Berita Terkini

12 minit yang lalu: RUU warga emas dijangka dibentang di Dewan Rakyat tahun hadapan 37 minit yang lalu: Kerajaan cadang tambah kamera awas 37 minit yang lalu: Pasukan SAR temui mayat kanak-kanak berusia 8 tahun di Sungai Bernam 1 jam yang lalu: Mahkamah Tinggi PBB akan dengar kes Ukraine terhadap pencerobohan Rusia 1 jam yang lalu: SEDA Malaysia lantik Ahmad Zairin Ismail sebagai pengerusi baharu

IKUTI KAMI


META: Banyak Perniagaan Di APAC Tidak Mampu Lagi Berada Di Facebook, Instagram

Meta berkata perniagaan dengan kedai yang terletak di semua pasaran lain di seluruh Asia Pasifik tidak lagi boleh menjadi penganjur kedai di halaman Facebook atau Instagram mereka melainkan kedai itu mempunyai pembayaran di Facebook dan Instagram yang didayakan di Amerika Syarikat (AS). 

Teknovasi Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 01 May 2023 8:08AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Meta Platforms Inc memberitahu banyak perniagaan di Asia Pasifik (APAC) tidak lagi boleh mempunyai kedai dalam talian seperti di Facebook atau Instagram atau menggunakan penandaan produk dalam siaran mulai 10 Ogos 2023 kecuali di tujuh pasaran yang mana ia melihat peluang masa depan untuk membawa pembayaran ke pasaran tersebut. 

Tujuh pasaran itu ialah Australia, Korea Selatan, Taiwan, India, Jepun, Indonesia dan Thailand.

"Di pasaran terpilih ini, kami akan terus menyokong kedai tanpa pembayaran di Facebook dan Instagram yang diaktifkan untuk memudahkan peralihan sebaik mungkin," katanya dalam satu kenyataan. 

Meta berkata perniagaan dengan kedai yang terletak di semua pasaran lain di seluruh Asia Pasifik tidak lagi boleh menjadi penganjur kedai di halaman Facebook atau Instagram mereka melainkan kedai itu mempunyai pembayaran di Facebook dan Instagram yang didayakan di Amerika Syarikat (AS). 

Perniagaan tanpa kedai yang boleh diakses tidak lagi dapat menggunakan ciri yang berkaitan dengan kedai termasuk pengetagan produk (dalam siaran, kekili atau cerita) dan mencipta khalayak tersuai/semirip yang diperoleh daripada orang yang mengunjungi kedai. 

Di Instagram, iklan dengan tag produk akan terus tersedia sebagai penyelesaian untuk membolehkan pelanggan baharu dan sedia ada menemui produk anda secara berskala melalui pengalaman yang tidak terkait secara langsung dengan kedai. 

"Perniagaan secara aktif yang memanfaatkan iklan dengan tag produk tidak perlu mengambil sebarang tindakan dan kempen mereka akan diteruskan tanpa gangguan," kata Meta. 

Di Instagram, iklan dengan tag produk akan terus tersedia sebagai penyelesaian untuk membolehkan pelanggan baharu dan sedia ada menemui produk anda secara berskala melalui pengalaman yang tidak terkait secara langsung dengan kedai. 
Di Instagram, iklan dengan tag produk akan terus tersedia sebagai penyelesaian untuk membolehkan pelanggan baharu dan sedia ada menemui produk anda secara berskala melalui pengalaman yang tidak terkait secara langsung dengan kedai. 

Bagaimanapun, perniagaan dengan kedai yang terletak di 11 pasaran iaitu Denmark, Perancis, Jerman, Itali, Belanda, Norway, Sepanyol, Sweden, Switzerland, UK dan Ukraine akan terus dapat menggunakan kedai di Facebook serta Instagram sehingga diberitahu kelak. 

Meta menggalakkan perniagaan untuk terus menggunakan gabungan alat percuma dan berbayar yang paling berprestasi bagi mencari pelanggan serta memacu jualan, termasuk perniagaan yang boleh melabur dalam perbelanjaan pemasaran mereka secara lebih bijak dengan berhubung dengan pelanggan berdasarkan minat mereka.

"Kini tersedia di seluruh dunia, kempen beli-belah Advantage membantu perniagaan menjadi lebih bijak dan pantas mengenai kempen mana yang mampu memaksimumkan pulangan pelaburan iklan mereka," tambahnya. 

Perniagaan juga boleh membuat kandungan video pendek untuk ditemui oleh pelanggan yang belum mengikuti jenama mereka.   

Meta berkata kekili adalah format yang paling pesat berkembang pada aplikasi Meta dan bersama-sama dengan suapan, cerita serta pemesejan, syarikat itu menawarkan sekumpulan alat yang membolehkan perniagaan berkongsi kisah jenama mereka, membina hubungan selain mengembangkan perniagaan mereka.

Sementara itu, pemesejan merentasi WhatsApp, Facebook dan Instagram, perniagaan boleh menghantar mesej dan menjalankan iklan klik ke mesej yang membantu menghubungkan mereka secara langsung dengan pembeli kerana pemesejan membolehkan perniagaan menjual, menyokong serta memasarkan produk mereka tanpa meninggalkan urutan sembang. - Bernama

Sorotan

1

Cuaca Panas: Bil Elektrik Melambung Jadi Topik Media Sosial, Pengguna ‘Pening Kepala’

2

Dipercayai Tertelan Cecair Vape, Kanak-Kanak 2 Tahun Stabil, Dipantau Hospital

3

Punggung Kanak-Kanak Tercucuk Besi Pagar Rumah

Disyorkan untuk anda

Teknovasi 20 jam yang lalu

HondaJet Elite II, Rangkaian Kenderaan Udara Dari Honda Yang Pantas, Tinggi Dan Jauh

oleh Izwan Ramlan

Jelajah 6 jam yang lalu

Pencarian Wanita Anggun Untuk Dinobat Sebagai Mrs Malaysia World 2023 Bermula

“Sebagai menyokong Bulan Kesedaran Kesihatan Mental (pada Mei), semua peserta yang menghadiri uji bakat memakai seluar hijau mengikut tema tahun ini iaitu Look...