web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Telefon Pintar Boleh Lipat Padat Bergaya. Mahu Cuba?

Biarpun harga yang ditawarkan menghampiri RM7000, tetapi ia tetap menjadi buruan ramai. Mengapa begitu? Mari kenali dua telefon pintar terbaharu ini.

Teknovasi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Sep 2021 9:02AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bukan murah, dan tidak semua mampu membeli deretan telefon pintar yang sedang berlegar di pasaran ketika ini.

Samsung merupakan salah satu pengeluar telefon yang sedang rancak mempromosikan telefon pintar ketika ini iaitu Galaxy Z Fold3 5G, dan Galaxy Z Flip3 5G.

Biarpun harga yang ditawarkan menghampiri RM7000, tetapi ia tetap menjadi buruan ramai.

Mengapa begitu? Kerana selain memiliki spesifikasi yang mengagumkan, ia juga tampil dengan rekaan mempesona, menepati imaginasi generasi masa kini.

Buktinya Samsung Malaysia pada 21 Ogos lalu mengumumkan bahawa pra-tempahan untuk Galaxy Z Fold3 5G yang dilancarkan baru-baru ini telah habis terjual. Bagaimanapun, tempahan masih dibuka.

Namun, pembeli perlu bersabar kerana anda hanya akan menerima set telefon bermula 30 Oktober hadapan atau sedikit lebih awal.

Seandainya anda sudah tidak sabar-sabar untuk memiliki set telefon pintar baharu, mungkin anda boleh pertimbangkan Galaxy Z Flip3 5G yang mempunyai spesifikasi hampir serupa dengan Galaxy Z Fold3 5G.

Berbeza dengan Galaxy Z Fold3 menyasarkan pengguna yang sering melakukan tugasan di luar rumah (ke sana-sini), Galaxy Z Flip3 pula memberi tumpuan kepada pengguna yang mementingkan gaya. 

Ia lambang keseimbangan ideal antara gaya, fungsi dan keseronokan.

Galaxy Z Flip3 5G telah direka untuk memberi pengguna lebih banyak cara untuk mengekspresikan diri.

Dengan skrin penutup yang lebih besar untuk memudahkan pengguna melakukan lebih banyak perkara tanpa perlu membuka peranti, ia juga dilengkapi dengan kamera berkualiti studio dan reka bentuk yang ringkas dan padat. 

Bahasa mudahnya, Galaxy Z Flip3 5G lebih daripada sekadar telefon lipat.

Berikut adalah 3 perkara mesti tahu tentang Galaxy Z Flip3 5G:

1) Rekaannya rata, nipis, serta tahan lasak. Jadi sangat ideal untuk mereka yang cemerkap atau sering menjatuhkan telefon apabila sedang menggunakannya.

Selain itu, ia juga kalis air. Daripada banyak ulasan yang dikongsi dalam talian, ramai yang mengatakan biarpun bersaiz kecil, tetapi telefon terletak kemas apabila dipegang. Ini kerana ia kemasan luarannya tidak licin.  

2) Skrin 6.7 inci Dynamic AMOLED 2X boleh lipat adalah lebih besar daripada yang disangka. Peranti dilengkapi cip Qualcomm Snapdragon 888 yang merupakan cip paling berkuasa untuk Android dan ia dipadankan dengan memori 8GB LPDDR5 RAM dan storan sehingga 256GB. 

3) Jika anda seorang yang mementingkan kualiti gambar, telefon ini mungkin bukan untuk anda kerana spesifikasi kameranya tidak dapat menandingi kehebatan Galaxy Z Fold3 5G mahupun Galaxy S21 Ultra. Malah, hanya mampu zoom secara digital sehingga 10 kali.

Pratempahan Galaxy Z Flip3 5G boleh dilakukan sekarang sehingga 21 September hadapan.

Pembeli yang membuat tempahan sepanjang tempoh ini layak menerima e-baucar bernilai RM600 untuk dibelanjakan di kedai dalam talian Samsung Malaysia dan mendapat perlindungan Samsung Care + bernilai sehingga RM699 secara percuma untuk setahun!

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai tawaran ini, anda boleh melayari laman sesawang Samsung Malaysia. Untuk membuat pratempahan, sila lawati pautan ini. - Getaran, 2 September 2021

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 1 tahun yang lalu

Capai Tahap Kesihatan Optimum Dengan Peranti Terkini Samsung

2

Teknovasi 1 tahun yang lalu

realme C61 Telefon Berkuasa Pada Harga Mampu Milik

3

Teknovasi 2 tahun yang lalu

Penggemar Fotografi, Siri Honor 200 Ini Adalah Untuk Anda!

4

Teknovasi 2 tahun yang lalu

5 Sebab Untuk Memiliki Samsung Galaxy A15 Dan A25 5G

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN