web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


#PRU15 - Tanggungjawab Mengundi Kena Tunaikan - Mangsa Banjir

Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Nov 2022 5:49PM

Meskipun ditimpa musibah, mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Baharu Lanjut tetap bersemangat menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) hari ini - Gambar hiasan oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG -  Meskipun ditimpa musibah, mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Baharu Lanjut di sini tetap bersemangat menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) hari ini.

Fatimah Ibrahim, 47, dari Kampung Rancangan Tanah Belia di sini, berpindah ke PPS bersama seluruh ahli keluarga termasuk adik-beradiknya semalam setelah kediaman mereka dinaiki air sehari sebelum itu.

Dia yang ditemui selepas selesai mengundi di SK Bandar Baru Salak Tinggi (BBST) pagi tadi berkata, tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia perlu ditunaikan selagi berkemampuan.

“Di kampung kami setiap parti sediakan kenderaan untuk bawa pergi mengundi, saya di sini bersama adik-beradik sepakat naik kenderaan sendiri, jadi 7.30 pagi kami dah bersedia untuk cepat pergi dan selesai.

“Alhamdulillah bantuan di sini (PPS) mencukupi, semua ada, mereka memudahkan urusan kami,” katanya yang berteduh di sini bersama dua orang adiknya Ainon dan Faridah serta kakak Zaharah, ketika ditemui pemberita.

Sementara itu, Harith Danial Fakri Zaki, 20, yang tinggal seorang diri di PPS di sini selepas ibu dan bapanya mengambil keputusan menyewa di inap desa berdekatan susulan masalah kesihatan, pasrah dengan dugaan dihadapi.

“Ini kali kedua berpindah selepas banjir Disember lepas…kali ini bagi saya lebih terkejut sebab tak jangka ia berlaku lebih awal, tapi saya tetap mahu keluar mengundi dan ayah yang bawa saya tengah hari tadi,” kata anak sulung daripada dua beradik itu.

Katanya, sebagai pengundi muda, calon yang mampu melaksanakan tanggungjawab, sering membantu rakyat dalam kesusahan dan berintegriti menjadi pilihannya sebagai wakil rakyat.

Berdasarkan tinjauan Bernama, mendapati hujan renyai sebelum pusat mengundi SK BBST dibuka dan berhenti kira-kira 9.15 pagi, bagaimanapun keadaan tenang dan terkawal.

Tinjauan di PPS SK Kampung Baharu Lanjut pula mendapati kebanyakan mangsa banjir menaiki kenderaan sendiri ke pusat mengundi masing-masing.

PPS SK Kampung Baharu Lanjut antara empat PPS yang dibuka di Sepang sejak dua hari lepas bagi menempatkan kira-kira 120 keluarga selain PPS Dewan Orang Ramai Dengkil, PPS Taman Gemilang, PPS Sekolah Rendah Agama Dato Ahmad Razali dan PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Dengkil.

Parlimen Sepang menyaksikan pertembungan lapan penjuru membabitkan calon Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Rina Mohd Harun Rina, Anuar Basiran (Barisan Nasional), Raj Munni @ Aiman Athirah Sabu (Pakatan Harapan), Datin Che Asmah Ibrahim (Pejuang), Datuk Mohd Daud Leong Abdullah (Parti Utama Rakyat), R. Nageswaran (Parti Rakyat Malaysia), Mohd Syahrul Amri Mat Sari (Bebas) dan M. Muneswaran (Bebas). - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ