Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Buletin Teknovasi : Apa Yang Menarik Minggu Ini

Getaran berkongsi perkembangan terkini dunia teknologi dan inovasi untuk minggu ini.

Teknovasi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jul 2022 9:38AM

Realme C30

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Segmen Teknovasi minggu ini dimulakan dengan kerjasama JAZRO bersama Evo Mall dan penciptaan perkhidmatan talian bantuan BSA (sebuah organisasi perikatan perisian).

Ini diikuti kolaborasi Xiaomi bersama teknologi visual kamera Leica.

Diakhiri pula dengan pelancaran model telefon pintar terbaharu iaitu Vivo Y77 5G dan Realme C30.

 

Kerjasama JAZRO Bersama Evo Mall

Akademi Robotik (JAZRO) mengumumkan kerjasama dengan Evo Mall untuk menganjurkan Karnival Robotik pada tanggal 16 Julai baru-baru ini. 

Ia merupakan suatu program kesedaran pendidikan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) untuk kanak-kanak dan matlamat utama adalah memberi pendedahan tentang dunia teknologi berkaitan robotik. 

Ia mengandungi sukatan pelajaran yang disusun khas untuk pelajar dari usia lima hingga 17 tahun dan menjurus ke arah pembelajaran robotik serta pengekodan melalui kaedah pembelajaran yang menyeronokkan. 

Ir. Dzulfarqeish Zainuddin, pengasas bersama JAZRO berkata:

"Kami ingin kanak-kanak dan ibu bapa tahu bahawa pembelajaran robotik boleh menjadi sesuatu yang menyeronokkan. Mulakan pembelajaran pada usia muda dan pupuk minat mereka dari sana."

Tambahan lagi, karnival ini mampu memupuk kanak-kanak dan belia untuk mempunyai pemikiran kreatif dan inovatif dalam menyelesaikan masalah.

Selain itu, ia juga bertujuan untuk mewujudkan modal insan yang berpengetahuan tinggi dalam meneruskan kehidupan moden ini.

BSA dlihat sebagai kaedah efektif dalam menangani cabaran dan masalah yang berkaitan dengan pematuhan hak cipta perisian. 
BSA dlihat sebagai kaedah efektif dalam menangani cabaran dan masalah yang berkaitan dengan pematuhan hak cipta perisian. 

Talian Bantuan BSA

BSA The Software Alliance (organisasi perikatan perisian) adalah sebuah syarikat yang menyokong industri perisian global terkemuka dan anggotanya terdiri daripada syarikat yang paling inovatif di dunia. 

Selain itu mereka telah menjalankan operasi ini di lebih 30 buah negara dan beribu pejabat di Washington, DC. Baru-baru ini, BSA telah mengumumkan pelancaran talian bantuan untuk membantu perniagaan dalam industri kejuruteraan, infrastruktur dan pembinaan di Malaysia. 

Kewujudan perkhidmatan ini dilihat sebagai kaedah efektif dalam menangani cabaran dan masalah yang berkaitan dengan pematuhan hak cipta perisian. 

Tambahan pula, berikutan laporan tentang 'ghost piracy' iaitu aktiviti mengakses perisian tanpa lesen di Malaysia, bilangan kes yang terlibat semakin meningkat terutama selepas pandemik. 

Talian bantuan ini adalah sebagai salah satu alat untuk memastikan perisian berlesen dipatuhi dan memberi kemudahan kepada pemberi maklumat tanpa perlu takut tentang akibatnya. 

Pihak berkuasa di Malaysia akan melindungi data peribadi pemberi sumber bagi melindungi hak asasi mereka dan melancarkan aktiviti pengesanan ghost piracy ini.

Xiaomi telah mengumumkan perkongsian strategik dengan Leica pada awal bulan ini.
Xiaomi telah mengumumkan perkongsian strategik dengan Leica pada awal bulan ini.

Kolaborasi Xiaomi Dan Leica

Pada awal Julai, jenama telefon pintar terkenal Xiaomi membuat pengumuman rasmi tentang kolaborasi mereka bersama jenama teknologi visual kamera canggih, Leica. 

Jalinan kerjasama ini adalah perkongsian strategik antara kedua belah pihak bagi meningkatkan lagi prestasi gambar dan video yang ada pada model telefon pintar tersebut. 

Gabungan ini menampilkan kehebatan teknologi Leica dari segi optik, kualiti dan pemprosesan yang lancar di dalam telefon pintar Xiaomi serta model terkini yang memiliki elemen tersebut ialah Xiaomi 12S/12S Pro dengan harga bermula RM3,899.

Vivo Malaysia telah melancarkan telefon pintar siri Y yang terbaharu iaitu Y77 5G pada 7 Julai lalu.
Vivo Malaysia telah melancarkan telefon pintar siri Y yang terbaharu iaitu Y77 5G pada 7 Julai lalu.

Vivo Y77 5G

Vivo Malaysia melancarkan telefon pintar siri Y yang terbaharu iaitu Y77 5G pada 7 Julai lalu. Ia hadir dengan pemasangan rangkaian 5G serta pemproses chipset Mediatek Dimensity 810 serta dwi-mod yang membenarkan pengguna mengakses teknologi 5G untuk membuat sambungan yang lebih pantas. 

Reka bentuknya pula agak nipis dengan berukuran hanya 8.25mm dan bingkai rata 2.5D serta berat keseluruhannya ialah 194g. 

Bingkai ini juga memberikan cengkaman yang selesa apabila dipegang atau dibawa kemana-mana sahaja. Selain pemproses yang dapat melancarkan tugasan harian, ia mempunyai tempoh hayat bateri yang lebih baik dengan kuasa 5000 mAh. 

Resolusi di bahagian kameranya pula adalah 50 MP (lebar), 2 MP (makro) dan 16 MP (swafoto). Anda boleh mendapatkan vivo Y77 5G dengan dua pilihan warna iaitu cahaya pelangi dan hitam yang bernilai RM1,299 bagi storan RAM 8GB + Storan 256GB.

Realme C30 boleh diperolehi dengan 3 warna iaitu biru tasik, hijau buluh dan hitam denim.
Realme C30 boleh diperolehi dengan 3 warna iaitu biru tasik, hijau buluh dan hitam denim.

Realme C30

Jenama Realme dilihat kerap kali mengeluarkan telefon pintar tahap rendah yang sesuai dijadikan sebagai peranti kedua atau kegunaan kanak-kanak dengan kualiti yang mantap. 

Kali ini jenama berkenaan telah melancarkan model barisan siri C terbaharu iaitu Realme C30 pada 16 Julai lalu. Bermula dengan harga RM429, ia memiliki reka bentuk empat segi tepat dengan kenipisan 8.5mm serta berat 182g. 

Permukaan skrinnya menggunakan teknologi pemprosesan Unisoc T612 dan memiliki skrin sebesar 6.5 inci. 

Realme C30 mempunyai satu kamera sahaja dengan resolusi 8 MP. Menariknya, peranti ini boleh dinaik taraf storan luar sehingga 1 TB.

Dikeluarkan dengan tiga jenis warna iaitu biru tasik, hijau buluh dan hitam denim dengan storan 3GB + 32GB dan 4GB + 64GB. - Getaran, 20 Julai 2022.

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini