web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Polis Buru Dalang Geng Thomas Aktif Curi Kenderaan Mewah

Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jul 2023 8:30PM

ACP Ahmad Sukarno Mohd Zahari (tengah) menunjukkan gambar pelaku yang masih bebas iaitu Thomas (kertas, kiri) dan Samuel (kertas, kanan) pada sidang media berkaitan tangkapan dan rampasan kes curi motokar geng Thomas di IPD Sentul hari ini - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Polis sedang mengesan dua lelaki ahli geng Thomas yang aktif sejak awal tahun lepas dalam kegiatan mencuri kenderaan mewah termasuk dari Singapura.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata lelaki tempatan berusia 29 dan 35 tahun yang dikenali sebagai Thomas dan Samuel itu disyaki dalang utama kumpulan berkenaan.

Beliau berkata operasi mengesan mereka dilakukan selepas pihaknya berjaya menahan enam lelaki yang bertindak sebagai orang suruhan kepada suspek menerusi tiga serbuan di sekitar ibu negara dan Puchong, Selangor.

Menurut Ahmad Sukarno, enam lelaki berusia 30 hingga 56 tahun itu ditahan pada 28 Jun lepas dan polis berjaya merampas empat kereta, dua alat kawalan jauh serta beberapa dokumen milikan kenderaan.

"Hasil siasatan mendapati kumpulan ini menyasarkan kereta mewah jenis Toyota Vellfire dan BMW serta kereta ‘scrap’ dari Singapura.

"Suspek akan mencuri (kereta) dan menukar nombor casis dan enjin kenderaan yang disyaki maklumat tersebut diperoleh daripada syarikat insurans sebelum dijual di laman sesawang dengan harga murah daripada pasaran iaitu antara RM20,000 hingga RM90,000," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di sini hari ini.

Ahmad Sukarno berkata kumpulan itu turut menjual kenderaan klon dari Singapura dan meletakkan nombor casis kereta yang didaftarkan sebagai musnah sepenuhnya.

Beliau berkata susulan penahanan enam lelaki itu, polis percaya berjaya menyelesaikan empat kes curi kenderaan yang dilaporkan di sekitar Kuala Lumpur dan Perak.

"Lima daripada mereka dibebaskan dengan jaminan polis dan dijadikan saksi pendakwaan manakala seorang lagi diserahkan kepada IPD Ipoh untuk siasatan kes di sana,” katanya.

Katanya kesemua lelaki itu tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Dalam kes berasingan, Ahmad Sukarno berkata polis menahan tiga lelaki berusia 19 hingga 21 tahun disyaki terbabit dalam kes ragut di sebuah pangsapuri di Kepong, Rabu lepas.

Beliau berkata kumpulan itu yang aktif sejak awal tahun ini dikenal pasti melakukan aktiviti ragut menggunakan motosikal di kawasan terbuka dengan menyasarkan penunggang dan pembonceng motosikal warga emas yang menggalas atau meletakkan beg di dalam bakul.

"Dua daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau dan ketiga-tiga mereka akan disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan,” katanya.

Beliau berkata, dengan penahanan itu, empat kes ragut di sekitar Kuala Lumpur dan satu kes samun dilaporkan di Sri Muda, Shah Alam berjaya diselesaikan. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan