Berita Terkini

31 minit yang lalu: KPKT lulus RM3.4 juta pulih projek perumahan terbengkalai di Terengganu 31 minit yang lalu: Lelaki cederakan bekas isteri kerana rebut anak bawa ke klinik didenda RM1,000 31 minit yang lalu: Yayasan di negara ini tidak harus bergantung kepada derma, perlu tingkat keupayaan dana melalui pelaburan dan perniagaan - PM 32 minit yang lalu: Teliti semula syarat tetapkan pemaju perumahan sedia rumah mampu milik - PM 32 minit yang lalu: Jaga disiplin, nama baik Malaysia ketika di Tanah Suci - Na'im

IKUTI KAMI


Truecaller Tawar Hadiah Wang Tunai Lebih RM13,000

Seramai 55 pemenang bertuah akan menerima wang tunai bernilai RM250 setiap seorang melalui peraduan kelolaan Suria FM yang akan berakhir pada 21 Ogos ini sempena pelancaran #MYTruecaller Giveaways.

Teknovasi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Aug 2021 2:48PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kes penipuan melalui telefon amat kerap berlaku dalam kalangan masyarakat hari ini. Rekod menunjukkan kerugian berjumlah RM38 juta di antara Januari hingga Mac tahun ini. Sindiket penipuan seperti ini mengambil kesempatan ke atas rakyat Malaysia yang kini dalam kesusahan. 

Antara taktik jahat yang digunakan untuk memperdayakan mangsa ialah menyamar sebagai pihak berkuasa.  Ini menyebabkan ramai individu terjerumus ke dalam perangkap mereka sehingga menyebabkan kerugian besar. Wang simpanan yang dikumpul sekian lama hilang dalam sekelip mata.

Menurut Truecaller, aplikasi ID pemanggil dan penghalang spam terkemuka, Malaysia mencatatkan sembilan juta kes panggilan spam setiap bulan. Daripada jumlah ini, dua juta kes berkaitan dengan penipuan. Truecaller membantu mengenal pasti semua panggilan masuk dari seluruh dunia dan secara automatik menghalang penjenayah spam yang telah dikenal pasti. 

Untuk mengetahui sama ada sesuatu panggilan adalah selamat untuk dijawab, aplikasi tersebut akan mempamerkan kad hubungan berwarna biru untuk kenalan yang disahkan atau hijau untuk perniagaan yang disahkan, manakala warna merah bermaksud panggilan tersebut adalah spam atau daripada sindiket penipuan. 

Aplikasi ini juga mempunyai aspek komuniti yang unik di mana pengguna yang menggunakan Truecaller boleh melaporkan nombor telefon dalam masa sebenar untuk melindungi pengguna Truecaller yang lain. 

Bagi melindungi rakyat Malaysia daripada menjadi mangsa penipuan melalui telefon, Truecaller menggiatkan usaha untuk menggalakkan orang ramai menggunakan aplikasi ini untuk berkomunikasi dengan lebih selamat dan efisien. 

Melalui inisiatif ini, Truecaller akan memberikan hadiah wang tunai bernilai RM250 kepada 55 pemenang bertuah melalui pelancaran #MYTruecaller Giveaways. Peraduan yang akan berakhir pada 21 Ogos ini dibuat menerusi stesen radio Suria FM dan saluran media sosialnya.

“Kami membaca banyak berita mengenai orang ramai yang kehilangan simpanan hari tua mereka kerana ditipu pihak tidak bertanggungjawab. Dengan Truecaller, kami percaya bahawa aplikasi ini boleh menjadi barisan pertahanan yang pertama, melindungi lebih ramai rakyat Malaysia daripada menjadi mangsa penipuan melalui telefon. 

“Menyedari betapa seriusnya masalah ini di Malaysia, kami memutuskan untuk menggandakan usaha dan menggalakkan lebih ramai pengguna melindungi diri mereka dengan memuat turun aplikasi ini melalui penawaran hadiah. Kami berharap usaha ini akan meningkatkan kesedaran mengenai manfaat yang ditawarkan oleh Truecaller kepada rakyat Malaysia,” ujar Ketua Komunikasi Korporat Antarabangsa Truecaller, Hitesh Raj Bhagat. 

Ketahui dengan lebih lanjut mengenai #MYTruecaller Giveaways dengan mendengar Suria FM atau lawati laman rasmi Facebook and Instagram Suria, untuk merebut peluang menjadi pemenang bertuah. Muat turun Truecaller hari ini melalui Google Play atau Apple App Store. Untuk maklumat lanjut mengenai aplikasi ini, layari www.truecaller.com. - Getaran, 11 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

40 Individu Ditahan Disyaki Terlibat Sindiket Perjudian, Pengurup Wang Digital Tidak Sah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Buat Aduan Jika Wujud Penipuan Tiket - KPDN

3

Semasa 1 minggu yang lalu

‘Tidak Ada Agensi Kerajaan Minta Maklumat Peribadi Melalui Telefon’ – Acryl Sani

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Bursa Malaysia Beri Amaran Mengenai Penyamaran Sebagai Pengurusan Bursa Di Media Sosial

Sorotan

1

FINAS: Penamatan Khidmat Dr Md Nasir Keputusan Lembaga Pengarah - Fahmi

2

Sam Rainsy Sudah Tinggalkan Malaysia – Wisma Putra

3

Bayi Lelaki Dihurung Semut Di Hentian Bas

Disyorkan untuk anda

Teknovasi 1 hari yang lalu

Honda Bakal Mengeluarkan Kenderaan EV Kategori Skuter Tidak Lama Lagi, Dapat Permintaan Tinggi Di Eropah

oleh Izwan Ramlan