Berita Terkini

3 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


6 Tip Membaiki Motosikal Yang Ditenggelami Banjir

Usah bimbang, motosikal anda masih boleh diselamatkan walaupun sudah ditenggelami air banjir. Kami kongsi enam tip yang anda boleh ikuti untuk menyelamatkan motosikal anda.

Teknovasi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Dec 2021 8:59AM

Gambar: Mohd. Azim Abd. Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kejadian banjir yang melanda baru-baru ini memberikan kesan yang sangat buruk terutamanya kerosakan barang yang ditanggung oleh para mangsa.. 

Banyak kenderaan ditenggelami bah yang datang tanpa diduga, terutamanya motosikal yang berada di tempat letak kenderaan awam. Usah bimbang, motosikal anda masih boleh diselamatkan walaupun sudah ditenggelami air banjir.

Hari ini segmen Teknovasi berkongsi enam tip yang anda boleh ikuti untuk menyelamatkan motosikal anda.

 

Dilarang Menghidupkan Enjin

Anda dilarang sama sekali untuk menghidupkan enjin motosikal dengan menekan penghidup elektrik.

Ia bagi mengelakkan berlakunya lintar pintas terhadap kuasa elektrik yang mungkin masih mengalir. Ini termasuk model motosikal yang menggunakan penyetak kaki untuk menghidupkan enjin.

Keluarkan motosikal anda terlebih dahulu ke kawasan yang lapang dan keringkannya sebelum melakukan apa-apa pembaikan.

 

‘Tonggengkan’ Motor

Sejurus sahaja motosikal anda dikeluarkan dari kawasan basah, ‘tonggengkan’ motorsikal tersebut ke atas untuk mengeluar air di dalam ekzos.

Dalam masa yang sama, buka set penutup bahagian kanan motosikal anda dan buka bahagian kotak angin untuk membuang air yang terperangkap di dalamnya serta biarkan ia terdedah sehingga kering.

 

Cabut Palam Pencucuh

Gambar: Instagram @atelier.bdt
Gambar: Instagram @atelier.bdt

Palam pencucuh atau spark plug adalah komponen kecil yang ada pada motor. Ia berperanan sebagai pembakar campuran udara dan bahan api yang menghasilkan percikan elektrik.

Alat yang dipasang pada kepala silinder enjin petrol ini perlu dicabut. Ini kerana komponen ini agak sensitif dan perlu dijaga kebersihannya.

Adalah lebih baik palam pencucuh yang sudah terkena air banjir ditukar terus kepada yang baharu.

Seterusnya ayunkan penyentak kaki beberapa kali untuk mengeluarkan sisa air yang berkemungkinan ada di dalam aci sesondol (camshaft) iaitu komponen yang mengawal buka tutup injap yang mengeluarkan asap melalui ekzos.

 

Periksa Tangki Minyak

Gambar: Rachel Claire, Pexels
Gambar: Rachel Claire, Pexels

Buka tangki minyak dan kenal pasti sama ada minyak yang ada di dalamnya telah bercampur dengan air banjir atau tidak.

Jika sudah bercampur, buangkan semua isi kandungan yang ada di dalam tangki tersebut dan masukkan minyak yang baharu.

Dikhuatiri minyak lama telah terjejas kerana air kotor telah bercampur bersama minyak dan motosikal anda berisiko mengalami kerosakan yang serius jika menggunakannya.

 

Tukar Minyak Pelincir dan Penapis Minyak

Gambar: pandulaju.com.my
Gambar: pandulaju.com.my

Minyak pelincir berfungsi sebagai cecair yang akan melicinkan pergerakan dan geseran pada komponen dalaman enjin. Ia juga sebuah cecair yang wajib diisi pada enjin bagi menghidupkan motosikal anda.

Motorsikal yang sudah ditenggelami banjir wajib ditukar minyaknya. Ini kerana lumpur yang berkemungkinan masuk ke dalam enjin akan menyebabkan geseran, tersangkut dan seterusnya menyebabkan setiap komponen di dalamnya patah serta rosak.

Penapis minyak yang kotor juga perlu ditukar kepada yang baharu.

 

Bersihkan Motosikal dan Hidupkan Enjin

Gambar: Mohd Azim Abd Rahman
Gambar: Mohd Azim Abd Rahman

Akhir sekali, sebelum menghidupkan enjin motosikal, pastikan anda membersihkan setiap bahagian motosikal yang terkena kotoran air banjir dan motosikal berada dalam keadaan kering.

Ia bagi mengelakkan saki-baki kotoran yang mungkin masih melekat pada bahagian komponen kecil yang boleh menyebabkan kerosakan lain. Kemudian barulah hidupkan enjin, selepas itu ia seharusnya akan kembali berfungsi seperti biasa.

Jika anda kurang berkeyakinan untuk melakukannya sendiri, anda boleh pergi ke bengkel-bengkel motosikal dan maklumkan kepada mereka untuk menukarkan perkara yang tertentu sahaja. Selamat mencuba. - Getaran, 29 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 5 hari yang lalu

Aksi Tesla Model Y Redah Banjir Di Dubai

2

Video & Galeri 3 minggu yang lalu

Boleh Dia Cabut Lari, Lepas Langgar Orang

3

Video & Galeri 3 minggu yang lalu

'Lesen Terbang' Ke Ni

4

Video & Galeri 3 minggu yang lalu

Motor Hanyut Dibawa Arus Banjir Kilat

Sorotan

1

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

2

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

3

OIC Kutuk Pembunuhan Beramai-ramai Berterusan Israel Di Semenanjung Gaza

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut

Disyorkan untuk anda

Refleksi 1 hari yang lalu

Adab Menghadiri Rumah Terbuka

oleh Rahayu MN

Gaya 1 hari yang lalu

Diskaun Sana-sini, Peluang Tambah Koleksi Baju Raya Ke Rumah Terbuka

Syawal adalah masa terbaik untuk menambah koleksi baju raya memandangkan banyak potongan harga yang ditawarkan.

oleh Rahayu MN

Jelajah 21 jam yang lalu

3 Rakyat Malaysia Kayuh Basikal Tiba Di Madinah