Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Mudahkan Kerja Di Dapur, Jom Dapatkan Ketuhar Gelombang Mikro Samsung

Jom dapatkan alatan ‘magik’ yang boleh memudahkan tugasan memasak di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Anda boleh memasak dengan cepat, cuma beberapa minit.

Teknovasi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jul 2021 2:59PM

Gambar: Jason Briscoe, Unsplash

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pandemik COVID-19 yang masih tidak berpenghujung memberi tamparan yang cukup hebat kepada kebanyakan orang. Ramai yang bergelut demi kelangsungan hidup. Antara golongan yang terjejas sudah pastilah wanita, terutamanya mereka yang perlu memainkan peranan sebagai seorang pekerja, isteri, ibu, dan guru di rumah.

Bebanan tugas yang menimbun boleh membuatkan kehidupan seorang wanita menjadi kucar-kacir. Golongan suami perlu memberi sokongan kepada isteri untuk melalui hari-hari yang padat.

Jika tidak bijak menjadi pendengar setia, atau memberi kata-kata semangat, apalah salahnya hadiahkan sesuatu yang boleh memudahkan urusan isteri di rumah. 

Jom dapatkan alatan ‘magik’ yang boleh memudahkan tugasan memasak di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Terdapat banyak kelebihan pada peralatan dapur ini.

Anda boleh memasak dengan cepat, cuma beberapa minit. Masukkan makanan ke dalam ketuhar gelombang mikro dan biarkan. Sambil menunggu, boleh lakukan kerja-kerja lain.

Isteri anda pasti tersenyum bahagia kerana tidak perlu lagi bersusah-payah di dapur dan paling penting, ia menjimatkan masa.

Jika anda dapatkan Samsung Convection Microwave with HOT BLAST™, pengalaman isteri anda menjadi lebih menyeronokkan kerana ia juga mempunyai pelbagai fungsi yang mungkin tidak jangka seperti membantu mengupas bawang putih dan membuat ramuan herba kering.

Samsung Convection Microwave with HOT BLAST™ ini baharu sahaja dilancarkan dan ia direka untuk menyediakan makanan sihat dengan lebih cepat dan mudah.

Ketuhar perolakan gelombang mikro Samsung bukan sahaja menyediakan ciri-ciri baharu yang menarik dan berguna untuk pengguna, malah ia direka agar dapat dipadankan dengan reka bentuk dalaman dapur anda. 

Terdapat dalam warna terang merah jambu mampu menyerikan dapur anda dan juga warna hitam arang yang pastinya sesuai untuk apa jua reka bentuk dalaman dapur.

Samsung Convection Microwave Oven with HOT BLAST™ dilengkapi dengan fungsi inovatif yang pasti berguna buat mereka yang jadualnya sangat sibuk, tetapi masih mahu menikmati makanan yang sihat dan boleh disediakan dalam waktu yang singkat. Berikut adalah di antara kelebihan ketuhar gelombang mikro ini:

Teknologi HotBlast™ 

Teknologi inovatif HotBlast yang ada pada ketuhar gelombang mikro Samsung ini dapat mengurangkan masa memasak. Udara panas yang bergerak melalui beberapa lubang udara akan terus masuk ke makanan membantu mempercepatkan proses tersebut. Makanan akan masak sekata dengan bahagian luarnya lebih rangup dan lembut di bahagian dalam. 

Goreng tanpa minyak

Peredaran udara panas dan pinggan kerak yang dipanaskan boleh memasak makanan tanpa minyak. Jadi tiada lagi kuali berminyak dan minyak melekit! Gabungan sumber haba perolakan dan gelombang mikro dapat mengurangkan masa memasak sehingga 50% berbanding mana-mana penggoreng udara (air fryer). Namun, ia bergantung pada jenis masakan. 

Kukus sayur kegemaran anda dan daging yang lebih lembut

Pengguna boleh mengukus makanan menggunakan Pro Steamer. Reka bentuk inovatif pada penutup pengukus tiga lapis yang tahan karat ini membuatkan makanan anda kekal lembap dan boleh mengelakkannya menjadi kering. 

Selain membantu menyediakan makanan sihat dengan cepat dan efisien, berikut adalah beberapa tugasan lain yang boleh dilakukan dengan ketuhar ‘bijak’ ini.

1. Mengupas bawang

Mengupas dan memotong bawang kadang-kadang agak melecehkan. Sesetengah orang, mata jadi pedih dan berair. 

Tetapi dengan ketuhar gelombang mikro, anda boleh mengelakkannya berlaku. Masukkan bawang ke dalam ketuhar gelombang mikro dan panaskannya seketika. Kulit bawang akan tertanggal dengan sendiri.

2. Perah lemon

Antara tip yang sering dipraktikkan untuk mendapatkan jus lemon yang banyak ialah menggolekkan lemon beberapa kali sebelum memerahnya. Tetapi ada cara yang lebih cepat dan mudah.

Anda boleh panaskan lemon dalam ketuhar gelombang mikro selama 1 minit dan selepas itu ia lebih mudah diperah. Sebaiknya letakkan lemon di dalam mangkuk sebelum ia dipanaskan untuk mengelakkan jusnya mengalir keluar di dalam ketuhar gelombang mikro. 

3. Membuat ramuan herba kering

Herba segar tidak akan tahan lama, jadi lebih baik jika dikeringkan. Anda boleh membuat sendiri ramuan herba kering seperti daun selasih, thyme, rosemary dengan mudah pada bila-bila masa jika anda perlukannya.

Anda boleh hiris herba segar dan masukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro untuk mengeringkannya. Ramuan herba kering anda akan siap dalam masa seminit dan boleh terus disimpan ke dalam botol.

Untuk maklumat lanjut mengenai Samsung Convection Microwave Oven with HOT BLAST™, sila tonton video ini di sini. - Getaran, 14 Julai 2021

Kredit foto : Samsung Malaysia

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 2 bulan yang lalu

5 Sebab Untuk Memiliki Samsung Galaxy A15 Dan A25 5G

2

TARA 8 bulan yang lalu

Son Dilantik Duta Terbaharu Jam Pintar Galaxy Watch 6 Keluaran Samsung 

3

TARA 1 tahun yang lalu

Tak Sesuai Untuk Bermain Permainan Dalam Talian, Namun Samsung Galaxy A54 Punya Spesifikasi Yang Mencukupi

4

TARA 1 tahun yang lalu

Samsung Odyssey Ark Skrin Seluas Mata Memandang

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

BNM Keluarkan Syiling Peringatan Sempena 50 Tahun Lembaga Pertubuhan Peladang

oleh Fida Ruzki

Refleksi 1 hari yang lalu

Ketahui 4 Manfaat Membersihkan Rumah

Selain baik untuk kesihatan fizikal kerana ia adalah satu bentuk senaman, aktiviti mengemas rumah mampu mewujudkan persekitaran yang bersih dan rapi, sekali gus...

oleh Rahayu MN