Berita Terkini

9 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Kafe 2D, Raih Untung Puluhan Ribu

Usahawan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Sep 2021 11:30AM

Movilion Coffee House (Movilion) yang mempunyai 2 cawangan, masing-masing terletak di Pasir Pekan dan Kota Bharu yang berkonsepkan hiasan dalaman dua dimensi (2D) - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TUMPAT - Pengalaman bekerja sebagai barista sambilan di sebuah cawangan kafe popular di Kuala Lumpur lima tahun lepas telah mendorong Ismail Mohamad, 24, memendam hasrat untuk menceburi bidang perniagaan dalam industri makanan dan minuman (F&B).

Kini, bekas kakitangan di sebuah syarikat penerbangan tempatan itu berjaya merealisasikan impiannya, dengan mengusahakan Movilion Coffee House (Movilion) yang mempunyai dua cawangan, masing-masing terletak di Pasir Pekan, di sini dan Kota Bharu yang berkonsepkan hiasan dalaman dua dimensi (2D).

“Trend anak muda sekarang yang suka mengambil gambar dan berkongsi di media sosial memberi idea kepada saya untuk membuka kafe ini, malah pekerjaan sebelum ini yang berpeluang melawati negara luar juga memberi inspirasi kepada saya membuka kafe konsep 2D yang pertama di Kelantan,” katanya kepada Bernama.

Uniknya Movilion ini, dinding dan lantainya 'dicat' warna putih-hitam dengan lukisan 2D, yang mempamerkan pelbagai suasana di beberapa bahagian tempat makan antaranya gambaran seorang wanita sedang menikmati minuman di restoran.

Berkongsi cerita, anak jati Kota Bharu ini yang gemar menjelajah ke 'tempat orang' telah melawat ke 25 negara termasuk Korea, yang memberi ilham kepadanya untuk membuka kafe berkonsepkan 2D itu.

“Pertama kali saya bercuti ke negara berkenaan pada 2018 dan semasa melawat bandar Incheon dan Seoul, saya ternampak dan kagum dengan sebuah kafe di situ yang menggunakan hiasan dalaman 2D bertemakan suasana dan budaya Korea zaman dahulu.

“Maka, saya terdetik untuk mengusahakan kafe seumpama itu memandangkan tiada lagi kafe berkonsepkan 2D di Kelantan. Justeru, saya mengambil peluang ini supaya perniagaan saya tampak berbeza berbanding pengusaha kafe tempatan yang lain,” katanya.

Selain menyediakan minuman kopi, Movilion juga menjual pelbagai juadah ala barat antaranya pasta dan ‘chicken grill’, termasuk pencuci mulut seperti aiskrim berperisa ‘cheesecake’ dan menu istimewanya 'waffle with ice cream' yang menjadi jualan terlaris ketika ini. Kesemua makanan dan minuman itu adalah resipinya sendiri.

Mengulas lanjut, Ismail mula mengusahakan kafenya selepas hilang pekerjaan sebagai seorang kakitangan khidmat pelanggan di syarikat penerbangan tempatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, susulan sektor itu terjejas oleh pandemik COVID-19.

“Hampir empat tahun saya bekerja dalam industri penerbangan dan sememangnya amat meminati kerja saya sebelum ini, tetapi rezeki terhenti pada Januari lalu kerana terpaksa diberhentikan. Jadi, saya ambil keputusan untuk pulang dan tinggal bersama ibu bapa di Bachok.

“Kemudian, saya memulakan perniagaan (Movilion) pada awal Februari lepas dengan menggunakan duit simpanan sendiri sebagai modal, selain turut dibantu dua orang kakak, Nurul Izzah, 32, dan Fauzah, 29, yang juga rakan kongsi serta penasihat syarikat,” katanya yang memegang saham Movilion sebanyak 51 peratus.

Ismail mengakui pada permulaan perniagaan beliau, ia tidak memberangsangkan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang tidak membenarkan kedai makan beroperasi seperti biasa, bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19.

Namun, dengan semangat tidak mudah putus asa, Ismail berkata beliau terus mempromosikan Movilion melalui media sosial serta menggunakan perkhidmatan ‘e-hailing’ untuk melonjakkan jualan perniagaannya, dan ternyata kaedah itu membuahkan hasil sehingga kafenya semakin dikenali penduduk tempatan sejak Jun lepas.

Malah, anak kelima daripada enam beradik ini, sekarang ini mampu 'tersenyum lebar' apabila jualan makanan serta minuman ala barat di kafenya, sudah mencecah antara RM50,000 hingga RM70,000 sebulan dan hasil jualan semakin meingkat selepas kerajaan membenarkan 'dine-in' di kedai makan.

Mengakhiri perbualan, Ismail yang merupakan pemegang Diploma Pengurusan Penerbangan di Kolej Cybernatic di Kuala Lumpur, buat masa ini fokus untuk memperkukuhkan lagi dua cawangan Movilion yang sedia ada, sebelum memperluaskan perniagaannya di daerah lain.

“Insya-Allah, pada masa akan datang, saya akan membuka lagi cawangan yang baharu sekali gus dapat meningkatkan peluang pekerjaan kepada anak muda tempatan,” katanya yang kini menggajikan seramai lapan pekerja. - Bernama

Sorotan

1

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

2

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

3

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

4

Bas Terbalik Di Lebuhraya KLK: 2 Maut, 13 Cedera

5

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

6

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

7

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak