web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Persembahan 3D Golden Bull di Pavilion KL

Teknovasi Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Feb 2021 5:19PM

Gambar: Ihsan Pavilion KL

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sudahkah anda menyaksikan video viral seekor lembu jantan keemasan melompat dan memecahkan kaca di pusat beli-belah tersohor Pavilion KL?

Pertunjukan animasi '3D Golden Bull' ini menjadi simbol tanda sokongan kepada perjuangan kita menentang COVID-19. Ia juga menjadi simbol keberkatan, kesihatan yang baik dan kesejahteraan kepada negara. Inovasi hebat ini dipaparkan di skrin LED gergasi di Pavilion Elite. Skrin ini juga adalah skrin yang terbesar di Bukit Bintang.

Tayangan 3D ini paling sesuai dilihat dari Crystal Fountain yang ikonik di Pavilion KL. Ia ditayangkan dari bulan ini sehingga Mac 2021. Skrin LED Pavilion Elite ini berukuran 60.8m lebar dan 21.5m tinggi, dengan ukuran keseluruhan yang menakjubkan iaitu 1,310 meter persegi. Ia adalah tempat yang tepat untuk mempamerkan pertunjukan teknologi 3D yang hebat ini.

Pertunjukan ‘Golden Bull’ 3D yang disiarkan ini merupakan pertunjukan pertama di Malaysia oleh Pavilion KL sempena perayaan Tahun Baru Cina yang bertemakan 'Blessings of Prosperity.'

Satu lagi rekod pertama di Malaysia adalah untuk ‘Biggest Golden Bull’ di Centre Court pusat membeli-belah ini dengan ukuran setinggi 15 kaki dan kelebaran 16 kaki. Penuh dengan semangat, ‘Golden Bull’ ini menjadi ikon kekuatan yang akan menghapuskan pandemic COVID-19 serta akan membawa Malaysia ke tahun 2021 yang lebih sihat dan sejahtera. Para pengunjung dapat melihat serta mengagumi ‘Golden Bull’ ini di pentas berputar, Centre Court  Pavilion KL dari sekarang hingga Mac 2021.

Sorotan

1

Pasangan Warga Emas Maut Motosikal Dirempuh Kereta Di Tanjong Karang

2

PRN Johor: Kempen Masuki Fasa Penentuan, Calon Ganda Usaha Raih Sokongan 

3

Harimau Kumbang Di Lebuh Raya Berhampiran Tasik Kenyir, Orang Ramai Digesa Berhati-Hati

4

SUV Rempuh Surau Sekolah, 2 Wanita Indonesia Maut

5

PRN Johor: Pertahan Keputusan BN Bertanding Solo, ‘Kami Tak Khianat’ - Zahid

6

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis