web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


COVID-19: Kes Baharu Terus Catat Penurunan, 3 Kematian Semalam

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Sep 2022 12:33PM

Kes baharu COVID-19 membabitkan 1,569 kes tempatan dan tiga kes import - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jumlah jangkitan COVID-19 terus mencatatkan penurunan apabila merekodkan 1,572 semalam, berbanding 1,977 kelmarin.

Berdasarkan data laman sesawang COVIDNOW, angka terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes terbabit adalah 4,817,251 kes setakat ini.

Kes baharu itu membabitkan 1,569 kes tempatan dan tiga kes import.

Tiga  kes kematian baharu direkodkan akibat pandemik itu semalam dengan dua kes berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kematian adalah 36,308 setakat ini, termasuk 7,717 daripadanya adalah kes BID.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 26,032 kes aktif COVID-19 dilaporkan di seluruh negara.

Daripada jumlah kes aktif itu, 24,797 atau 95.3 peratus membabitkan pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah, empat kes dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) dan 1,171 pesakit atau 4.5 peratus menerima rawatan di hospital.

Sebanyak 60 pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 37 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes sembuh dicatatkan semalam adalah 2,695 yang menjadikan kumulatif kes pulih daripada virus itu adalah 4,754,911 setakat ini. - Getaran, 18 September 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 7 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar