Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Grab Malaysia Bantu Warga Emas Ambil Vaksin, Tawar Diskaun Istimewa

Grab Malaysia mengumumkan usaha terbarunya untuk memudahkan warga emas mendapatkan vaksinasi COVID-19 dengan menawarkan tambang istimewa.

Teknovasi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jun 2021 2:30PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dunia digital sekali lagi membuktikan segalanya menjadi mudah. Grab Malaysia mengumumkan usaha terbarunya untuk memudahkan warga emas mendapatkan vaksinasi COVID-19 dengan menawarkan tambang istimewa. Bukan sahaja terhad untuk perjalanan pergi dan balik dari Pusat Pemberian Vaksinasi (PPV) di Lembah Klang, tetapi di seluruh negara!

Warganegara berusia 60 tahun ke atas yang juga pengguna Grab boleh menikmati promosi untuk semua perkhidmatan kenderaan Grab yang menawarkan potongan harga sehingga RM8 untuk empat perjalanan ke mana-mana pusat vaksinasi dengan mudah apabila menggunakan aplikasi Grab mulai 12 Jun.

Program ini diperkenalkan susulan laporan yang menyatakan bahawa masalah pengangkutan menjadi punca utama warga emas tidak menghadiri janji temu vaksinasi mereka dan merupakan inisiatif yang terkini di antara beberapa siri inisiatif Grab bagi menyokong Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang dianjurkan oleh kerajaan. Promosi tersebut akan merangkumi perjalanan untuk janji temu pengambilan kedua-dua dos vaksin yang diperlukan. 

Menurut Pengarah Urusan Grab Malaysia, Sean Goh, pihaknya komited untuk sama-sama memainkan peranan agar lebih ramai rakyat Malaysia dapat divaksinasi dengan segera bagi membina semula ekonomi negara yang semakin terjejas.

“Di Grab, kami sentiasa percaya dalam usaha menangani keperluan paling kritikal rakyat Malaysia menerusi perkhidmatan kami, terutama sekali dalam tempoh sukar ini. Dengan lebih rakyat Malaysia divaksinasi dengan segera, kita dapat mencapai matlamat imuniti kelompok, serta lebih cepat masyarakat kita boleh menjalani proses pemulihan dan pada masa sama membantu membina semula ekonomi kita. Oleh itu, kami berharap menerusi perkongsian teknologi, rangkaian dan capaian kami ini, kami dapat menyumbang kepada usaha vaksinasi kebangsaan oleh kerajaan,” ujar Goh.

Grab akan bekerjasama dengan Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI) dan Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) bagi memastikan semua lokasi di pusat-pusat vaksinasi berkenaan ada di dalam aplikasi Grab.

“Untuk warga emas yang tidak mempunyai kenderaan atau pengangkutan sendiri, Grab telah menyediakan lokasi drop-off yang jelas di semua pusat-pusat vaksinasi di seluruh negara. Promosi ini akan dihantar terus ke dalam peti mel pengguna yang layak dan berdaftar, di mana selepas itu para pengguna boleh menempah perjalanan dengan mudah melalui aplikasi Grab. Apabila mereka mencari pusat yang ditetapkan, lokasi pusat-pusat vaksinasi berkenaan akan dipaparkan,” tambah Goh lagi.

Bagaimana buat tempahan?

Jika anda telah menerima janji temu vaksinasi COVID-19, anda boleh menempah perkhidmatan Grab dengan hanya beberapa langkah mudah:

1) Daftar untuk akaun Grab dan sahkan umur anda di GrabPay sebelum 7 Jun 2021 (pengguna perlu melengkapkan pendaftaran Know Your Customer (KYC).

2) Pada tarikh temujanji, tempah perkhidmatan kenderaan Grab (terbuka untuk semua jenis perkhidmatan kenderaan Grab) dengan memasukkan lokasi pusat vaksinasi.

3) Salin dan tampal kod promosi  dari peti emel anda ke dalam tab ‘tawaran’;

4) Promosi  ini boleh digunakan untuk semua kaedah pembayaran di Grab; 

Selepas selesai mendapat suntikan, anda kemudiannya boleh menempah perkhidmatan kenderaan Grab dari pusat vaksinasi berkenaan ke rumah masing-masing.

Perlu diingatkan, warga emas yang ingin merebut tawaran ini perlu mendaftar akaun Grab dan mengesahkan umur mereka di GrabPay sebelum 7 Jun 2021 untuk menerima kod promosi (yang akan dihantar di peti emel Grab mereka pada 12 Jun). 

Bertindak sekarang, anak-anak juga boleh bantu ibu bapa anda untuk buat tempahan. Lebih-lebih lagi jika anda duduk berjauhan yang tidak memungkinkan anda untuk menghantar mereka ke pusat pemberian vaksin. - Getaran, 2 Jun 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

2

Sukan 1 hari yang lalu

Beraksi Di Laman Sendiri Gagal Bantu Harimau Malaya Saingi Kehebatan Oman

3

Semasa 5 hari yang lalu

Malaysia Hantar 100 Kontena Bantuan Ke Gaza

4

Sukan 6 hari yang lalu

Oman Beri Harimau Malaya Kekalahan Pertama

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Selera 21 jam yang lalu

Ketupat Mohd Zaim, Tak Perlu Tunggu Hari Raya

Jelajah 12 jam yang lalu

Wau LED Hiasi Langit Malam Kampung Panchor 

oleh Rafisqi Radhi

Jelajah 16 jam yang lalu

Lebih 10,000 Kad Raya Menghiasi Pusat Beli-Belah The Curve, Hidupkan Nostalgia Hari Raya

Kempen ‘Kiriman Raya’ bersama Pos Malaysia itu mencipta ‘Malaysia Book of Records’

oleh Wartawan Gaya Hidup Getaran

Refleksi 1 hari yang lalu

Wanita Hari Ini, Mydin Bergabung Salur Bantuan Kepada Anggota Barisan Hadapan

oleh Rahayu MN