Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Keselamatan Terbaik Dan Kelajuan Hebat Dengan Galaxy A32 Dan A32 5G

Dengan adanya pembantu digital yang boleh dipercayai seperti Samsung A32 dan A32 5G, anda boleh rasa kekal selamat, kekal terhubung dan produktif di mana sahaja!

Teknovasi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jun 2021 2:30PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bagaikan irama dan lagu yang tidak dapat dipisahkan, begitulah jua kehidupan kita kini yang tidak dapat berenggang dengan telefon mudah alih atau telefon pintar. Rutin hidup di era digital memerlukan kita bergerak lebih pantas dan mendorong kita melakukan kerja-kerja dalam talian walau di mana pun kita berada.

Telefon mudah alih merupakan medium yang paling mudah untuk dicapai, dan kerana itulah ia telah menjadi hab maklumat penting. Daripada menyimpan maklumat sulit perniagaan sehinggalah butiran  peribadi yang sensitif. 

Oleh kerana ancaman dan trend yang sentiasa berkembang, kita perlu meningkatkan keselamatan mudah alih dan melakukan yang terbaik agar dapat mengelak daripada sebarang ancaman siber. Dengan adanya pembantu digital yang boleh dipercayai seperti Samsung A32 dan A32 5G, anda boleh rasa kekal selamat, kekal terhubung dan produktif di mana sahaja!

VIRUS DIKESAN! Anda tidak akan melihat notifikasi seperti ini pada A32 dan A32 5G. Mengapa begitu? Kerana ia dilengkapi dengan Samsung Knox – dengan ciri keselamatan berkualiti tinggi yang direka khas untuk pengguna Samsung bagi memerangi serangan penjenayah siber daripada mencuri data sensitif anda. 

Ia memastikan telefon anda selamat daripada sebarang gangguan yang tidak diingini dan ancaman berbahaya, dari saat anda membuka peranti tersebut dan menghidupkannya.

Dengan sistem keselamatan dan penyulitan yang mempunyai pelbagai lapisan, anda tidak perlu risau tentang maklumat penting dan sulit anda kerana ia disimpan dengan selamat di dalam peranti Galaxy anda, walaupun anda kehilangan peranti tersebut!

Selain itu, anda juga boleh mengakses telefon pintar anda dengan sekelip mata dengan adanya pengimbas cap jari pada skrin yang terdapat pada A32 dan pengimbas cap jari yang dipasang pada sisi A32 5G.  

Tidak perlu lagi menaip kata laluan yang panjang setiap kali perlu mengakses telefon, sekaligus mengelak intipan yang tidak diingini mengenai aktiviti yang anda lakukan pada telefon anda. Dengan ciri-ciri seperti Secure Folder, anda boleh mengakses gambar, video, dan dokumen berharga anda dengan selamat dan secara peribadi dari mana-mana sahaja.

Dan ingat, masa itu emas! Dengan Galaxy A32 5G, anda mampu bekerja dengan lebih efisien. Tidak perlu menunggu lama untuk memuat naik atau memuat turun dokumen kerja yang penting. Bekerja dengan lebih pintar dan pantas pada peranti anda dengan kelajuan HyperFast yang akan menjadikan pelbagai tugasan anda lebih mudah.

Anda boleh menstrim, memuat turun, berhubung dan bermain permainan tanpa sebarang gangguan. A32 5G membawa anda kepada sambungan mudah alih generasi masa hadapan.

Duo Galaxy A32 boleh didapati dengan harga runcit yang disyorkan iaitu RM1,099 (Galaxy A32) dan RM1,199 (Galaxy A32 5G). Bagi yang membuat pembelian secara dalam talian, anda boleh merebut rebat sehingga RM100 menerusi promosi ‘Samsung Mobile Online Trade-In’ yang sah sehingga 31 Disember 2021.  Getaran – 9 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Mesyuarat Dwirangkaian 5G Dijangka Diadakan Minggu Depan

2

Semasa 1 bulan yang lalu

5G Dapat Tingkat Keupayaan Rawatan, Mengajar Pesakit Di Hospital

3

Kolum 1 bulan yang lalu

5G: Keperluan Atau Sekadar Gimik Pemasaran?

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Malaysia Boleh Raih Manfaat Pengalaman 5G Telenor Di Sektor Maritim - Fahmi

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

BNM Keluarkan Syiling Peringatan Sempena 50 Tahun Lembaga Pertubuhan Peladang

oleh Fida Ruzki