web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


DJI Kini Di Sunway Pyramid, Boleh Serbu Untuk Dapatkan Yang Diidam

Mahu mencuba sendiri dron dan peralatan baharu keluaran DJI? Kini anda boleh berkunjung ke stor rasmi terbaharu mereka.

Teknovasi Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Mar 2021 2:30PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Berita gembira kepada 'kaki' teknovasi dan gajet. Syarikat teknologi terkemuka di dunia dan pelopor dron awam serta teknologi kamera kreatif, DJI dengan bangga mengembangkan tapak di Malaysia.

Ia bermula dengan pembukaan stor rasmi DJI di pusat beli-belah Sunway Pyramid di Petaling Jaya.

Ia merupakan lanjutan kepada pelancaran inovasi terbaharunya, DJI FPV yang menawarkan pengalaman penerbangan sinematik yang mendalam dan pengawal gerakan satu tangan baharu yang intuitif!

Dengan tekad untuk memberikan pengalaman runcit terbaik dan mengasyikkan kepada peminat di Malaysia, stor rasmi DJI ini menjadi tambahan senarai pilihan untuk mereka yang mencari peralatan teknologi baharu di Sunway Pyramid.

"Kedai ini akan menjadi batu loncatan kepada DJI untuk menjangkau pelbagai golongan pelanggan, termasuk mereka yang mungkin bukan ‘tech-savvy’, selain menyediakan tempat di mana seseorang boleh mempelajari dan mendapatkan produk terbaharu DJI.

"Sama ada anda pengendali profesional yang berminat dengan teknologi pengimejan udara terkini atau pengguna yang mencari kamera gimbal pertama, penting untuk mencubanya sendiri dan memahami betapa mudahnya menerbangkan dron atau menangkap rakaman sinematik yang mengasyikkan," kata Pengurus Besar Azure Telecommunication SDN BHD dan rakan penting DJI di Malaysia, Johnny Liao.

Dalam masa yang sama, Liao juga memberitahu pihaknya mengutamakan kesihatan dan keselamatan setiap pelanggan yang berkunjung ke stor mereka.

Dengan kes COVID-19 yang belum reda, DJI memainkan peranan untuk memberikan perkhidmatan terbaik dengan memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) dipatuhi.

"Stor kami di Sunway Pyramid mematuhi SOP yang telah ditetapkan bagi memastikan keselamatan pengunjung kami terjamin. Ini termasuk menjalankan rutin pembersihan dan pembasmian kuman di setiap permukaan dan peralatan yang dipamerkan.

''Selain itu, kami juga mengamalkan jarak sosial yang wajar, iaitu menjaga jarak enam kaki antara rakan sekerja dan pelanggan,” ujar Liao lagi.

Selama bertahun-tahun, DJI telah mempelopori teknologi udara, pengimejan dan penyelesaian pendidikan dengan memenuhi empat kategori utama iaitu pengguna, profesional, perusahaan dan agrikultur. 

Beberapa produk ternama DJI adalah dron fotografi udara yang merangkumi DJI FPV terbaharu dan DJI Mini 2. DJI OM4 yang tahan lasak dan boleh dilipat serta penstabil kuat yang direka untuk melengkapkan telefon pintar yang membolehkan seseorang memulakan rakaman dengan segera. 

Tidak dilupakan penstabil kamera tahap profesional, DJI RSC 2 direka untuk kamera tanpa cermin dan DSLR yang berfungsi memberi kuasa kepada pembuat filem, one-man crew dan pencipta kandungan di mana sahaja dengan ciri intuitifnya.

DJI Malaysia menetapkan sasaran membuka 10 cawangan di seluruh negara pada tahun ini dengan objektif menawarkan standard perkhidmatan dan kualiti tertinggi untuk pengalaman membeli-belah yang ideal bagi setiap pengguna.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai DJI Malaysia, sila lawati DJI Malaysia dan DJI Authorized Retail Store – Sunway Pyramid. - Getaran, 24 Mac 2021

Semua gambar: DJI Malaysia

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 1 minggu yang lalu

Drama Mini Tamil Dirakam Guna Telefon Pintar, Beri Inspirasi Kepada Pengkarya Baharu

2

Teknovasi 1 bulan yang lalu

Siri HONOR 600 Dengan Teknologi AI Terkini Dilancar, Kamera Utama 200MP

3

Teknovasi 2 bulan yang lalu

Robot Phone & Magic V6 Letakkan HONOR Di Pentas Dunia MWC 2026

4

Teknovasi 2 bulan yang lalu

Siti Nurhaliza Pemilik Pertama GWM WEY G9 Hi4 PHEV Di  Malaysia

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi