web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Komitmen PM Kecilkan Saiz Kabinet Relevan, Elak Kos Pentadbiran Tak Sepatutnya

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Nov 2022 10:27AM

Dr Jahaberdeen Mohamed Yunoos berkata, respons diberikan itu bahawa perbincangan bersama perlu dilakukan bagi mengelak kesan negatif kepada jentera pentadbiran kerajaan juga, seperti ‘kurang sesuai’ dikeluarkan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR: Kenyataan dikeluarkan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berhubung komitmen Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengecilkan Kabinet atau jumlah menteri, seolah-olah menunjukkan pihak terbabit mahukan saiz lebih besar.

Pengasas Pergerakan RAPERA, Datuk Seri Dr Jahaberdeen Mohamed Yunoos berkata, respons diberikan itu bahawa perbincangan bersama perlu dilakukan bagi mengelak kesan negatif kepada jentera pentadbiran kerajaan juga, seperti ‘kurang sesuai’ dikeluarkan.

Katanya, tentu sekali apabila sesuatu keputusan hendak dibuat, perbincangan perlu diadakan dengan pihak yang terlibat dan pakar sekiranya diperlukan.

“Ini adalah common sense dan bijaksana.

“Malangnya, beliau telah abaikan peluang bagi menyatakan pendirian CUEPACS berkaitan dengan saiz Kabinet. Lagipun kalau tidak salah saya, CUEPACS tidak memberi sebarang komen terhadap saiz Kabinet terdahulu.

“Melihat kepada kenyataan seperti di laporan (dikeluarkan), ia seolah-olah CUEPACS mahu saiz Kabinet yang besar, walhal sekian lama rakyat bertanggungjawab berpendirian bahawa saiz Kabinet tidak harus terlalu besar kerana dijadikan sebagai habuan sokongan politik,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Jahaberdeen berkata, keadaan saiz Kabinet besar akan membebankan rakyat dengan kos pentadbiran tidak sepatutnya.

“(Bebanan itu lebih dirasai) dalam keadaan rakyat sedang merana dengan kenaikan kos sara hidup dan hutang negara yang meningkat,” katanya.

Kelmarin, Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat berharap Perdana Menteri dapat mengadakan perbincangan terlebih dulu dengan Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan semua Ketua Setiausaha (KSU) di kementerian, berhubung komitmen kerajaan untuk mengecilkan saiz Kabinet atau jumlah menteri.

Beliau berkata, perbincangan bersama itu perlu dilakukan bagi mengelak kesan negatif kepada jentera pentadbiran kerajaan, selain supaya sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat tidak terkesan, sehingga menyebabkan nama baik penjawat awam tercemar.

“CUEPACS juga tidak mahu keputusan terburu-buru dilakukan supaya dasar semasa sedang dilaksanakan penjawat awam tidak terganggu.

“Memandangkan ia boleh menyebabkan pencapaian atau sesetengah dasar itu tergantung dan tidak dapat mencapai hasil diingini,” katanya. – Getaran, 26 November 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan