web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 19 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perjalanan Yang Sukar, Apex Tajudin Imbau Cabaran Getir Sebelum Jadi Popular

Baru sahaja muncul dengan single baru berjudul Jannah, Apex yang miliki lebih 350,000 pengikut di TikTok, akui sering kali memuat naik video nyanyian dan pelbagai  kandungan lain di situ. 

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Nov 2022 8:00AM

Apex Tajudin sentiasa optimis dengan rezekinya biarpun ia tidak semudah penyanyi lain yang muncul sebelum itu.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dikenali dengan lagu-lagu hit seperti ‘Pergi Jauh’ dan ‘Panggung’, mungkin ada yang terlupa bahawa Apex Tajudin telah memulakan kerjaya nyanyiannya setelah diangkat sebagai juara program Mentor Milenia 2019.

Kini boleh dikatakan 2022 merupakan tahun terbaik bagi Apex kerana namanya sering disebut dan menjadi perhatian peminat muzik tempatan.

Di sebalik populariti yang dikecapi di media sosial, Apex Tajudin sebenarnya menyimpan seribu satu kisah yang tidak diketahui umum.

“Sebaik sahaja memenangi pertandingan tersebut saya berpeluang keluar dengan single  ‘Panggung’. Hanya sempat melakukan beberapa promosi, negara pula berhadapan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pula.

“Sudahnya semua yang dirancang ketika itu tergendala dan saya terpaksa membuat pelbagai usaha untuk mempromosikan single itu sendiri. Sebab itu saya banyak gunakan media sosial untuk mengembangkan kerjaya nyanyian saya ini,” katanya.

Tambah penyanyi yang berusia 26 tahun ini lagi, meskipun berhadapan dengan kesukaran untuk mempromosikan lagu ketika itu, namun dia optimis dengan rezekinya biarpun ia tidak semudah penyanyi lain yang muncul sebelum itu.

Mendepani pelbagai cabaran ketika itu, Apex terpaksa menghadkan aktiviti seni dan membuat pelbagai kerja lain untuk menampung kehidupan seharian.

“Saya pernah berniaga nasi lemak dan menjual baju bundle. Memang waktu itu amat sukar memandangkan saya baru sahaja keluar dari program Mentor Millenia.

“Tapi rezeki itu tetap ada dan kita perlu berusaha. Setiap hari saya akan gunakan platform media sosial seperti TikTok untuk terus mempromosikan diri dan perniagaan. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan,” tambahnya.

Mempunyai lebih 350,000 pengikut di TikTok, Apex mengakui yang dia sering kali memuat naik video nyanyian dan pelbagai  kandungan  lain di situ.

Selain menjadi medan untuk berinteraksi dengan peminat, ia juga membuka jalan kepadanya untuk mempromosikan karya sendiri selain mencari peluang untuk mencari rezeki dalam bidang nyanyian.

`

Tambahan pula dia baharu sahaja keluar dengan lagu Jannah, Apex bersyukur kerana dia mendapat maklum balas yang baik daripada peminat yang suka dengan karya berkenaan.

Lagu ciptaan Ajai dan lirik hasil nukilan ‘Strawbericha’ itu telah pun dilancarkan secara rasmi pada 30 September lalu di semua platform digital.

“Lagu ini merupakan lagu ketiga saya selepas ‘Panggung’ dan ‘Pergi Jauh’. Dua lagu sebelum ini dikeluarkan ketika negara berhadapan dengan pandemik dan berdepan dengan pelbagai kekangan.

“Sudah pasti saya mengharapkan ‘Jannah’ akan membawa nama Apex Tajudin ke satu peringkat yang lebih tinggi atau setidaknya lebih dikenali oleh peminat baharu,” katanya yang kini menetap di Kedah.

Bercerita mengenai kerjasama dengan Ajai  pula, dia gembira kerana dapat menyanyikan sebuah karya daripada komposer prolifik yang sudah berjaya membawa banyak nama besar menempa kejayaan.

Lagu yang disifatkan cukup ‘manis’ itu juga sesuai dijadikan lagu untuk tema perkahwinan dan pastinya dia berharap ‘Jannah’ turut membawa tuah kepadanya.

“Tiada apa yang saya harapkan selain mahu Jannah diterima baik oleh peminat. Terima kasih buat semua yang sentiasa menyokong kerjaya saya sejak awal lagi,” tambahnya. - Getaran, 14 Oktober 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 14 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...