan sejak hujung April lalu kerana cara penjagaan yang mudah.

"Apabila membuat keputusan untuk menceburi penanaman cendawan, saya dan isteri membaca dan mengkaji sebanyak mungkin maklumat yang perlu ada kerana kami sama sekali tidak memiliki pengetahuan dalam bidang ini.

"Bermodalkan duit simpanan RM6, 000 dan bantuan anak-anak, saya mula membuat rak serta mendapatkan bongkah cedawan. Ternyata bahagian kolong yang sedia ada membantu kami memudahkan pelaksanaan kerana dapat menjimatkan perbelanjaan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tanah Merah Jaya, Tanjung Kling di sini.

Farid memasukkan cendawan yang siap dibungkus untuk dijual ke pasar dan di Pantai Puteri.
Farid memasukkan cendawan yang siap dibungkus untuk dijual ke pasar dan di Pantai Puteri.

Farid berkata, percaturan tersebut ditakdirkan membawa tuah apabila projek dikenali sebagai Cendawan Kolong itu mampu menghasilkan pendapatan memuaskan buat keluarganya.

"Sudah dua musim (enam bulan) usahakan cendawan ini dan kini saya mula mendapat rentak dan faham akan selok-belok pengeluarannya, malah daripada 1,000 bongkah untuk permulaan,  ia sudah mencecah 4,000.

“Dalam menjayakan projek ini, saya tidak terlepas daripada menerima cabaran apabila 2,000 bongkah cendawan pada musim pertama terpaksa dibuang kerana jangkitan penyakit.

“Ketika itu saya sebenarnya sudah mula berbelah bahagi, sama ada ingin meneruskan projek ini atau berhenti sahaja,” katanya yang memaklumkan, setiap bongkah mampu mengeluarkan hasil sebanyak enam kali.

Farid memberitahu, meskipun pasaran cendawan tiram kelabu itu hanya terhad kepada kawasan sekitar kediaman, namun ia mampu menjana sehingga RM3,000 sebulan.

"Seawal pagi saya bersama isteri akan memungut cendawan sebelum membungkusnya untuk dijual pada harga RM3 bagi 170 gram dan RM7 untuk 500 gram. Dengan menaiki ATV saya akan ke pasar berhampiran dan Pantai Puteri untuk menjual Cendawan Kolong dan selalunya ia habis terjual.

"Cendawan Kolong ini juga turut dijual di media sosial dan ejen akan datang mengambil stok masing-masing pada setiap Jumaat serta Ahad,” katanya, tersenyum.

Farid menarik perhatian, selain menjual bongkah cendawan dalam bentuk ‘Family Pack’, dia dan isteri turut meneroka lapangan baharu iaitu menghasilkan pelbagai produk berasaskan tumbuhan itu, termasuk pekasam.

“Saya sememangnya tidak menyangka cendawan mampu membantu saya menjana pendapatan, malah tidak perlu keluar kawasan, amat sesuai sebagai mata pencarian di musim pandemik.

“Saya cadangkan pelajar atau graduan yang baru tamat pengajian dan ingin mencari duit poket, cubalah bidang ini kerana ia sememangnya boleh membantu,” katanya. – Getaran, 28 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Nahas Di Lebuhraya AMJ: Bayi Lelaki Terpelanting Keluar Disahkan Selamat

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Mayat Balut Dengan Tilam: Konflik Akibat Dadah Punca Pembunuhan - Polis

Sorotan

1

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

2

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

3

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

4

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

5

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

6

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?