web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jojo Pet Tawar Perkhidmatan Teksi Untuk Haiwan Peliharaan

Teksi untuk haiwan peliharaan ini mahu memberi perkhidmatan terbaik supaya pemilik si comel tidak perlu risau mengenai kesesakan lalu lintas dan tempat letak kenderaan yang terhad.

Teknovasi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Apr 2022 6:45PM

Gambar Hiasan, Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOJO Pet melancarkan aplikasi teksi haiwan peliharaan pertama di Malaysia dikenali JOJO Pet Taxi dengan matlamat menyokong pencinta haiwan peliharaan di negara ini dalam menyediakan perkhidmatan teksi yang boleh dipercayai terutama dalam kepantasan era digital.

JOJO Pet dalam kenyataan memaklumkan ia bertujuan memberi kemudahan kepada pemilik haiwan peliharaan dengan perkhidmatan terbaik supaya pemilik haiwan peliharaan tidak perlu risau mengenai kesesakan lalu lintas dan tempat letak kenderaan yang terhad.

Pengasas JOJO Pet, Seow Kim Chin berkata pihaknya telah berjaya melatih kumpulan pertama pemandu teksi haiwan peliharaan di negara ini dan mereka bersedia membantu pemilik haiwan peliharaan untuk membawa haiwan kesayangan mereka bagi janji temu dandanan dan sebagainya.

“Kumpulan pertama pemandu telah menjalani pemeriksaan ketat sebelum mereka dibenarkan menghadiri latihan. Mereka telah melepasi semua kriteria yang ditetapkan dan kini disahkan sebagai pemandu teksi haiwan peliharaan profesional," katanya.

Beliau memberi jaminan kepada pemilik haiwan peliharaan bahawa aplikasi JOJO Pet Taxi mudah diakses menerusi telefon bimbit.

Gambar Hiasan, Pexels
Gambar Hiasan, Pexels

Seow berkata JOJO Pet Taxi mengutamakan keselamatan penumpang dengan semua pengangkutan di bawah perkhidmatan itu dilengkapi kamera papan pemuka, tali pinggang keledar haiwan peliharaan, jaring keselamatan dan sarung kerusi dengan tahap kebersihan terbaik bagi memastikan penumpangnya menikmati perjalanan selesa dan selamat.

“Pemilik haiwan peliharaan yang menggunakan aplikasi kami boleh menjejaki teksi yang dinaiki haiwan kesayangan mereka untuk memastikan ia tiba di destinasi dengan selamat," katanya.

Beliau berkata antara kemahiran penting yang diperoleh pemandu menerusi latihan adalah melakukan pertolongan cemas ke atas haiwan peliharaan sekiranya perlu, jadi fikiran pemilik haiwan peliharaan akan tenang mengetahui bahawa haiwan mereka dalam keadaan baik.

Seow yakin JOJO Pet Taxi melengkapkan gaya hidup pemilik haiwan peliharaan di Malaysia dengan menyediakan perkhidmatan terbaik bagi pemilik dan haiwan peliharaan terutama dalam suasana sibuk.

JOJO Pet menggalakkan gaya hidup sihat dan kesejahteraan mental dengan menyediakan perkhidmatan yang diperlukan pada masa kini dan menyelesaikan masalah dihadapi pemilik haiwan peliharaan.

Seiring rancangan pengembangan perniagaan tahun ini, JOJO Pet juga mengalu-alukan pelabur untuk turut serta dalam misi mereka bagi memperluas perkhidmatan kepada pemilik haiwan peliharaan di dalam mahupun luar negara.

Mereka yang berminat boleh menghubungi Seow di talian 010-228 3035 atau [email protected]. - Bernama

Berita Berkaitan

1

TARA 3 tahun yang lalu

Pet Lovers Centre Lancar Platform Kesihatan Haiwan Peliharaan

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Had Usia Teksi, E-Hailing Dilanjutkan Kepada 15 Tahun - Loke

3

TARA 4 tahun yang lalu

'Si Bulus' Juga Ahli Keluarga Kami - Mangsa Banjir

4

Semasa 4 tahun yang lalu

GTSM Letak Calon Tanding PRU 15

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan