web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kenapa Janna Nick Sanggup Seksa Diri Untuk Bersenam? Bukan Pasal lelaki Atau Nak Nampak Seksi, Tapi Ini Sebabnya…. 

Sejak kebelakangan ini, pelakon sensasi, Janna Nick sering memuat naik gambar dirinya setelah melakukan senaman menerusi hantaran di laman Instagram miliknya dan  perkongsiannya itu berjaya menarik perhatian umum. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 May 2023 2:00PM

Janna Nick - Gambar Instagram Janna Nick

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sejak kebelakangan ini  pelakon sensasi, Janna Nick sering memuat naik gambar dirinya setelah melakukan senaman menerusi hantaran di laman Instagram miliknya dan perkongsiannya itu berjaya menarik perhatian umum. 

Janna sebenarnya mempunyai sebab yang kukuh mengapa dia kerap bersenam dan memaksa dirinya untuk aktif bersenam.

Selain untuk menguruskan berat badan, Janna memberitahu dia melakukan senaman kerana mahu menjadi seperti orang lain yang bebas menikmati makanan sedap tanpa ada hadnya. 

“Kadang-kadang saya terfikir, kenapalah kena menyeksa diri sampai macam ni. Bersenam sampai rasa macam nak pitam eh. 

“Jawapan dia sebab, I want to eat good food. Bestnya la jadi orang yang makan, melantak dua tiga pinggan pun tak gemuk-gemuk. 

“Tapi tak apalah, bersenam pun bagus untuk kesihatan mental. Cuma nak start balik selepas bulan puasa ni rasa macam... aduh beratnya,” konsinya menerusi satu hantaran di Instagram.

Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata netizen turut kongsi sependapat dengan dirinya, di mana mereka turut mengalami masalah yang sama.

Namun, ada segelintir netizen yang menyokong pelakon ‘Kimchi Untuk Awak’ ini mengatakan berat badannya sudah ideal dan dia tidak perlu melakukan senaman hingga menyeksakan diri.

Ada juga  yang menyarankan Janna untuk mencuba kaedah senaman di luar seperti hiking serta berkongsi tips-tips diet, yang mana ia merupakan kaedah yang lebih pantas menurunkan berat badan.

“Awak tak gemuk pun Janna. You have a good body. Just enjoy your life, bukan senang ya nak dapat body macam you. Aset ada, yang lain slim je. Kenapa nak seksa diri awak,” kata pemilik akaun @Honey.

“Luahan awak, sama dengan luahan hati saya, cemburu dengan orang yang kurus tapi makan banyak sampai berpinggan-pinggan tak jadi gemuk.

“Saya suka kopi tapi kena sekat, suka makanan ringan tapi kena kurangkan, badan penat balik kerja, tapi kena jugak masuk gym! Sebab nak jaga kesihatan diri ini.Diikutkan, hati ingin tidur memanjang je!,” luah @eida_irdani.

“Don't push yourself. Banyak senaman yang tak perlu teruk-teruk tetapi kesannya bagus. Yang penting sihat dan tak stress. Ada yang boleh buat di rumah,” kata @Sedapliciouz. 

“Hahaha! Kita exercise sebab nak makan makanan sedap-sedap,” kata @Eyra.  – Getaran, 2 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Refleksi 2 tahun yang lalu

Bina Iman Untuk Ramadan, Lupakan Sementara Bina Otot - Murad

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Terjawab Segala Spekulasi - Janna Nick Dan Dini Schatzmann Selamat Diijabkabulkan, Pilih Koh Lipe Destinasi Bulan Madu Pertama

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Netizen Rayu Hisyam Hamid Supaya Jangan Jadi Lelaki Jahat, Tolonglah Kasihankan Lara! 

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

‘Belajar Bahasa Isyarat Ini Umpama Belajar Menari’ – Ismail Izzani Akui Seronok Apabila Dapat Belajar Ilmu Baharu 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 7 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN