web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


5 Yang Perlu Ada untuk Memulakan Saluran YouTube

Anda boleh bergelar Youtuber tanpa menggunakan kos yang tinggi.

Teknovasi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Oct 2021 4:41PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Menjadi Youtuber atau pencipta kandungan telah mencetuskan satu fenomena di Malaysia beberapa tahun kebelakangan ini. Tidak kira muda mahupun tua, ramai yang mengimpikan untuk menghasilkan video di saluran YouTube sendiri.  

Sehingga kini, kita dapat lihat beberapa Youtuber telah mencipta nama besar seperti Zukie Mohamad yang mempunyai lebih 1 juta pengikut di platform YouTube. Zukie menjadi sebutan ramai yang menyukai video-video dihasilkannya. Terdapat juga nama besar lain seperti Syedot, Mr. Kokom dan sebagainya.

Tetapi tahukah anda, ada pelbagai cara mudah dan aplikasi mesra pengguna yang boleh anda miliki secara percuma di telefon pintar untuk memulakan saluran YouTube sendiri?

Berikut lima benda yang anda perlukan untuk memulakan saluran YouTube. 

Telefon pintar

Danist Soh, Unsplash
Danist Soh, Unsplash

Sudah tentu anda semua memerlukan telefon yang mempunyai kamera untuk merakam, tetapi cukup hanya mempunyai telefon pintar dan tidak terlalu mahal harganya untuk membuat rakaman video sebagai permulaan.

Aplikasi KineMaster

Muat turun aplikasi KineMaster bagi tujuan suntingan video. Aplikasi ini percuma dan sangat mudah untuk dipelajari. Mempunyai asas dan cara suntingan video yang mudah difahami serta tidak terlalu rumit untuk digunakan.

Aplikasi Canva

Gambar hadapan atau thumbnail yang cantik amatlah penting bagi menarik perhatian pelayar di platform YouTube untuk singgah menonton video anda. Canva adalah salah satu aplikasi suntingan gambar yang mudah untuk anda menghasilkan thumbnail secara kreatif dan masih lagi percuma. Anda mampu menghasilkan gambar yang menarik walaupun tidak mempunyai kemahiran grafik. 

Bensound Music

 Marius Masalar, Unplash
Marius Masalar, Unplash

Salah satu perkara yang mencabar dan perlu dielakkan dalam pembikinan video di platform YouTube ialah tuntutan hak cipta lagu yang digunakan. Tindakkan boleh diambil oleh pemilik lagu jika digunakan tanpa kebenaran. Bagi mengelakkan tindakkan diambil oleh pihak YouTube, Youtuber disarankan untuk menggunakan lagu di laman sesawang Bensound Music kerana segala penggunaan lagu dan bunyi di dalam laman ini bebas hak cipta.

Fon Telinga

Rupixen.com, Unsplash
Rupixen.com, Unsplash

Jika anda membuat video berkonsepkan V-log atau temuduga, sudah tentu bunyi suara sangat penting dalam rakaman. Tidak perlu mengeluarkan wang membeli alat mikrofon yang mahal, anda boleh menggunakan mikrofon yang ada pada fon telinga. Malahan, mikrofon yang ada pada fon telinga juga punya kualiti yang baik dalam rakaman video anda.

Jadi, mulakan diri anda sebagai seorang Youtuber dengan mempraktikkan 5 perkara mudah ini tanpa menggunakan kos yang tinggi. Jadilah seorang pencipta kandungan dengan menggunakan barangan sedia ada sebagai permulaan sebelum anda membeli peranti-peranti lain.

Gambar: YouTube Zukiemohamad dan Unsplash

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 5 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN