web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Surface Laptop 4 Sesuai Untuk Mesyuarat Maya

Microsoft umum pembukaan pesanan awal untuk Suface Laptop 4 mulai Mei di Malaysia.

Teknovasi Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 May 2021 9:00AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Microsoft melancarkan model komputer riba terbaharunya dalam keluarga Surface – Surface Laptop 4 yang berharga RM4,599 (seunit). Peranti ini dilengkapi dengan paparan skrin sesentuh berlayar 13.5” atau 15” serta pad penjejak dengan sokongan gerak isyarat. 

“Persekitaran kerja masa kini memerlukan peranti inovatif yang membolehkan pengguna menggunakannya secara produktif. Kami melancarkan Surface Laptop 4 dengan aksesori-aksesori baharu untuk meningkatkan prestasi dan menyediakan ciri-ciri keselamatan gred perusahaan.”

“Peranti kami bukan sekadar alat yang biasa-biasa, tetapi mampu merangsang pancaindera pengguna supaya mereka mencapai lebih matlamat,” kata Michal Golebiewski, Ketua Pegawai Pemasaran Microsof Malaysia. 

Surface Laptop 4 dioptimumkan untuk pengalaman Microsoft yang menyeluruh. Masih mengekalkan reka bentuk yang sama, perincian dan penggunaan bahan seperti model-model terdahulu, model versi terbaharu ini menyediakan paparan skrin sesentuh berkontras tinggi 3:2 Pixel Sense dengan layar sebesar 13.5” atau 15” untuk pilihan.

Anda dapat menikmati pengalaman menonton filem seperti di pawagam dengan pembesar suara Dolby® Atmos™ Omnisonic untuk tontonan yang lebih selesa di mana-mana sahaja. Pad penjejak dengan sokongan isyarat boleh laras pula membolehkan anda menyesuaikan diri dengan kaedah cara kerja masing-masing. 

Surface Laptop 4 juga dilengkapi kamera HD hadapan dengan keupayaan cahaya rendah dan mikrofon studio yang sesuai dengan mesyuarat masa kini yang selalu dijalankan secara maya. Di samping itu, pad penjejak dengan sokongan gerak isyarat membolehkan pengguna menyesuaikan diri dengan mudah kepada kaedah kerja pilihan masing-masing.

Surface Laptop 4 terbina dengan pemproses Intel® Core™ Generasi Ke-11 atau pemproses mudah alih Ryzen™ dengan Radeon™ Graphics Microsoft Surface® Edition (8 teras). Peranti ini diperkasa untuk memenuhi permintaan moden bagi menyelesaikan tugasan, baik di pejabat, mahupun di ruang tamu, kafe atau bilik darjah. 

Dirangka untuk memenuhi keperluan dan keselamatan pengguna, Surface Laptop 4 menawarkan tahap keselamatan luar biasa dengan menggabungkan ciri-ciri keselamatan perisian dan perlindungan identiti. Anda boleh mengawal maklumat sensitif dengan menyimpan data di dalam cakera keras boleh alih atau pengurusan perisian atas talian (cloud)

Surface Laptop 4 boleh didapati dalam warna Alcantara atau kemasan logam (hitam atau platinum) untuk model terpilih. Microsoft juga mengumumkan pesanan awal bagi Surface Laptop 4 sudah pun dibuka mulai bulan Mei di Malaysia dan boleh didapati di butik Microsoft atau menerusi wakil komersial sah di seluruh negara. 

Layari Microsoft Malaysia untuk maklumat lanjut. – Getaran, 26 Mei 2021

Semua gambar: Microsoft Malaysia

Sorotan

1

Bawa 'Kata Hati' Ke Layar Perak, Pengarah Mahu Cipta Semula Magis Romantik Komedi

2

Agong Zahir Nasihat Kepada KP SPRM, Laksana Amanah Penuh Integriti

3

JPJ Selangor Tahan Van, Sita Kenderaan Disyaki Terlibat Aktiviti Teksi Sapu Di KLIA

4

Ibu Muda Mangsa Kesalahan Seksual Perlu Kembali Sambung Pelajaran - Fadhlina

5

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

6

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek