Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Kini Anda Boleh Beli Skuter Vespa Dalam Talian!

Kolaborasi Vespa dan Dreamshop memudahkan urusan pembeli skuter malah turut ditawarkan pelan istimewa pembayaran tanpa faedah sehingga 36 bulan di bawah pelan ansuran mudah kosong peratus. 

Teknovasi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Nov 2021 6:11PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Vespa adalah sebuah jenama motosikal jenis skuter yang beroda dua dan tidak berantai. Ia adalah salah sebuah kenderaan keluaran syarikat Piaggio & C.SpA. Berpangkalan di Pontedera Tuscany, Italy, model Vespa didaftarkan pada 23 April 1946 dan telah wujud selama 75 tahun. 

Untuk pengetahuan anda, jumlah pemilik Vespa meningkat dari 58,000 unit pengeluaran pada 2004 sehingga 2018, angkanya kini sudah mencecah 210,000 unit. Ini menunjukkan penerimaan pengguna terhadap model ini semakin meluas. Tambahan pula, sedekad yang lalu ia telah mencatatkan lebih daripada 1.6 juta pengguna di dunia.

Di Malaysia, fenomena Vespa telah mencipta satu gelombang besar dan telah menambat hati pengguna daripada pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira usia atau latar belakang. Ia telah menghidupkan ‘budaya khasnya’ sendiri dalam kalangan penunggang Vespa. 

Penampilannya yang ikonik dan cara menunggangnya yang menonjolkan gaya hidup bebas telah menarik perhatian ramai untuk memilikinya. 

Kini anda boleh memiliki skuter Vespa dengan kaedah yang lebih mudah melalui kolaborasi bersama Dreamshop.

Dreamshop adalah sebuah platform e-dagang yang menempatkan lebih satu bilion produk seluruh dunia untuk memenuhi permintaan dan kehendak pelanggan. Ia bertumpu kepada pembelian atas talian yang kerap digunakan zaman sekarang.

Rosalie Lin
Rosalie Lin

Ketua Pegawai Eksekutif DCR Marketing, syarikat induk Dreamshop, Rosalie Lin berkata, kemudahan pembelian dalam talian bersama Vespa ini adalah yang pertama dilaksanakan.

"Sebagai platform e-dagang yang merealisasikan impian pelanggan menjadi kenyataan, kami berusaha keras dalam menawarkan pelbagai jenis produk dalam platform kami," katanya. 

Buat pertama kalinya Dreamshop mengumumkan jalinan kerjasama bersama jenama skuter Vespa daripada Italy ini. Anda boleh mendapatkan skuter model ini di platform e-dagang mereka secara dalam talian.

Bagi individu yang berhasrat untuk mendapatkan skuter ini, ia menawarkan pelan istimewa iaitu pembayaran mudah tanpa faedah sehingga 36 bulan di bawah pelan ansuran mudah kosong peratus. 

Dreamshop telah menjalinkan kerjasama dengan 11 bank bagi memudahkan pengguna untuk membuat transaksi pembelian skuter ini. Penawaran tambahan juga diberikan kepada pemegang akaun mengikut bank masing-masing dalam pelan pembelian ini seperti rebat dan barangan premium daripada Vespa.

Lima model Vespa yang kini tersedia untuk pembelian bersama Dreamshop adalah:

  • Vespa Primavera 150 ABS/ RM486 sebulan
  • Vespa Primavera S 150 ABS/ RM 515 sebulan
  • Vespa Sprint 150 ABS/ RM 498 sebulan
  • Vespa Sprint S 150 ABS/ RM 498 sebulan
  • Vespa Sprint S 150 TFT ABS/ RM 586 sebulan

Pengguna hanya perlu memohon menggunakan platform e-dagang ini di bawah pelan yang ditawarkan. Selepas lulus permohonan tersebut, pihak Vespa akan menghubungi pelanggan dalam masa 48 jam untuk membuat pengaturan yang diperlukan.

Selepas selesai menghantar dokumen yang diperlukan, dalam tempoh 14 hari proses penghantaran dan pengambilan akan dilaksanakan.

Jadi kepada peminat skuter Vespa, ini masa yang sesuai untuk memilikinya. Dengan kerjasama Dreamshop dan Vespa, anda pasti akan menikmati tawaran dan pelan yang disediakan. - Getaran, 10 November 2021


Gambar: Sadiq Asyraf Mohd Yusof

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 minggu yang lalu

Boleh Dia Cabut Lari, Lepas Langgar Orang

2

Video & Galeri 2 minggu yang lalu

'Lesen Terbang' Ke Ni

3

Video & Galeri 2 minggu yang lalu

Motor Hanyut Dibawa Arus Banjir Kilat

4

Semasa 1 bulan yang lalu

3 ‘Superman’ Wanita Diberkas, Sertai Kelab Motosikal Awek Melaka

Sorotan

1

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM

2

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

3

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

4

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

5

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini

6

Penumpang Terkandas Di Lapangan Terbang Selepas Letusan Gunung Berapi Menyebabkan Pembatalan Penerbangan

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Pelan Insurans Perjalanan Serendah RM3.00 Untuk Percutian Bebas Kebimbangan

oleh Rahayu MN

Gaya 1 hari yang lalu

Jangan Buang Serbuk Kopi Terpakai, Boleh Buat Skrub DIY