web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Empat Rumah Rosak Teruk, Bumbung Diterbangkan Ribut Di Perai

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jul 2022 7:08AM

Sekurang-kurangnya empat rumah di Kampung Jawa, Perai mengalami kerosakan teruk dalam kejadian ribut petang semalam - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BUTTERWORTH - Sekurang-kurangnya empat rumah di Kampung Jawa, Perai di sini mengalami kerosakan teruk selepas bumbung zink kediaman itu diterbangkan angin dalam kejadian ribut pada kira-kira 5 petang semalam.

Rumah kayu jenis berkembar itu bukan sahaja rosak di bahagian bumbung malah dua daripadanya turut mengalami kerosakan pada dinding luar.

Seorang penduduk, Asrul Affendi, 40, berkata ketika kejadian, tiga daripada empat rumah itu tidak berpenghuni manakala sebuah lagi didiami sebuah keluarga namun mereka tidak mengalami kecederaan kerana sempat menyelamatkan diri.

“Kejadian ribut itu berlaku sangat cepat, tidak sampai lima minit iaitu bermula angin kuat dan diikuti hujan lebat dan ribut...nasib baik tiga rumah yang rosak itu tiada penghuni dan keluarga yang tinggal di sebuah lagi rumah sempat selamatkan diri mereka,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, malam semalam.

Video kejadian ribut berdurasi kira-kira 20 saat itu tular di media sejak petang semalam. Kejadian angin kuat dan hujan lebat turut melanda beberapa kawasan di Pulau Pinang petang tadi.

Sementara itu, keluarga Muhamad Hafiz Abdul Halim, 35, yang sedang mengadakan majlis kenduri aqiqah dan kesyukuran di kampung itu turut berdepan detik cemas selepas khemah majlis diterbangkan ribut ke atas pokok kelapa yang berketinggian kira-kira 20 meter di hadapan rumah.

“Ketika kejadian, terdapat kira-kira 30 tetamu yang sedang menjamu selera…syukur Alhamdulillah kami semua selamat, tiada berlaku sebarang kemalangan jiwa ataupun kecederaan di lokasi majlis,” katanya.

Menurutnya keadaan bertukar menjadi kelam kabut dan semua tetamu yang hadir termasuk ahli keluarga bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri ke dalam rumah.

“Kejadian ribut itu berlaku sekelip mata dan semua makanan serta minuman yang terdapat di bawah khemah turut jatuh berselerak dan selepas kejadian ribut, hujan lebat melanda kawasan kampung itu,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Asyik Main Dam, Atuk Tak Peduli 'Serangan' Kelekatu

2

Semasa 2 tahun yang lalu

‘Saya Nampak Bumbung Jatuh Timpa Kereta’ - Penduduk Apartment Putra Ria

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Kuatnya Angin, Nak Terbang Kita Dibuatnya Wak!

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Kalau Macam Ni, Kereta Pun Boleh Terbang!

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 10 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad