web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penjual Buah Maut Ditikam Di Rusuk Kanan

Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Nov 2022 10:59AM

Seorang lelaki warga tempatan berusia 50 tahun ditemukan mati dalam keadaan terlentang berlumuran darah di ruang tamu rumah berkenaan kira-kira 9.30 malam - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Seorang pembekal buah-buahan ditemukan maut dengan kesan luka pada rusuk kanan dipercayai ditikam seorang wanita yang tinggal bersamanya di sebuah unit apartmen di Taman Bukit Delima, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Nanda Maarof berkata lelaki warga tempatan berusia 50 tahun itu ditemukan mati dalam keadaan terlentang berlumuran darah di ruang tamu rumah berkenaan kira-kira 9.30 malam selepas pihaknya mendapat maklumat daripada pegawai keselamatan apartmen itu.

“Sebaik tiba, kita lihat ada kesan darah di sepanjang laluan dalam rumah dan kita dapati ada seorang wanita warga Vietnam berusia 33 tahun berada dalam keadaan panik dan kesedihan. Hubungan sebenar mereka masih dalam siasatan.

“Maklumat awal saksi mengatakan terdengar pergaduhan antara kedua-duanya selain wanita menangis kira-kira pukul 9 malam. Kita percaya semasa pergelutan pisau tertusuk di rusuk kanan mangsa, namun kita sedang siasat kejadian sebenar,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata polis turut menemukan sebilah pisau pemotong sayur di dapur rumah yang dipercayai digunakan ketika pergaduhan.

Nanda berkata wanita terbabit dipercayai masuk ke negara ini pada Jun lepas, namun pihaknya akan membuat semakan dengan Jabatan Imigresen Malaysia untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Beliau berkata motif pembunuhan masih dalam siasatan dan wanita berkenaan ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Menurut beliau, setakat ini dua saksi dipanggil memberi keterangan selain menyeru saksi lain yang melihat kejadian untuk tampil memberikan keterangan kepada Pegawai Penyiasat Kanan ASP Mohd Saufi Malik di talian 06-6033222. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

‘Dunia Ini Palsu, Saya Telah Menang’, Nota Tunjuk Suspek Alami Krisis Psikologi 

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Langgar Syarat Berpakaian, Wanita Tak Puas Hati Dihalang Masuk Hospital

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Tahan Lelaki Disyaki Bunuh Anak Usia 6 Bulan

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Harap Pihak Masjid Beri Penjelasan, Ramai Dah Keliru Ni

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik