web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


BIM PPDA Naik RM200, Main Peranan Penting Dalam SAR Mangsa Lemas

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Mar 2023 5:56PM

Bayaran Insentif Menyelam (BIM) untuk anggota JBPM akan dinaikkan kepada RM200 berkuatkuasa serta merta. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bayaran Insentif Menyelam (BIM) untuk anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dinaikkan kepada RM200 berkuatkuasa serta merta.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming berkata, kenaikan tersebut adalah untuk Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) JBPM.

Menurut beliau, pasukan berkenaan sebelum ini menerima bayaran berjumlah RM100 sebulan.

“Kenaikan ini bertujuan memperkasa pasukan selam, sebagai antara pihak penting dalam setiap operasi mencari dan menyelamat SAR mangsa lemas,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian, ketika ditemui di Pelancaran Majlis Keselamatan Aktiviti Di Air (MKAA) di Pantai Senok, Bachok Kelantan hari ini.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk M Noor Azman Taib, Pengarah JBBPM Kelantan, Jainal@Zainal Madasin dan Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman.

Kor Ming berkata, terdapat 628 PPDA ditempatkan di 46 balai bomba seluruh negara.

Nga Kor Ming - Gambar fail
Nga Kor Ming - Gambar fail

“Seramai 255 mangsa meninggal dunia akibat lemas sepanjang tahun lalu.

“Angka itu pada pandangan saya masih tinggi walaupun sebenarnya mencatatkan penurunan sebanyak 17 peratus berbanding tahun sebelumnya,” katanya.

Beliau memberitahu, pihaknya dengan kerjasama MKAA sentiasa berusaha untuk mengurangkan kemalangan melibatkan kematian di kawasan rekreasi air terjun, pantai, sungai atau cerun bukit dan bukit.

“Pengambilan lebih ramai Pasukan Bomba Bantuan (PBB) Safety Water and Rescue Team (SWART) wajar dilakukan khususnya di negeri berisiko banjir dan mempunyai kadar kes lemas yang tinggi.

“Setakat ini hanya ada 1.7 peratus atau 36 pegawai SWART daripada keseluruhan anggota PPDA,” katanya.   - Getaran, 19 Mac 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 13 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan