web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Buletin Teknovasi: Apa yang menarik minggu ini

Getaran berkongsi perkembangan terkini dunia teknologi dan inovasi minggu ini.

Teknovasi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Mar 2022 3:32PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Buletin Teknovasi kali ini dimulakan dengan dua peranti baharu iaitu telefon pintar Honor Magic4 Pro dan sebuah alat pembesar suara daripada Sonos. Seterusnya pelancaran barangan gaya hidup jenama Sharp dan kemudian sedikit berita tentang #kuasawanita baru-baru ini di platform twitter dan diakhiri dengan fon telinga Louis Vuitton.

Honor Magic4 Pro

Baru-baru ini, telefon pintar jenama Honor telah melancarkan model terbaharu mereka iaitu Magic 4 Pro. Ia merupakan model terkini jenama ini untuk 2022 dan masih menggunakan rangkaian 5G serta mempunyai berat 205 gram. 

Dipasangkan dengan Qualcomm SM8450 Snapdragon 8 Gen 1 dan mempunyai jumlah storan 512GB+12GB RAM, model ini dikeluarkan dengan dua jenis spesifikasi iaitu Magic 4 dan Magic 4 pro. 

Perbezaan ketara antara dua spesifikasi ini ialah prestasi kamera dan baterinya. Bagi Magic 4, resolusi kamera mempunyai 50 MP pada kamera utama dan ultra lebar serta 8 MP bagi kamera periskop selain 12 MP bagi kamera swafotonya. 

Manakala bagi Magic 4 Pro pula resolusi kamera periskopnya adalah 64 MP dengan penambahan kamera objek ke dalam (TOF) sebanyak 12 MP. Ia membolehkan anda mendapat gambar yang jelas walaupun mempunyai pantulan cahaya pada objek serta dilaraskan secara automatik. 

Bagi kuasa baterinya pula, Magic 4 mempunyai kuasa 4800mAh dengan kelajuan pengecasan sebanyak 66 watt manakala Magic 4 pro pula mempunyai kuasa bateri yang lebih kecil iaitu 4600 mAh namun kelajuan pengecasan lebih tinggi sebanyak 100 watt. 

Boleh dimiliki dengan harga RM 5,067 maksimum bagi Magic 4 pro dan  Magic4 dalam anggaran RM 2, 620.

Pembesar Suara Sonos

Sonos merupakan jenama daripada Amerika Syarikat yang ditubuhkan pada 2002. Mereka telah mengeluarkan sebuah produk baharu iaitu alat pembesar suara yang bernama ROAM SL. 

Ia menawarkan bunyi yang luar biasa untuk saiznya yang comel dan tahan lasak dengan jangka hayat bateri yang tahan lama. 

Ia mampu bertahan sehingga 10 jam penggunaan secara berterusan pada satu cas dan boleh bertahan sehingga 10 hari apabila berada dalam mod tidur. Ditambah pula dengan fungsi tetapannya yang mudah dan ciri-ciri reka bentuk yang premium inovatif menjadikan ia kelihatan eksklusif. 

Dengan menggunakan sistem sambungan wifi dan Bluetooth, peranti ini mempunyai ketahanan kalis air dan habuk. Jadi anda boleh menggunakannya di mana-mana sahaja. Anda boleh memilikinya secara online di Lazada atau terus ke laman sesawang rasmi di Trysonos.my dengan harga mencecah Rm 3339 seunit.

Barangan Gaya Hidup Jenama Sharp 

Pada 10 mac yang lalu, jenama Sharp yang sudah berada di pasaran sejak 1912 telah membuat satu pelancaran bagi menawarkan produk yang mengikut norma gaya hidup terkini dan sedang beralih kepada zaman endemik. 

Pelancaran New Norm Living Solutions yang telah bermula pada November 2021, dilanjutkan dengan memperkenalkan beberapa produk terbaharu mereka bermula dengan  AQUOS THE SCENES 4K Android TV yang menakjubkan secara visual untuk pengguna. 

Sebuah lagi produk ialah mesin basuh empat dalam satu iaitu Pro-Flex Front yang mempunyai teknologi terkemuka industri. Ia boleh menghapuskan kuman dan bakteria dalam masa 10 minit. 

Produk ini boleh didapati di semua kedai peruncit rasmi SHARP yang sah di seluruh Malaysia, dan mudah dikenal pasti melalui pelekat khas logo 'New Norm'. B8 6

 

#kuasawanita Di Platform Twitter

Sempena sambutan Hari Wanita Sedunia 2022 baru-baru ini, Twitter membawa kempen  #SheInspiresMe di seluruh Asia Tenggara untuk meraikan peranan dan jasa para wanita dalam memberi inspirasi kepada wanita di luar sana. 

Ia bertujuan untuk membuka mata masyarakat tentang keseimbangan kedudukan para wanita dalam setiap pencapaian dari segi  sosial, ekonomi, budaya dan politik selain bukti yang para wanita telah bangkit dan berjaya. 

Selain itu, platform twitter juga dijadikan sebagai tempat perkongsian bagi kaum wanita yang mempunyai masalah kesihatan, tips-tips penjagaan rumah tangga dan seumpamanya. 

#kuasawanita telah dilancarkan pada 1 mac dan kempen ini akan berterusan sehingga 1 May 2022. Antara pencapaian golongan wanita yang dikongsikan dalam kempen tersebut ialah kejayaan pengasas bersama Arus Academy, Alina Amir dan Dr. Amalina Che Bakri, pakar bedah am National Health Service UK. Mereka menjadi ikon wanita sempena kempen ini kerana kerap berkongsi maklumat menggunakan platform twitter.

Fon Telinga Louis Vuitton

Louis Vuitton yang merupakan rumah fesyen mewah telah mengeluarkan fon telingan tanpa wayar buat penggemar jenama ini. 

Ia merupakan hasil kerjasama dengan syarikat audio premium Master & Dynamic yang bertujuan menggabungkan dunia teknologi dan fesyen mewah dan dikeluarkan secara eksklusif. 

Tambahan lagi, jenama ini telah mengeluarkan siri kedua dengan reka bentuk yang menawan bagi menandingi jenama lain yang juga mengeluarkan fon telinga. Walaupun hanya mempunyai fungsi asas sebagai fon telinga, jenama mewahnya menjadikan harga jualnya mencecah RM 5,200 seunit. - Getaran, 16 Mac 2022


 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden