Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


5 Teknologi Canggih Yang Ada Pada Kasut Bola Sepak Dan Futsal

Kasut bola yang dihasilkan mempunyai teknologi yang tersendiri dan ia mempunyai kesesuaian mengikut kaki pengguna masing-masing.

Teknovasi Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 05 Jan 2022 1:57PM

Gambar Hiasan, Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kasut atau boots bola sepak ialah alas kaki yang dipakai khusus untuk bermain bola sepak sama ada di atas padang rumput atau gelanggang futsal.

Ciptaan kasut bola pertama dikeluarkan pada tahun 1970 dan hanya berwarna putih. Kini pelbagai reka bentuk dan warna dikeluarkan oleh pengeluar-pengeluar kasut bola sepak bagi menarik perhatian pengguna untuk bersukan.

Namun tahukah anda, kasut-kasut yang dihasilkan mempunyai teknologi yang tersendiri dan ia mempunyai kesesuaian mengikut kaki pengguna masing-masing.

Teknovasi hari ini ingin berkongsi lima teknologi yang dipasangkan pada kasut bola sepak dan futsal. 

 

FlyWire pada Nike Mercurial Vapour Superfly II CR

FlyWire ialah teknologi yang dipasangkan pada kasut bola sepak padang dan futsal jenama Nike iaitu Nike Mercurial Vapour Superfly II CR yang dilancarkan pada 2010.

Ia adalah idea Pengarah Inovasi Nike, Jay Meschter yang memasang teknologi sokongan pada bahagian atas kaki yang lembut.

Tambahan pula, teknologi ini hasil kerjasama dengan Vectran, sebuah syarikat yang mempunyai kemahiran menggunakan bahan jahitan dan tali yang berkualiti tinggi.

Bahan tersebut diperbuat daripada serat senipis rambut dan benang multifilament. Ia menjadikan kasut ini sangat ringan dan sesuai dipakai oleh pemain bola sepak yang bermain posisi sayap atau penyerang.

Kasut ini secara rasmi diperagakan oleh bintang bola sepak terkenal Cristiano Ronaldo dan ini adalah kasut kedua yang digayakan oleh pemain tersebut selepas model pertama teknologi FlyWire dikeluarkan. 

 

MICOACH untuk Adidas F50 Adizero MiCoach

Gambar: Pocket-Link.com
Gambar: Pocket-Link.com

MiCoach adalah sebuah teknologi berbentuk cip pengesan aktiviti yang dipasangkan pada kasut terutamanya kasut bola sepak padang.

Teknologi ini popular pada gajet gelang tangan sukan dan kini dipasangkan pada Adidas F50 Adizero MiCoach. Ia akan mengesan pergerakan ketika beraksi apabila seseorang memakainya.

Cip yang tertanam pada kasut tersebut akan menghantar maklumat kepada laman sesawang MiCoach untuk membuat analisis aksi yang ditampilkan oleh pemain.

Kasut ini dilancarkan pada 2011 dan pernah dipakai oleh bintang bola sepak Lionel Messi ketika sesi latihan untuk rujukan prestasinya.

 

Built For Tricks untuk Joma Super Regate

Kasut sukan jenama Joma yang berasal daripada Sepanyol ini terkenal dengan kualiti kasut yang mempunyai tapak yang rata.

Bagi kasut Joma model Super Regate pula, ia sedikit berbeza dengan pemasangan teknologi tapak freestylers.

Teknologi ini dipasangkan pada getah tapak kasut model Super Regate bagi membolehkan pemain menunjukkan kebolehan atau skill di atas padang futsal.

Alur pada tapak getah kasut ini menjadikan kawalan bola lebih fleksibel dan ringan serta sentuhan yang lembut dapat dirasai apabila menahan bola.

Kasut ini dilancarkan pada 2001 dan secara rasminya dipakai oleh ketua pasukan futsal wanita Sepanyol, Ana Sevilla Lujan semasa sesi latihan dan beraksi pada kejohanan futsal.

 

Groundbreaking F50 Adizero CrazyLight 99 Grams untuk Adidas

Sebuah lagi kasut bola sepak padang yang dikeluarkan oleh jenama Adidas iaitu F50 Adizero Adidas Light 99 Grams yang dilancarkan pada 2015.

Teknologi ini menjadikan kasut ini lebih ringan dan efektif dengan pemasangan teknologi pecah tanah yang dipasangkan pada bahagian tapak kasut.

Selain itu, ia amat sesuai dipakai oleh pemain yang gemar mengelecek dan kebanyakan pemain seperti ini berada di posisi tengah dan pertahanan.

Reka bentuk permukaan kasar pada tapak memberikan cengkaman yang kuat pada tanah dan memudahkan pemain untuk merampas bola daripada kaki pihak lawan.

Bintang bola sepak Real Madrid, Gareth Bale adalah antara pemain yang pertama yang menggunakan teknologi ini ketika beraksi di atas padang bola sepak.

TECHFIT: Adidas X 

Adidas X pula adalah salah satu koleksi kasut bola perdana dan Adidas X 19 adalah model keluaran terkini yang telah dilancarkan pada 2019.

Siri kasut bola Adidas X telah dipasangkan sejenis teknologi yang dipanggil TECHFIT. Ia akan menjadikan kasut pemain mendapat lenturan mengikut bentuk kaki dan mendapat pergerakan yang semula jadi apabila menyarung kasut tersebut.

Teknologi ini memberikan padanan dan sokongan pada kaki yang sangat selesa seperti menyarung sarung tangan. Dalam erti kata lain, ia menjadikan kaki anda mudah dibentuk seterusnya mampu membuat tendangan bola dengan kuat.

Kasut ini dipakai oleh bintang bola sepak Liverpool iaitu Mo Salah sebagai kasut untuk beraksi ketika latihan dan perlawan di padang bola sepak. - Getaran, 5 Januari 2022

Sumber: Urban Pitch

Gambar: Laman rasmi setiap jenama

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Jelajah 20 jam yang lalu

Luna Lights Wonderland Hiasi Stadium Tertutup Gong Badak

oleh Wartawan Getaran