web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Banjir Kilat Landa KL, Beberapa Laluan Ditutup

Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Nov 2022 6:58PM

Keadaan Lebuhraya Sultan Iskandar yang dilanda banjir. - Gambar ihsan JSPT Kuala Lumpur

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hujan lebat yang melanda ibu negara selama lebih sejam mengakibatkan beberapa laluan utama terpaksa ditutup buat sementara waktu, akibat dinaiki air setinggi 0.3 meter sehingga menyukarkan kenderaan ringan untuk melalui kawasan tersebut.

Setakat jam 5.30 petang tadi, sebanyak lima laluan utama terpaksa ditutup iaitu Lebuhraya Sultan Iskandar, Jalan Travers, Lebuhraya Taman Connaught, Jalan Parlimen dan Jalan Ampang.

Lebuhraya Taman Connaught. - Gambar ihsan JSPT Kuala Lumpur
Lebuhraya Taman Connaught. - Gambar ihsan JSPT Kuala Lumpur

Berdasarkan maklumat Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, laluan dari arah Istana ke Wisma Tani di Lebuhraya Sultan Iskandar ditutup sementara akibat dinaiki air setinggi paras betis.

Jurucakap jabatan berkata, lencongan disediakan kepada pengguna jalan raya melalui arah susur ke Carcosa Seri Negara.

Selain itu, satu lorong di Jalan Travers ditutup buat pengguna jalan raya akibat ditenggelami air setinggi 0.3 meter, namun keadaan semakin pulih.

Jalan Parlimen. - Gambar ihsan JSPT Kuala Lumpur
Jalan Parlimen. - Gambar ihsan JSPT Kuala Lumpur

Sementara itu di Lebuhraya Taman Connaught, satu lorong ditutup sementara waktu dengan pemantauan anggota polis, akibat dinaiki air sekitar jam 4.15 petang tadi namun keadaan semakin pulih.

Di Jalan Parlimen pula, laluan di kedua-dua arah terpaksa ditutup bagi semua jenis kenderaan selepas jalan tersebut dinaiki air setinggi paras betis sejak jam 4.36 petang tadi.

Satu lorong di Laluan di Jalan Ampang berhadapan Bangunan Santa Grand turut ditutup setakat ini akibat dinaiki air sejak jam 4.27 petang tadi. - Getaran, 30 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan