Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


5 Bangunan Pencakar Langit Tertinggi Dunia 2021

Tahukah anda apakah lima bangunan tertinggi di dunia? Minggu ini kami kongsikan!

Teknovasi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Dec 2021 2:33PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Menjelang akhir tahun 2021, pelbagai negara telah mencipta sejarah serta rekod bangunan tertinggi di dunia dengan aneka fungsi tertentu.

Mari kita lihat lima bangunan pencakar langit tertinggi yang mencatat rekod dunia 2021.

Burj Khalifa

Ini adalah pencakar langit yang mencatat rekod paling tinggi di dunia dan tiada lagi pembinaan yang dapat mengatasinya sejak ia siap dibina pada 2010. Bangunan ini direkodkan mempunyai ketinggian 829.8 m dengan 2,717 kaki persegi lebar.

Memiliki 163 tingkat termasuk dek pemerhatian, pencakar langit yang terletak di Dubai ini dijangka akan mengekalkan rekod bangunan paling tinggi dalam masa tiga hingga empat tahun akan datang.

Burj Khalifa digunakan sebagai tempat kediaman dan hotel (tingkat 1-108). Selain itu banggunan ini juga dijdikan sebagai pejabat (tingkat 109-154) dan mempunyai restoran menarik (tingkat 122) yang bernama At.mosphere.

Ia juga mempunyai tiga dek pemerhatian sebesar 448 m dan 555 m di tingkat 124,125 dan 148.

Menara Shanghai

Menara ini pula menduduki tempat kedua sebagai pencakar langit tertinggi di dunia. Ia siap dibina pada 2015 dan menjadi menara yang tertinggi di China. Menara ini mempunyai ketinggian 632 m dengan 1 073 kaki persegi .

Ia juga memiliki 128 tingkat termasuk dek pemerhatian seluas 552 m yang mempunyai pemandangan 360 darjah. Menara kebanggaan rakyat yang terletak di Shanghai, China ini dijadikan sebagai pejabat, kawasan pemerhatian, hotel, kedai runcit dan muzium.

Selain itu, menariknya menara ini  terdapat gudang buku yang berada di tingkat 52 dan 53 serta tingkat bawah bangunan. 

Merdeka PNB 118

Malaysia tidak terlepas daripada senarai ini dan bangunan kita menduduki tempat ketiga di dunia. Pencakar langit ini terletak di Kuala Lumpur.

Menariknya, bangunan ini masih di dalam pembinaan serta mempunyai ketinggian semasa iaitu 678.9 m dengan 2,227 kaki persegi lebar. Dijangka menara ini akan siap dibina pada 2022.

Lokasi banggunan ini juga sebaris dengan Menara Kuala Lumpur dan Menara Berkembar Petronas yang terletak di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur.

Ia juga dijangka digunakan sebagai pejabat, hotel, kediaman dan kedai manakala dek pemerhatiannya pula dikatakan bakal menjadi dek pemerhatian paling tinggi di dunia. Pada tingkat paling atas pula akan dijadikan ruang tamu untuk tetamu penting atau VIP sahaja.

Abraj Al Bait

Bangunan yang terletak di tanah suci Makkah ini pasti sudah dilihat oleh individu yang pernah mengerjakan haji atau umrah. Abraj Al Bait ini tersergam megah di sebelah kawasan Kaabah dan dibina pada 2012.

Banggunan 120 tingkat ini mempunyai ketinggian 601 m dengan 1,971 kaki persegi lebar. Bangunan ini dijadikan hotel, kediaman, serta kedai, khasnya buat tetamu yang mengerjakan umrah dan haji.

Lebih istimewa, bangunan ini menjadi petunjuk waktu kerana mempunyai jam gergasi yang dipasang pada empat sisi bangunan tersebut di bahagian teratas dan direkodkan sebagai jam  terbesar di dunia.

Ping An IFC 

Sebuah lagi bangunan yang terletak di China menduduki tempat kelima rekod pencakar langit tertinggi dunia. Nama bangunan ini diambil daripada perkataan Ping An yang membawa  maksud aman dan selamat.

Ia siap dibina pada 2016. Menara yang terletak di bandar Shenzhen ini mempunyai ketinggian 599 m dengan 1,965 kaki persegi lebar.

Ia digunakan sebagai pejabat, kedai dan tempat pemerhatian. Menariknya, pelan asal bangunan ini adalah untuk mencapai ketinggian 660 m namun terdapat beberapa isu berbangkit melibatkan laluan penerbangan yang dikata berisiko terjadinya kemalangan, lantas  pelan tersebut telah diolah kepada ketinggian yang ada sekarang. - Getaran, 8 Disember 2021


Gambar: Unsplash dan Pinterest.com

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi