web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 18 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ulasan Filem: Jemputan Ke Neraka Lambat Panas, Tetapi Punya 'Plot Twist' Menarik

Filem pertama arahan Amor Rizan ini dibintangi oleh Janna Nick, Sharifah Sakinah, Hafreez Adam, Jasper Supayah, Hariz Hamdan, Amy Nurtinie, Nick Syaf dan ramai lagi

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jun 2023 2:16PM

Jemputan Ke Neraka mula ditayangkan di pawagam seluruh negara semalam. - Gambar Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Membaca tajuknya sahaja saya kira sudah mampu menarik perhatian penonton untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang filem ini.

Jemputan Ke Neraka adalah sebuah filem bergenre psiko thriller yang merupakan filem pertama arahan pengarah, Amor Rizan dan diterbitkan oleh Datin Anne Ngasri menerusi syarikat produksinya, AN Universal. 

Filem ini dibarisi pelakon terkenal dan pelakon baharu seperti Janna Nick, Sharifah Sakinah, Hafreez Adam, Aleza Shadan Jasper Supayah, Nick Syaf, Hariz Hamdan, Wafariena dan Amy Nurtinie. 

Kisahnya bermula apabila tiga pasangan diundang ke majlis perkahwinan rakan sekolah mereka iaitu Lisa lakonan Jasper Supayah. Perkahwinan itu diadakan di sebuah vila yang terletak di dalam hutan jauh dari bandar. 

Jemputan Ke Neraka adalah sebuah filem bergenre psiko thriller yang merupakan filem pertama arahan pengarah, Amor Rizan.
Jemputan Ke Neraka adalah sebuah filem bergenre psiko thriller yang merupakan filem pertama arahan pengarah, Amor Rizan.

Setibanya mereka di sana, mereka terkejut kerana tiada seorang pun yang berada di majlis itu biarpun segala persiapan perkahwinan telah pun tersedia. 

Kekalutan mula melanda apabila Ivy lakonan Janna Nick terjumpa mayat Lisa yang tergantung di dalam bilik lengkap berpakaian pengantin dan dilumuri darah. 

Ivy merupakan kawan Lisa sewaktu mereka belajar di universiti. Manakala tunangnya iaitu Norman lakonan Hafreez Adam adalah teman sekolah Lisa.

Jemputan Ke Neraka diterbitkan oleh Anne Ngasri menerusi syarikat produksinya, AN Universal. 
Jemputan Ke Neraka diterbitkan oleh Anne Ngasri menerusi syarikat produksinya, AN Universal. 

Ivy mula mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena sedang berlaku dan dia percaya tunangnya dan tetamu yang lain menyembunyikan sesuatu darinya. 

Ketika mayat Lisa ditemui, mereka turut terjumpa gambar seorang gadis yang merupakan rakan sekolah mereka. Gambar itu merupakan petunjuk kepada apa yang terjadi kepada mereka semua.

Penonton akan menerima kejutan demi kejutan di penghujung cerita.
Penonton akan menerima kejutan demi kejutan di penghujung cerita.

Mereka cuba untuk beredar dari vila berkenaan, namun kesemua kereta tidak dapat dihidupkan dan mereka terpaksa bermalam di vila berkenaan yang bakal menjadi ‘neraka’ buat mereka semua. 

Sejujurnya filem sebegini boleh dikatakan agak klise. Namun Amor berjaya menyusun plot filem ini agar ia mempunyai kelainan. Kejutan demi kejutan mula terbongkar di penghujung cerita. Plot twist untuk filem ini saya kira agak berjaya. Bukan hanya satu plot twist sahaja yang diberi, tetapi lebih.

Semua pelakon termasuk pelakon baharu memberikan persembahan yang memuaskan dalam Jemputan Ke Neraka.
Semua pelakon termasuk pelakon baharu memberikan persembahan yang memuaskan dalam Jemputan Ke Neraka.

Mungkin akan ada penonton yang kurang setuju dengan pendekatan Amor untuk mendedahkan siapa pembunuh di dalam filem ini sejak dari awal. 

Dari segi lakonan, semua pelakon dilihat dapat memberikan persembahan yang memuaskan termasuk pelakon-pelakon baru. 

Jemputan Ke Neraka lebih kepada adegan pembunuhan dan mula ditayangkan di pawagam pada 22 Jun lalu.
Jemputan Ke Neraka lebih kepada adegan pembunuhan dan mula ditayangkan di pawagam pada 22 Jun lalu.

Cuma saya rasakan filem ini seperti lambat panas. Selepas kejadian pembunuhan yang pertama melibatkan Lisa, penonton terpaksa menunggu lama untuk melihat kejadian bunuh yang seterusnya. 

Sinematografi filem ini pula kelihatan seperti berada di takuk lama. Ibarat menonton filem di awal tahun 2000. Saya tidak pasti sama ada disengajakan, atau masalah kekangan bajet. 

Pemilihan kostum untuk filem ini juga saya rasa perlu diberikan lebih perhatian kerana terlihat kurang sesuai dengan tema filem ini. Tidak semestinya pakaian untuk ke majlis perkahwinan perlu sarat perincian manik yang berkilau. Saya kira aspek visual juga penting untuk menaikkan lagi ‘mood’ filem ini. 

Sharifah Sakinah
Sharifah Sakinah

Ketika penonton sedang dalam ‘mood’ ketakutan melibatkan babak pembunuhan, tiba-tiba babak itu dilatari dengan lagu yang pada saya telah membunuh ‘mood’ penonton. 

Tuntasnya, filem ini masih menarik untuk ditonton kerana ‘plot twist’ yang agak lain daripada yang lain. Tambahan pula ini adalah filem pertama Amor Rizan. Saya pasti ini adalah permulaan yang baik buat beliau untuk terus menghasilkan filem yang lebih menarik selepas ini. Dan saya pasti filem ini akan punya peminatnya yang tersendiri.

Jangan lupa untuk tonton filem Jemputan Ke Neraka yang mula ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 22 Jun 2023 – Getaran, 23 Jun 2023

Rating : Getar 3.5 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 12 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...