Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


4 Kontena Daging Babi Dirampas, Babit Nilai RM2.7 Juta

Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 20 Feb 2024 9:02PM

Norlela Ismail pada sidang media hari ini - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PELABUHAN KLANG  - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas empat kontena mengandungi daging babi seberat 96,000 kilogram (kg) dianggarkan bernilai RM2.7 juta yang dipercayai tidak mempunyai permit import daripada Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS).

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah JKDM, Norlela Ismail berkata, daging tersebut dirampas oleh bahagian penguatkuasaan pihaknya dalam operasi pada 13 Februari lepas di Pelabuhan Utara, di sini.

Beliau berkata hasil pemeriksaan menemukan muatan daging babi dari Brazil dipercayai untuk kegunaan sempena Tahun Baharu Cina lepas.

"Modus operandi yang digunakan ialah dengan mengikrar tidak benar dagangan sebagai 'furniture accessories' melalui Borang Manifes bagi mengelak dikesan pihak JKDM," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Sementara itu, Norlela berkata, pihaknya turut merampas sebuah kontena dari Hong Kong di Pelabuhan Barat, di sini, yang mengandungi 17,000 unit pistol angin dengan anggaran nilai dan cukai RM4.4 juta.

"Hasil pemeriksaan ke atas kontena itu menemukan pistol tersebut yang dipercayai tidak mempunyai permit import daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Nilai dagangan dianggarkan RM1.8 juta dan cukai terlibat berjumlah RM2.6 juta," katanya.

Menurutnya, JKDM Selangor juga berjaya menyekat
penyeludupan mercun tidak berpermit dan tidak mematuhi syarat digariskan pihak Kementerian Dalam Negeri, dalam lima serbuan berasingan antara 5 dan 8 Feb lepas yang melibatkan nilai serta cukai berjumlah RM694,000.

Norlela berkata, menerusi serbuan di sekitar Klang dan Pelabuhan Klang serta di Masjid Tanah, Melaka itu, pihaknya turut merampas 2,270 kotak mercun dan menahan dua pemilik gudang warga tempatan.

Menurutnya, turut dirampas dalam siri serbuan itu 664 unit televisyen android dan 1,900 unit kipas siling kerana tidak mempunyai permit atau kelulusan daripada SIRIM Bhd dan Suruhanjaya Tenaga (ST).

"Televisyen android itu diisytiharkan sebagai mozek lantai sebelum berjaya dikesan menerus pengimbasan imej. Perbuatan ini benar-benar dengan niat menyeludup kerana mengisytiharkannya sebagai barangan lain," katanya.

Norlela berkata JKDM Selangor turut merampas minuman keras melibatkan nilai barangan dan cukai sebanyak RM4.63 juta dalam lima kontena di Pelabuhan Utara, di sini pada 9 dan 13 Februari lepas.

Beliau berkata kesemua kes itu disiasat di bawah Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang 10 kali ganda nilai barangan atau RM100,000 yang mana lebih besar dan tidak lebih 20 kali nilai barangan atau RM500,000 yang mana lebih besar atau penjara tidak kurang daripada enam bulan dan tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

268 Topi Keledar Tiruan Jenama ARAI Disita

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Rokok Putih, Minuman Keras Lebih RM13 Juta Dirampas

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Kastam Sabah Tumpas Seludup Masuk 205kg Syabu Guna Khidmat Kurier

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Kastam Perlis Rampas Ketum, Kanabis Bernilai Lebih RM64,000

Sorotan

1

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

2

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

3

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

4

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

5

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

6

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja