Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Umpan Palsu Dan Umpan Hidup Dalam Memancing

Antara umpan palsu atau hidup, yang manakah lebih sesuai digunakan ketika memancing? Jom kita fahami maklumat berikut.

Teknovasi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Mar 2022 11:29AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Memancing adalah salah satu hobi atau aktiviti yang mempunyai peminat dan bilangan pengikut tersendiri tanpa mengira usia. 

Dalam memancing, umpan antara perkara paling penting. Ia disangkutkan pada mata kail lalu joran pancing diayunkan bersama tali pancing tersebut ke dalam air bagi menarik ikan untuk memakannya.

Sama ada bermain cara casting, jigging atau bottom, jika kena pada umpan yang sesuai dan tepat, dalam beberapa minit sahaja joran mampu lentur dan bergetar akibat disambar ikan. 

Persoalannya antara umpan palsu atau hidup, yang manakah lebih sesuai digunakan ketika memancing?

Hari ini segmen teknovasi ingin berkongsi maklumat tentang umpan palsu dan umpan hidup dalam dunia memancing.

Kedua-dua jenis umpan ini sebenarnya mempunyai kelebihan masing-masing. Ia tertakluk pada jenis air atau tempat yang dipancing oleh individu dan juga bergantung pada jenis ikan yang diburu. 

Mari kita lihat terlebih dahulu contoh umpan hidup yang terdiri daripada haiwan atau serangga hidup yang digunakan untuk memikat ikan. 

Antara yang popular digunakan oleh kaki pancing ialah cengkerik, katak, udang, anak sotong kurita, cacing dan banyak lagi. 

Kebiasaannya, umpan seperti ini digunakan jika ingin memancing jenis ikan yang ganas dan besar seperti ikan duri. 

Namun, ia juga sesuai digunakan untuk memancing ikan di sawah seperti ikan haruan atau ikan puyu. 

Umpan hidup akan mudah menarik perhatian ikan-ikan lain kerana apabila dibiarkan, ia akan bergerak dengan sendiri. 

Seterusnya ini membuatkan ikan di kawasan sekeliling merasakan kehadiran umpan yang masih hidup dan segar tersebut. 

Cara pemasangan umpan ini juga memerlukan teknik tersendiri bagi mengelakkannya daripada mati dengan cepat apabila dimasukkan ke dalam air. 

Setengahnya mencangkuk mata kail pada kaki, ekor atau di tengah badan umpan bergantung pada jenis umpan tersebut. 

Tidak dinafikan umpan hidup lebih berkesan untuk menarik perhatian ikan namun ia mempunyai kesukaran untuk mendapatkan bekalan dan kosnya agak mahal. 

Jika tempoh anda memancing lebih daripada satu hari, anda perlu memastikan umpan tersebut disimpan didalam kotak kabus yang dipasangkan bersama motor oksigen bagi memastikan umpan tersebut terus hidup. 

Selain itu, jika umpan tersebut tidak dipasang dengan betul, ia mudah tertanggal atau terlucut dibawa arus air tanpa disedari. 

Tambahan lagi, kebanyakan pemancing menggunakan umpan hidup hanya untuk bermain gaya bottom sahaja di mana umpan dibiarkan lama di dasar air sambil menunggu, namun ia bergantung pada kehendak pemancing itu sendiri.

Beralih pula kepada umpan palsu atau turut dikenali sebagai gewang yang terdapat dalam pelbagai rupa bentuk. 

Teknologi gewang ini kebiasaannya memerlukan pemancing untuk mempunyai lebih daripada satu jenis kerana ia mengikut kesesuaian ikan yang hendak dipancing. 

Antaranya ialah gewang permukaan yang digemari oleh ikan toman kerana ia tertarik dengan percikannya seakan-akan ikan yang terapung dan cedera. 

Bagi umpan yang tenggelam sehingga dasar air umpama ikan yang berenang pula dipanggil gewang selaman dalam dan ia digunakan jika ikan tidak kelihatan di atas permukaan air. 

Seterusnya gewang katak seperti namanya, seakan-akan melompat seperti katak apabila kekili ditarik dan sesuai dibaling kearah semak tanpa perlu risau ia tersangkut pada ranting kayu. 

Ikan haruan dan toman antara yang meminati umpan jenis ini.

Gambar: Bukalapak.com dan Jauzemarine.com
Gambar: Bukalapak.com dan Jauzemarine.com

Kemudian, terdapat juga umpan Buzz yang berfungsi untuk menarik perhatian ikan dengan mengeluarkan bunyi yang agak bising apabila dilontar Joran. 

Ia bertujuan untuk mengumpan ikan keluar dari semak. 

Akhir sekali ialah gewang plastik lembut yang boleh menyerupai pelbagai jenis binatang seperti katak, anak ikan dan lain-lain. 

Bentuknya agak lembut seperti cecair pejal dan ia sesuai bagi pemancing yang menggunakan kaedah jigging.

Jelas sekali, teknologi umpan palsu ini dicipta bagi memudahkan pemancing untuk memancing ikan yang dikehendaki dan mampu tahan lama. 

Namun, pada permulaannya pemancing perlu mengeluarkan kos yang lebih sedikit untuk membeli pelbagai jenis gewang yang mudah didapati di kedai pancing.

Jadi jika anda hendak memancing, kenali terlebih dahulu umpan yang wajar digunakan supaya mendapat pulangan hasil yang memuaskan. - Getaran, 9 Mac 2022

Gambar: Pexels kecuali yang tertera

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Cuaca Panas: Tangguh Dahulu Aktiviti Luar Bilik Darjah - KKM

2

TARA 7 bulan yang lalu

Cuti Sekolah Datang Lagi, Apa Kata Anda Cuba 6 Aktiviti 'Family Bonding' Ini?

3

TARA 8 bulan yang lalu

6 Idea Seronok Untuk Eratkan Hubungan Dengan Rakan Sekerja

4

Pendidikan 11 bulan yang lalu

KPM Terus Nasihat Sekolah Tidak Jalankan Aktiviti Luar Bilik Darjah

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi