web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Apple Ancam Keluarkan Twitter Daripada App Store, Kata Elon Musk

Isnin lalu, Musk menyiarkan tinjauan pendapat yang bertanya kepada pengguna Twitter sama ada Apple wajar menyiarkan semua tindakan penapisan yang dilakukannya yang telah menjejaskan pelanggannya.

Teknovasi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Nov 2022 8:00PM

28 Oktober lalu Musk memuktamadkan pemerolehan Twitter membabitkan bayaran berjumlah AS$44 bilion - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

WASHINGTON - Apple mengancam untuk mengeluarkan Twitter daripada kedai aplikasinya (Apps Store) serta meminta pengubahsuaian tertentu pada platform media sosial, Ketua Pegawai Eksekutif Twitter Elon Musk mengesahkan pada Isnin, lapor Sputnik.

"Ya", Musk berkata apabila ditanya sama ada Apple mengancam kehadiran Twitter atau menuntut perubahan pada platform media sosial itu. "Apple juga mengancam untuk menyekat Twitter daripada App Storenya, namun sebabnya tidak dimaklumkan kepada kami."

Terdahulu pada Isnin, Musk menyiarkan tinjauan pendapat yang bertanya kepada pengguna Twitter sama ada Apple wajar menyiarkan semua tindakan penapisan yang dilakukannya yang telah menjejaskan pelanggannya.

Tinjauan itu akan ditutup pada petang Selasa, dengan setakat ini sejumlah besar pengguna Twitter menyokong Apple kerana ia lebih telus mengenai sebarang tindakan penapisan yang mungkin telah diambilnya.

Minggu lepas, Musk berkata beliau akan mencipta telefon pintar baharu jika rangkaian sosial itu dikeluarkan daripada Apple dan Google app stores.

Musk melakukan tinjauan itu selepas firma bernama LBRY, yang mengendalikan perkongsian fail dan pembayaran untuk rangkaian sosial, menyiarkan kenyataan di Twitter yang mendakwa Apple menetapkan supaya aplikasinya menapis beberapa istilah carian daripada dipaparkan dan jika tidak aplikasi Twitter tidak akan dibenarkan dalam Apple app store.

Pada 28 Oktober, Musk memuktamadkan pemerolehan Twitter membabitkan bayaran berjumlah AS$44 bilion. Berikutan pengambilalihan itu, Musk mengubah operasi harian syarikat, termasuk pemberhentian eksekutif Twitter yang bertanggungjawab ke atas privasi platform, keselamatan siber dan penapisan, serta kira-kira dua pertiga daripada pekerja Twitter.

Ketiadaan eksekutif App Store utama Apple, Phil Schiller daripada Twitter mencetuskan spekulasi bahawa gergasi teknologi itu semakin bimbang tentang pengendalian platform media sosial oleh Musk, termasuk mengembalikan semula akaun yang disekat. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan