web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Whoosh! Kereta Api Berkelajuan Tinggi Jadi Bualan Hangat Di Indonesia

Kereta Api Berkelajuan Tinggi Jakarta-Bandung merupakan kerjasama di antara negara China dan Indonesia mengguna pakai teknologi dan piawaian China

Teknovasi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jan 2024 8:33AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kereta Api Berkelajuan Tinggi Jakarta-Bandung, yang mampu mencecah kelajuan sehingga 350km sejam telah menjadi bualan hangat warga Indonesia. 

Sebaik sahaja memulakan perkhidmatan kepada orang ramai bermula Oktober 2023 lalu, ramai yang tidak mahu melepaskan peluang untuk mencuba sendiri pengangkutan super efisien ini. 

Dek kerana itulah, banyak perkongsian dapat dilihat di platform media sosial yang mempertontonkan kehebatan dan keseronokan perjalanan yang bakal ditempuh. 

Apabila Presiden Indonesia, Joko Widodo menamakan kereta api laju tersebut ‘Whoosh’, ia semakin mengundang keterujaan. Sama ada ia berkumandang di corong radio melalui pengumuman oleh kru keterapi, tertera pada pembungkusan makanan atau diilhamkan melalui gerak isyarat simbolik oleh penumpang, ‘Whoosh’ meresap ke seluruh perjalanan kereta api.

Kereta Api Berkelajuan Tinggi Jakarta-Bandung merupakan projek mercu tanda Inisiatif Jalur dan Jalan (Belt and Road) dan kerjasama di antara negara China dan Indonesia mengguna pakai teknologi dan piawaian China. 

Joko Widodo ketika melawat Whoosh
Joko Widodo ketika melawat Whoosh

Bagaimanapun masih terdapat banyak perbezaan di sini; kereta api menggunakan warna merah, warna bendera kebangsaan Indonesia. Hiasan kerusi diilhamkan oleh warisan kebudayaan negara yang tidak ternilai. Keterujaan masyarakat Indonesia juga masih belum berakhir walaupun setelah sebulan pembukaan rel berlangsung.

Orang ramai masih merasai kekaguman yang luar biasa terhadap kereta api berkelajuan tinggi. Bayangkan tinggal di bandar yang padat ini, perjalanan mengambil masa kira-kira lima jam dari Jakarta ke Bandung dengan menaiki motosikal, tiga jam dengan menaik kereta api atau van, tetapi kini hanya mengambil masa 40 minit dengan kereta api berkenaan.

Rakyat Indonesia juga mempunyai harapan yang tinggi terhadap Kereta Api Berkelajuan Tinggi Jakarta-Bandung dan kerjasama dua hala antara Indonesia dan China.

"Akan ada kelas bahasa Mandarin untuk atendan, saya masih belum menerima latihan tersebut, tetapi akan ada kursus latihan sedemikian untuk membolehkan komunikasi yang lebih baik dengan penumpang.

Ruang dalaman Whoosh
Ruang dalaman Whoosh

“Pada masa hadapan, Kereta Cepat Indonesia China (KCIC) akan melantik seorang vendor atau pihak  ketiga untuk menguruskan perkhidmatan makanan untuk menjual makanan dan minuman dan lain-lain.

“Kereta api berkelajuan tinggi ini mungkin akan menjadi lebih besar pada masa hadapan dan akan pergi lebih jauh ke bandar lain seperti Jogjakarta atau Surabaya, saya merasakan bahawa ia adalah kerjasama yang sangat baik di antara dua negara," ujar seorang krew ‘Whoosh’.

Terdapat lapan perjalanan yang boleh dipilih pada setiap hari, yang melibatkan empat laluan iaitu  Stesen Halim – Bandung,  Stesen Halim – Stesen Tegalluar,  Bandung- Stesen Halim, dan Stesen Tegalluar- Stesen Halim. 

Untuk menyemak harga tiket dan pembelian secara online, anda boleh lawati ikuti pautan ini, https://kcic.co.id/proyek/tiketwhoosh/. - Getaran, 22 Januari 2024

Foto : https://kcic.co.id/ 

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

2

Semasa 10 bulan yang lalu

M’sia-Indonesia Sepakat Kukuhkan Kedudukan, Enggan Serahkan Nasib ASEAN Ke Tangan Kuasa Luar

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Imigresen Sabah Hantar Pulang 153 Pendatang Indonesia

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Puting Beliung Landa Sumedang, Bandung Di Indonesia

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia