Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Dendam Akibat Harta, Adik Nekad Bakar Kereta Abang

Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Oct 2022 4:25PM

Gambar ihsan IPD Ampang Jaya

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

AMPANG - Angkara dendam berhubung pembahagian harta, seorang lelaki sanggup membakar kereta abang kandungnya di Taman Sri Watan di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 6.19 petang itu, suspek yang berusia 32 tahun disyaki menggunakan bahan api untuk membakar kereta abangnya di rumah lelaki tersebut.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, polis menerima laporan berhubung kejadian daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor yang bergegas ke lokasi untuk memadamkan kebakaran.

Menurutnya, siasatan mendapati terdapat kesan kebakaran pada sebuah kereta jenis Toyota Vios di bahagian sebelah diri dan kanan kenderaan serta sekitar enjin.

“Turut dijumpai adalah satu tong berwarna biru yang mempunyai kesan disyaki minyak, dipercayai digunakan oleh suspek ketika kejadian.

“Kereta tersebut adalah milik mangsa iaitu seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun yang bekerja sebagai pemandu lori. Anggaran kerugian lebih kurang RM5,000,” katanya hari ini.

Mohamad Farouk berkata, susulan maklumat diperoleh, polis menahan seorang lelaki berusia 32 tahun di Lorong Ikan Emas 14, Ampang Campuran, jam 5.40 petang semalam.

“Punca kejadian dipercayai akibat perselisiha faham antara suspek dengan mangsa yang juga abang kandungnya berkaitan isu harta milik keluarga mereka,” katanya.

Suspek kini direman selama tiga hari sehingga Selasa depan untuk membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 435 Kanun keseksaan iaitu melakukan khianat dengan api. - Getaran, 16 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 18 jam yang lalu

PM Gesa Tindakan Tegas Terhadap Pihak Lakukan Kekacauan

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Fitnah MCMC, PDRM: Laporan Polis Dibuat Terhadap Murray Hunter

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Lelaki Disiasat, Muat Naik Hantaran Jelik Berkaitan Tragedi Helikopter TLDM

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Bakar Kereta Polis Bantuan: Pekerja P-Hailing Ditahan

Sorotan

1

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

2

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

3

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

4

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

5

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

6

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik