web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Modenas Ninja ZX-25R SE Dilengkapi Enjin 4 Lejang, Jadi Tarikan Peminat Motosikal

Tampil pada harga RM33,900 mari lihat spesifikasi yang ada pada model ini

Teknovasi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Aug 2023 8:06AM

Ninja ZX-25R SE

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Anda mencari motosikal dengan enjin berkuasa 250cc?

Secara amnya, motosikal yang mempunyai enjin berkelajuan seperti ini menunjukkan bilangan pengguna yang agak tinggi.

Ia berikutan motosikal dengan kapasiti seperti ini hanya memerlukan lesen B2 kerana ia membenarkan pemiliknya menunggang motosikal dalam sesaran enjin yang tidak melebihi 250cc.

Modenas Ninja ZX-25R SE menawarkan harga jual RM33,900 ini memiliki enjin empat silinder
Modenas Ninja ZX-25R SE menawarkan harga jual RM33,900 ini memiliki enjin empat silinder

Jadi, apa kata anda intai dahulu model terbaharu daripada Modenas Ninja ZX-25R SE yang begitu garang dan agak menyerlah penampilannya.

Model yang menjadi bualan ramai pihak ini ditawarkan pada harga sangat luar jangka iaitu RM33,900.

Namun, adakah ia mampu menarik minat penggemar kenderaan dua roda? Jom lihat spesifikasi yang ditawarkan.

Model Ninja pada kali ini datang dengan enjin empat lejang sebaris dengan penyejuk cecair baharu, berkemampuan jana kuasa maximum dari 12,500 rpm sehingga 17,000 rpm.

Berat model ini secara keseluruhan mencecah 18kg
Berat model ini secara keseluruhan mencecah 18kg

Lihat pada tangkinya pun sudah jelas bahawa badan motosikal ini agak besar, begitu juga dengan reka bentuk motosikal.

Ini menjadikan keseluruhan beratnya mencecah sehingga 18kg, jauh melebihi berat Modenas Ninja 250 yang berada di pasaran sebelum ini.

ZX-25R SE ini memiliki posisi tunggangan sporty
ZX-25R SE ini memiliki posisi tunggangan sporty

Walaupun reka bentuk ZX-25R SE ini memiliki posisi tunggangan sporty yang diinspirasikan daripada model ZX-10R, namun kedudukan handlebar yang dipasangkan tidak terlalu rendah.

Ia mampu memberikan tahap keselesaan yang optimum dan jadi anda tidak mudah sakit pinggang ketika menunggangnya.

ZX-25R SE ini dilihat mempunyai estetik yang boleh mencairkan hati pengguna dengan ciri-ciri seperti kawalan cengkaman, fork USD, brek jenis radial, dan semestinya enjin empat silinder sebaris.

Ketua Pegawai Eksekutif , Roslan Roskan berkata model dibawakan kali ini berpotensi tinggi untuk menjadi permulaan yang baik dalam dunia permotoran Malaysia, dengan gabungan rekaan daripada Modenas dan Kawasaki.

"Model ZX-25R SE ini amat simbolik kerana ia menggabungkan inovasi, prestasi dan semangat yang dikongsi bersama Modenas dan Kawasaki.

Ia juga turut menjadi titik permulaan baharu dan bakal menukar sejarah dunia permotoran di Malaysia,” katanya.

Memiliki dua varian warna iaitu lime green dan metallic matte graphenesteel grey
Memiliki dua varian warna iaitu lime green dan metallic matte graphenesteel grey

Anda ditawarkan dengan dua varian warna iaitu lime green yang menggunakan warna asas hijau dengan gabungan sentuhan warna hitam atau metallic matte graphenesteel grey yang menggunakan warna asas hitam dan sedikti garisan corak menggunakan warna hijau.

Tempahan sudah dibuka kepada yang berminat, dengan pengenalan model terbaharu ini.

Untuk menjadi pemilik terawal, kunjungi pengedar sah Kawasaki All-Star seluruh Malaysia.

Dapatkan maklumat lanjut dengan melayari laman sesawang rasmi Kawasaki. - Getaran, 24 Ogos 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Gaya 5 jam yang lalu

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

oleh Rahayu MN