web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pemilik Kereta Retro Tokyo Raikan Kereta Klasik

Tak lapuk dek zaman, tak lekang dek panas, kereta-kereta klasik nan anggun diraikan sekumpulan peminat di Tokyo, Jepun.

Teknovasi Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Feb 2021 1:45PM

1959 Cadillac Coupe DeVille. Gambar: Phillip Fong/ AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bukan Fast and Furious tetapi bagi sekumpulan peminat Jepun, reka bentuk unik dan berkilauan pada kereta retro menjadi daya tarikan istimewa.

Peminat kelab ini akan sentiasa berkunjung ke Tokyo setiap hujung minggu untuk mempamerkan beberapa kenderaan model klasik seperti Cadillac dan Chevrolet dari pertengahan hingga akhir abad ke-20.

Barisan kereta milik ahli-ahli kelab kereta retro di Tokyo, Jepun. Gambar: Phillip Fong/ AFP
Barisan kereta milik ahli-ahli kelab kereta retro di Tokyo, Jepun. Gambar: Phillip Fong/ AFP

"Setiap kali saya memandu, saya sentiasa berasa gembira. Tidak banyak kenderaan yang memberikan perasaan itu," kata Masamune Isogai mengenai replika kereta Knight Ridernya - sebuah Pontiac Trans Am, kereta yang terkenal pada tahun 80-an kerana drama televisyen ‘Knight Rider’ ketika itu.

Meluncur ke tempat duduk pemandu yang digelar ‘kokpit,’ yang dikelilingi oleh paparan futuristik, butang berlampu dan roda yang kelihatan seperti ‘gaming controller’.

Sentuhan sci-fi dipasang pada kereta untuk memberi tampilan dan pengalaman persis kereta bercakap AI yang dinamakan Knight Industries Two Thousand, atau KITT.

"Saya bercakap dengan kereta ketika memandu," kata lelaki berusia 46 tahun ini sambil ketawa. Dia memiliki kenderaan hitam ini yang lengkap dengan bunyi dan lampu 'pengimbas KITT' di bahagian depan. Masamune telah memiliki kenderaan tersebut lebih kurang satu dekad.

Masamune Isogai, memandu kereta 1991 Trans Am Knight Rider. Gambar: Phillip Fong/ AFP
Masamune Isogai, memandu kereta 1991 Trans Am Knight Rider. Gambar: Phillip Fong/ AFP

Pada zaman ini, Jepun terkenal dengan kereta praktikal yang menjimatkan minyak, ruang, dan jarang rosak. Berbeza dengan kereta-kereta retro ini yang memerlukan banyak penyelenggaraan. 

Kelab ini mempunyai sekitar 10 anggota dan kereta tertua yang dimiliki adalah Cadillac tahun 1941 dan Ford Model-A tahun 1929 yang dibaik pulih.

Pengurus syarikat hartanah Masashi Aiba bersama 1956 Ford F100 Pumpkinnya. Gambar: Phillip Fong/ AFP
Pengurus syarikat hartanah Masashi Aiba bersama 1956 Ford F100 Pumpkinnya. Gambar: Phillip Fong/ AFP

Orang ramai bersorak dan mengambil gambar ketika kereta seperti Ford F100 Pumpkin tahun 1956 dan Volkswagen Karmann Ghia tahun 1961 lewat dijalanan.

"Bentuk kereta lama sangat menawan, dan susah ditandingi dengan kereta zaman sekarang kerana pengeluaran besar-besaran pada hari ini," kata Hiroyuki Wada, 49, di sebelah Cadillac Coupe de Ville 1959 yang berwarna merah.

"Apabila anda semakin tua, anda lebih cenderung menghargai kereta yang memerlukan banyak penyelenggaraan," kata Wada.

"Enjin lama memerlukan masa lebih kurang 10 minit untuk dihidupkan sebelum dapat dipandu tapi itu yang membuatnya sangat menarik.”

Hiroyuki Wada bersama 1987 Ferrari 328 GTB (L) dan 1959 Cadillac Coupe DeVille (R). Gambar: Phillip Fong, AFP
Hiroyuki Wada bersama 1987 Ferrari 328 GTB (L) dan 1959 Cadillac Coupe DeVille (R). Gambar: Phillip Fong, AFP

Wada yang menjalankan perniagaan menjaga dan memulihara kereta di Tokyo akan menghabiskan tiga hingga empat hari untuk penjagaan setiap kereta retronya supaya ia berkilauan seperti baru.

Dia mengatakan bahawa dia amat meminati kenderaan Amerika termasuk kereta polis lama yang dia sewakan untuk penggambaran filem dan fotografi.

"Suatu hari nanti, saya ingin menjadi memulihara jentera bomba lama di Amerika Syarikat. Itulah impian saya," katanya. - AFP, 17 Februari 2021

Eksekutif syarikat kenderaan, Yuji Nakayama bersama kereta 1941 Cadillac. Gambar: Phillip Fong, AFP
Eksekutif syarikat kenderaan, Yuji Nakayama bersama kereta 1941 Cadillac. Gambar: Phillip Fong, AFP

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

M’sia Komited Perkukuh Hubungan 2 Hala, Wujud Pertumbuhan Mampan Dengan Bahrain - PM

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Lawatan Kerja Singkat PM Ke Jepun Perkukuh Hubungan KL-Tokyo

3

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Malaysia Masih Destinasi, Pilihan Terbaik Untuk Pelaburan - Anwar

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Pencipta Dragon Ball, Akira Toriyama Meninggal Dunia

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi