web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Triumph Tiger Sport 660 Tampil Prestasi Mantap 

Model ini dikuasakan oleh enjin tiga silinder 660cc s dan mampu menghasilkan kuasa kuda 80hp serta tork 64Nm dengan harga bermula RM50,000

Teknovasi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Aug 2023 1:28PM

Triumph Tiger Sport 660 yang dilancarkan baru-baru ini

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Segelintir individu mungkin melihat motosikal Triumph sebagai jenama yang sesuai dipakai oleh golongan tertentu sahaja. Namun terdapat beberapa model yang anda boleh pertimbangkan kerana harganya tidak terlalu tinggi dan mampu memberi kepuasan dalam diri. Apa kata anda lihat dahulu sebuah model terbaharu Triumph Tiger Sport 660 yang dilancarkan baru-baru ini.

Triumph Malaysia memperkenalkan Tiger Sport 660 2023 untuk pasaran tempatan dan boleh dimiliki pada harga bermula RM50,900 manakala untuk promosi pakej aksesori, harga ditawarkan ialah RM56,800 di bawah pengedar rasminya Didi Group. Ya, harganya bermula dari RM50,000 sahaja. Berbaloi atau tidak? Jom kita tengok spesifikasi di bawah.

Model Tiger Sport 660 2023 ini menggunakan rim bersaiz 17 inci disertakan bersama balutan tayar Michelin Road 5. Reka bentuk ergonomik penunggang dan pembonceng dengan ketinggian dari tempat duduk 835mm menampakkan kestabilan ketika menunggang.

Bagi komponen brek pula, model ini menggunakan brek Nissin dua omboh bersama cakera berkembar 310mm di depan.

Model Tiger Sport 660 2023 dikuasakan oleh enjin tiga silinder 660cc dan mampu menghasilkan kuasa kuda 80hp serta tork 64Nm bersama transmisi sebanyak enam kelajuan. Boleh tahan juga ya prestasi kelajuan model ini.

Selain itu, model Triump 660 ini memiliki dua jenis mod tungang iaitu Road dan Rain. Kehebatan pembinaan motosikal bersama mod ini memberikan keupayaan untuk penunggang mengubah respon pendikit serta tetapan kawalan cengkaman mengikut keadaan jalan raya, seterusnya memberikan pengendalian tunggangan dengan lebih yakin dan mantap.

Kepada penunggang jarak jauh, tangki bahan apinya mampu diisi sehingga 17 liter minyak penuh dan ini julat yang sangat baik. Bahkan ia dipasangkan bersama skrin boleh laras ketinggian, yang membolehkan pelarasan sebelah tangan semasa menunggang.

Varian warna Tiger Sport 2024
Varian warna Tiger Sport 2024

Dua varian warna pilihan ditawarkan kepada pelanggan untuk model Tiger Sport 660 2023 iaitu korosi red dan lucerne blue. Bahkan Triumph juga menawarkan warna terbaharu untuk mereka untuk 2024 iaitu Snowdonia White/Jet Black, Jet Black/ Graphite dan Graphite/Sapphire Black.

Kelengkapan lain bagi kenderaan dua roda ini termasuk instrumen TFT, pencahayaan LED penuh, ABS, sistem ride-by-wire serta fork jenis USD 41mm Showa di hadapan dan monoshock Showa di belakang.

Akhir sekali, tak lengkap rasanya jika model Tiger Sport ini tidak dipasang aksesori. Anda disarankan untuk memasang beberapa aksesori untuk kemudahan anda ketika menunggang. Barulah nampak lebih bergaya! Triumph menawarkan lebih kurang 40 aksesori khusus untuk Tiger Sport 660 

Antaranya, rangkaian penuh bagasi pelancongan kiri kanan termasuk kotak dan beberapa barang perlindungan tambahan serta aksesori keselamatan yang direka bentuk bersama motosikal dan diuji dengan piawaian kualiti yang sama

Tiger Sport 660 (merah) bersama tiger 1200 (biru)
Tiger Sport 660 (merah) bersama tiger 1200 (biru)

Pada pandangan penulis, rangkaian model Tiger Sport keluaran Triumph menjadi antara motosikal yang diminati ramai, dan Tiger Sport 660 memiliki prestasi yang agak baik serta mantap untuk kategorinyam seiring harga ditawarkan. 

Kepada anda yang berhasrat untuk memiliki sebuah motosikal Triumph kategori ini dengan bajet yang sederhana tinggi, apa kata pertimbangkan dahulu Tiger Sport 660 ini. 

Untuk sebarang tempahan atau maklumat lanjut, layari laman sesawang rasmi Triumph atau hadir sendiri ke premis mereka. - Getaran, 13 Ogos 2023

Sumber Foto: TriumphMotorcyle.com

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 2 minggu yang lalu

Drama Mini Tamil Dirakam Guna Telefon Pintar, Beri Inspirasi Kepada Pengkarya Baharu

2

Teknovasi 1 bulan yang lalu

Siri HONOR 600 Dengan Teknologi AI Terkini Dilancar, Kamera Utama 200MP

3

Teknovasi 2 bulan yang lalu

Robot Phone & Magic V6 Letakkan HONOR Di Pentas Dunia MWC 2026

4

Teknovasi 3 bulan yang lalu

Siti Nurhaliza Pemilik Pertama GWM WEY G9 Hi4 PHEV Di  Malaysia

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Gaya 7 jam yang lalu

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

oleh Rahayu MN