web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


HUAWEI Video Raikan Setahun Penstriman

Huawei Video, platform penstriman video-atas-permintaan (VOD) oleh Huawei meraikan tahun pertamanya dengan peraduan istimewa dan kandungan baharu.

Teknovasi Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Mar 2021 9:09AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Huawei  Video, platform penstriman video-atas-permintaan (VOD) oleh Huawei, berhasrat untuk meraikan ulang tahun pertamanya bersama pengguna di Malaysia dengan melancarkan peraduan 'Huawei Video Turns 1', di mana pengguna di Malaysia boleh bersaing untuk merebut pelbagai produk terkini Huawei serta langganan percuma perkhidmatannya.

Sejak melancarkan aplikasi penstriman video semua-dalam-satu (all-in-one) pada Mac 2020, Huawei Video telah menjadi salah satu perkhidmatan penstriman video yang paling pesat berkembang di Asia Pasifik.

Aplikasi ini, yang didatangkan secara prapasang pada peranti Huawei, menawarkan himpunan luas kandungan video untuk penggunanya. Di sinilah tempatnya untuk anda menonton drama, filem, dokumentari serta konsert, serta kandungan mesra kanak-kanak. 

Sesuatu yang boleh dibanggakan, Huawei Video kini boleh didapati dalam enam pasaran di rantau Asia Pasifik termasuk Hong Kong (China), Jepun, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand. Bahkan, ia juga bakal dilancarkan di Indonesia pada lewat tahun ini.

"Pertumbuhan Huawei Video dalam setahun yang lalu menunjukkan bahawa terdapatnya permintaan yang tinggi terhadap kandungan strim di Asia dan kami komited untuk menyampaikan kandungan berkualiti melalui penciptaan dan perkongsian baharu kami," ujar Pengarah Perkhidmatan Awam Pengguna Asia Pasifik Huawei, Shane Shan.

Antara siri drama siar serentak yang menjadi kandungan terbaharu Huawei Video adalah 'Don't Think of Interrupting My Studies' dan 'Brilliant Girls' daripada MangoTV, 'Big White Duel' daripada TVB, 'Heroic Journey of Ne Zha' daripada dimsum entertainment, 'A Quest to Heal' daripada Mediacorp serta 'Say Yes to the Dress' daripada Discovery.

Jangan lupa menyertai peraduan 'Huawei Video Turns 1' yang diadakan eksklusif untuk kesemua pengguna Huawei Video di Malaysia. Melalui peraduan ini, pengguna perlu menyelesaikan beberapa tugasan berbeza untuk mendapat peluang memutar roda cabutan bertuah bagi merebut hadiha-hadiah yang disebutkan di atas.

Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan ini, sila kunjungi https://bit.ly/3vQdpyF. Peraduan akan berakhir pada 4 April ini.

Untuk makluman, Huawei Video menawarkan akses kepada kandungan video daripada sejumlah saluran dengan mudah terus pada peranti Huawei. Ia menghimpunkan akses kepada sejumlah perkhidmatan lain dan memudahkan anda mengakses melalui satu aplikasi dengan mudah.

Buat masa ini, Huawei memberi akses percuma ke TVB, akses ke perkhidmatan seperti KiniTV, DailyMotion, Dimsum, BBC News dan sebagainya. Setiap kandungan disusun dengan teliti dan pengguna boleh strim terus melalui aplikasi berkenaan.

Perkhidmatan Huawei Video ditawarkan secara percuma selama tiga bulan untuk pengguna peranti Huawei P40 yang baru, sementara pengguna sedia ada boleh mengakses secara percuma selama sebulan. - Getaran, 31 Mac 2021

Semua gambar: Huawei

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 1 minggu yang lalu

Drama Mini Tamil Dirakam Guna Telefon Pintar, Beri Inspirasi Kepada Pengkarya Baharu

2

Teknovasi 1 bulan yang lalu

Siri HONOR 600 Dengan Teknologi AI Terkini Dilancar, Kamera Utama 200MP

3

Teknovasi 2 bulan yang lalu

Robot Phone & Magic V6 Letakkan HONOR Di Pentas Dunia MWC 2026

4

Teknovasi 2 bulan yang lalu

Siti Nurhaliza Pemilik Pertama GWM WEY G9 Hi4 PHEV Di  Malaysia

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi